Kaunseling pemakanan untuk Diabetes

Hari Jumaat petang kul 3pm, Encik Hubby dah tunggu kat bawah. Lepas solat Jumaat dia terus balik umah untuk teman pegi Kaunseling Pemakanan. Aku tengah memasak, tak sempat nak tunggu gulai labu lemak tu masak, nanti continue pas lik dari klinik tu. Masak lewat sket sebab pagi tadi pegi bank, letih sangat tunggu bas nak balik sampai tertidur lik umah tadi. Sampai klinik aku orang kedua. macam takde orang je yang datang..Nurse yang bagi ceramah pasal diet tu pun start kul 3.30pm..barula nampak muka2 ibu2 yang ade diebetes ni start datang. Adela dalam 15 orang kat klinik yang kena sesi kaunseling ni. Dia wat macam ceramah pemakanan, banyak jugak info yang aku dapat, especially makanan yang patut dielakkan..ape lagi klu tak GULA..semua jenis gula adalah "diband" untuk pesakit diebetes, semua orang tau kan..tapi kalu nak jugak kena kawal dan sendri mau ingat..Banyak kesan buruk bila ada diabetes mase pregnen ni..


Kesan Terhadap Bayi
1.
Kematian kandungan dalam rahim : Berisiko tinggi berlaku kematian bayi dalam kandungan walaupun selepas 2 bulan hamil.
2.
Pembesaran bayi yang berlebihan: Gula dalam darah yang berlebihan menyebabkan bayi menjadi besar (macrosomia) membawa kepada masalah kesukaran untuk bersalin. Bayi yang mempunyai saiz yang melebihi 4 kg akan mendapat risiko kecacatan bahu.
3.
Tekanan darah rendah (hypoglycemia) dikalangan bayi baru lahir: Paras gula dalam darah yang tinggi membuatkan bayi menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengurangkan paras gula dalam darah semasa dalam rahim. Insulin yang berlebihan menyebabkan hypoglycemia berlaku kepada bayi setelah dilahirkan dan bayi memerlukan penyusuan yang kerap. Dalam kes-kes tertentu, penyelesaian melalui intravenous (IV) gula diperlukan atau jika tidak bayi akan mengalami kecacatan otak.
4.
Simtom lemah pernafasan: Bayi yang mempunyai ibu yang mengalami diabetes semasa hamil boleh berisiko tinggi untuk mendapatkan kesukaran bernafas dan memerlukan sokongan ventilator.
5.
Bayi pra-matang mudah mendapat demam kuning.(jaundice)
6.
Berisiko tinggi untuk menghidap diabetes jenis ke-dua dan kegemukkan(obesity) kemudian hari.

Kesan Terhadap Wanita Mengandung
1.
Wanita yang sedang hamil berisiko tinggi untuk menghidap ‘pre-eclampsia’ (mempunyai tekanan darah tinggi dan berlebihan protein dalam air kencing) selepas empat bulan hamil.
2.
Seseorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan seperti vaginal moniliasis (jangkitan faraj), jangkitan pada luka yang menyebabkan lambat untuk pulih.
3.
50% dari wanita hamil boleh menghidap diabetes jenis ke-dua kemudian hari.

Diabetes Kehamilan
Sesetengah wanita yang tidak pernah mempunyai diabetes sebelum hamil akan menderita diabetes semasa hamil. Keadaan ini dipanggil sebagai gestational diabetes’ (diabetes ketika hamil). Semasa hamil diabetes akan berlaku kerana paras gula (glucose) ibu melebihi paras normal. Keadaan jangka pendek ini berlaku semasa hamil sahaja dan paras gula tersebut akan kembali ke paras normal selepas bersalin.
4% dari wanita hamil mengalami gejala diabetes ketika hamil dan 70% dari mereka akan pulih dari gejala tersebut. Walaupun diabetes semasa hamil selalunya akan pulih selepas bersalin, kebanyakan mereka akan membentuk diabetes jenis ke-2. Diabetes yang tidak dirawat akan memberikan kesan buruk terhadap kesihatan ibu dan bayi.

Perubahan metabolisma dalam badan telah menyebabkan kehadiran diabetes
Pankreas kita akan menghasilkan hormon dipanggil insulin, yang mana dapat membantu gula dalam darah (glucose) untuk masuk ke dalam sel untuk digunakan atau disimpan. Apabila seseorang wanita hamil, plasenta akan menghasilkan hormon yang dapat membantu untuk tumbesaran dan pembangunan seseorang bayi. Hormon tersebut menyebabkan sel-sel ibu menjadi kalis terhadap insulin dan membawa kepada kalis insulin. Disebabkan itu, pankreas ibu perlu bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak insulin mengatasi masalah sel kalis terhadap insulin. Jika persediaan pankreas adalah bagus, insulin yang dihasilkan akan meningkat untuk memenuhi keperluan si ibu. Bagaimanapun jika persediaan pankreas adalah terhad, penghasilan insulin adalah tidak mencukupi dan paras gula dalam darah akan meningkat dan diabetes semasa hamil akan berlaku selepas itu.
Diabetes semasa hamil selalunya bermula selepas 3 bulan hamil, ini adalah kerana plasenta telah membesar dan dapat menghasilkan lebih banyak hormon. Kepada ibu-ibu yang telah menghidapi diabetes sebelum masa kehamilan bermula. Penyakit diabetes akan menjadi lebih melarat dan si ibu tersebut memerlukan lebih banyak rawatan dan ubat-ubatan.

Wanita yang berisiko menghidapi diabetes semasa hamil
Semua wanita hamil mempunyai potensi menghidapi diabetes dan kebanyakan wanita yang menghidap penyakit tersebut tidak mempunyai faktor risiko. Bagaimanapun sesetengah wanita berisiko tinggi untuk mendapatkannya. Faktor risiko adalah :
1.
Umur: Wanita hamil yang berumur lebih dari 35 tahun cenderung untuk mendapat gejala tersebut.
2.
Sejarah diri dan keluarga: Anda berisiko tinggi jika ada sejarah dari kalangan ahli keluarga yang menghidap diabetes peringkat awal atau anda menghidap diabetes semasa kehamilan dahulu.
3.
Berat badan: Berat badan seseorang wanita sebelum hamil melebihi 80 kg
4.
Sejarah mempunyai bayi yang besar: Si ibu yang pernah bersalin dengan berat badan bayi melebihi 3.5 kg adalah berisiko tinggi.
5.
Kehamilan kembar: Wanita yang telah mendapat kehamilan kembar atau ‘hydramnions’ adalah mempunyai risiko tinggi.

Rawatan
Tujuan merawat diabetes semasa hamil adalah untuk mengekalkan paras gula dalam darah adalah berkeadaan normal (≤ 7.0 mmol/ l semasa puasa). Wanita mengandung yang mempunyai diabetes semasa hamil perlu menjalankan ujian gula dalam darah untuk  menilai profil paras gula sebelum waktu sarapan (puasa), sebelum makan tengah hari, sebelum makan malam dan 2 jam selepas makan malam. Profil paras gula perlu dibuat seminggu sekali atau sebulan sekali. Anda boleh mengawal paras gula dalam darah anda seperti berikut :
1.
Pemakanan: Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, kek dan manisan. Banyakkan makan buah, sayuran dan bijirin.
2.
Senaman. Amalkan senaman ringan seperti berkebun, berenang dan berjalan. Senaman membantu mempertingkatkan keupaayan badan memproses dan menggunakan gula yang disimpan oleh badan.
3.
Ubatan: Apabila diet dan senaman tidak boleh membantu, anda perlu mengambil suntikan insulin untuk menurunkan paras gula. Jururawat akan mengajar anda bagaimana untuk memberi suntikan pada perut anda dan suntikan perlu diambil sebanyak 3 kali dalam satu hari.

Tempoh bersalin: Si ibu perlu bersalin pada masa yang lebih awal dari waktu yang dijangka apabila paras gula sukar dikawal atau komplikasi wujud seperti ‘pre-eclamsia’.


Tu antara artikel yang boleh kita sama2 baca utk tambah pengetahuan tentang diabetes masa hamil ni..lagi satu nak share kan sikit info pemakanan masa sesi kaunseling pamakanan tu.. 






Sambung sket..oleh kerana diabetes ni aku kena wat  Blood Sugar Profile (BSP). BSP ni dekat KK AU2 Keramat cuma boleh wat ari Rabu shj kena wat appointment. 4 kali kena wat test ni macam dalam jadual kat bawah, so sape2 yang kene keje tu atau tak larat nak ulang alik ke klinik ni boleh wat dekat klinik swasta ataupun beli alat yang cek blood sugar tu dalam RM130 kat farmais dan boleh cek kat umah sambil tengok tv..tak boring menunggu kat klinik..Masa BSP ni nanti kena datang sharp kul 8am sebab malam tu kena puasa sama macam wat MGTT ritu..



No comments:

Post a Comment




My Instagram