Dental Check up procedure kat Klinik Kesihatan AU2 Keramat

2:57:00 pm Sha Nazri 0 Comments


Inilah Klinik Au2 Keramat yang menjadi sebutan..hihi..simple je kan..?
Okey arini bangun awal sket..kul 6:10am, mandi dan solat subuh, bersiap2 untuk pergi ke Klinik AU2 Keramat. This time nak pegi jumpa doktor gigi lak..Terus pergi klinik, tak breaksfast sebab takut2 muntah masa on d way nak pegi klinik, tu pun rasa loya semacam. Pagi tadi ada uwek sikit, sebab makan roti john malam tadi. Sian..roti john plak yang dipersalahkan...huhu

Kul 7:30 am dah sampai klinik..dari rumah tadi kul 7am, tapi disebabkan jalan kuar dari Ukay ni semua jem...biasala kalau time pagi2 semua umat manusia keluar gi koje..Kat klinik kul 7:30am baru nak buka pintu, aku orang kedua sampai sementara tu Encik Hubby pergi cari kuih muih untuk santapan sewaktu nak menunggu giliran nanti. Orang pertama yang menungu sorang mamat ni, datang nak cek gigi, sakit gigi kot..Dengar2 citer dia nak wat cek gigi ari ni - Jumaat. Nurse bagitau arini pemeriksaan gigi untuk rawatan ibu mengandung dan kanak-kanak sahaja..Untuk orang dewasa biasa waktu rawatan cuma hari Rabu. Kesian dia..hampa sebab terpaksa pegi ke klinik swasta yang sudah pastinya mahal. Dia merayu gak la nak wat cek gigi arini, sebab dia dah amik cuti arini, tapi nurse cakap kalau nak tunggu lambat la, maybe petang kot sebab kebanyakan yang datang arini untuk kes yang dah ada temujanji. Last2 Mamat ni pun balik..

Sementara itu, Encik Hubby dah pun sampai dengan membawa 6 biji karipap yang dibeli dikawasan berhampiran. Aku terus pegi kaunter No1 untuk dapatkan no giliran..4001, 1st come..means 1st serve la...bagi buku merah rekod ibu mengandung kat nurse kat kaunter tu..
Pukul 8:30am baru no aku dipanggil dan kena isi maklumat diri kat dalam kad merah yang baru nurse bagi, pastu tunggu lagi..Kul 9am, no aku dipanggil dan masuk bilik 3. Kat dalam bilik 3 dah ada doktor yang cek tu tunggu, doktor perempuan dengan nurse kat kaunter tadi. Pastu kena baring and doktor pun korek2 mulut.. buang, cuci2 ala kadar. Dia cuma tanya ada masalah gigi ke, so far takdela sangat sebab aku memang mementingkan penjagaan gigi dan gusi..maklumla gigi ni nak pakai lama..after tengok2 gigi aku dan sebut beberapa no dari mulut dia ala2 kod rahsia gitu, doktor pun bagi advice untuk gosok gigi 2 kali sehari, floss gigi, jangan lupa untuk kumur pas makan and untuk baby pulak, mase baby baru lahir, lap gusi baby dengan kain lembut. Sampai anak besar sket dan dah boleh ludah, barula ajar gosok gigi. Make sure guna berus untuk kanak2 dan ubat gigi tanpa flourida. Tu la antara tips yang doktor bagi.

Picture from Google

Yeayy..dah boleh balik..kul 9am dah siap semuanya. Lapar pulak perut ni..Encik Hubby pun berpendapat agar kitaorang breakfast dulu kat Restoran Cengkih, my favourate nasi lemak macam dah memanggil2 untuk dijamah. Pagi ni Encik Hubby order nasi impit makan dengan kuah kacang dan campur ikan bilis goreng sikit. Encik Hubby anta sampai umah, selesai urusan dia ke toilet, terus pegi keje..untuk mencari rezeki wat kami sekeluarga..Ya Allah..semoga abang sihat sejahtera, kau lindungi setiap langkah perjalananya..Amin..Alhamdulillah semua berjalan lancar harini..Terima kasih abang.. ^-^

You Might Also Like

0 comments: