Cerita pasal MGTT..

16/4/12 ritu pegi appointment untuk MGTT ( M o d i f i e d G l u c o s e To l e r a n c e Te s t ) kat KK Keramat. KK Ulu Kelang refer aku kat KK Keramat sebab Mak ade Diebetes & darah tinggi, so takut2 aku pun berisiko untuk dapat penyakit yang sama mase mengandung ni..
 Pada yang nak tau ape mendela MGTT tu...ni ade sikit info..


Ia dilakukan untuk mengenalpasti sama ada anda mengidap penyakit kencing manis semasa hamil.

Lazimnya ia dilakukan pada wanita yang berisiko tinggi. Ia boleh dilakukan walaupun pada trimester pertama. Anda akan dinasihatkan berpuasa selama 10 jam dari malam sebelumnya. Di pagi hari keesokannya darah anda akan diambil. Anda akan diberi minuman glukos dan selang 2 jam darah anda akan diambil semula. Selepas itu barulah anda boleh makan ataupun minum.

Bila dibuat : akan dibuat pada 28 minggu keatas

Kenapa dibuat: Untuk pastikan tidak terdapat gula yang berlebihan dalam darah. Pendedahan yang berpanjangan pada glukos yang tinggi boleh menyebabkan bayi membesar secara berlebihan dan dan juga boleh menyebabkan bayi kekurangan glukos secara mendadak semasa lahir
Bagaimana ia dibuat: Ibu akan meminum air gula dan ujian darah akan diambil untuk mengukur tahap sugar.

Ujian akan dijalankan selepas pesakit berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam sebelumnya. Sampel darah untuk menentukan paras gula dalam darah akan diambil pada awal pagi diikuti meminum glukosa (75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air). Ujian ini selesai apabila pengukuran paras gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya
Intepretasi hasil ujian:

Aras glukosa dalam plasma vena (mmol/l)
Puasa2 jam selepas glukosa diambil
Normal<6<8
Tolerans glukosa yang terganggu6-88-11
Diabetes>8>11

ok..ni lak cerita aku..kul 10pm aku start pose but b4 that dah siap2 mkn lebih sket supaya tak lapar tgh mlm buta. Biasanya aku pas kul 2am-3am mesti terbangun nak cari biskut ke keropok ke untuk mengisi perut. So mlm tadi adela terasa nak mkn tapi tahan jugak mengenangkan MGTT esok pagi ku gagahkan juga diri ini..huhu..

Laparnye pagi ni..tringinnye tgk nasi lemak tepi jalan tu..sabarjela..pose lagi.. kul 8am dah amik no dapat 3001..hehe..always 1st..pastu bila no dipanggil masuk bilik nurse amik darah kat jari. Nurse suh minum air gula dalam gelas...mak oi besaqnya gelas dia..aku orang pertama minum.Ada lebih kurang 8 orang ibu2 yang wat MGTT arini. Adoiyai..letih betul nak menghabiskan air gula ni..rasa macam ade batu sangkut kat tekak. berkerut2 nak menghabiskan air gula ni. Manissssnyaaa..70 gm glukos...Dah abis minum, nurse suh dtg balik after 2hrs lebih kurang kul 10.40am. Aku menunggu Encik Hubby..Sementara tu kitaorang pegi kuar jap lama jugak nak tunggu 2 jam tu. Kepala dah mula rase pening semacam denga perut yang membuak2..terus minum air kosong..sib baik bawak air kosong dari umah. Tekak rase loya semacam..Tahan..than..byk2an sabar..En Hubby bagi semangat, yelah..dia taknak nanti klu muntah kena repeat lagi wat MGTT. Aku pun taknak wat 2nd time. Tak best..Tahan punya tahan akhirnya terrr uwweeekk jugak..hihi..aku dah muntah tak sempat nak bukak pintu kete. Sib bek la tak banjir dalam kete..abis semua kua..

Nak taknak bila pegi untuk wat check dgn nurse after 2 hrs, nurse tengok result mcm ade tak kene je, so terpaksala bagitau yang aku dah muntah air gula tadi. So kena datang lagi sekali ari Khamis ni. Harap2 takde masalah la utk 2nd test ni. Kesian pulak En. Hubby..kena menghantar lagi...sorry ye..nanti kite blnje Burger King untuk En. Hubby...  :)

Note: MGTT KK Keramat hanya pada hari Selasa dan Khamis sahaja. Tapi b4 dtg kene wat appointment dulu..




No comments:

Post a Comment




My Instagram