Medical Check up kat klinik kesihatan Ulu Kelang

3:01:00 pm Sha Nazri 0 Comments

Lama jugak la tak menjejak kaki ke klinik gomen ni..Nasib baik dekat je dengan rumah. Klau tak pregnant memang tak tau ada Klinik Kesihatan Ulu Kelang ni...Dah dekat 4 tahun dok kat Ukay ni pun tak perasan ade signboard kat tepi..tersorok antara pokok2 tepi jalan tu..rupa-rupanye klinik ni kat Kampung Pasir. Ingatkan Kampung Pasir dah kena roboh...ade lagi..ish..kecik ati Ketua Kampung Pasir..
Kalau dok area Ukay, sure tak boleh pegi Klinik Kesihatan lain. Memang sinila tempatnya. Kecuali la ada alasan yang munasabah, bolehla pegi klinik lain. Itulah antara undang2 yang tak rasmi diberitahu oleh nurse kat situ, nak bersalin pulak boleh pilih antara Hospital Ampang atau HKL.

Alkisahnya pagi2 pukul 7am bertolak dengan Encik Hubby..Pas anta anak dara Encik Hubby ke sekolah Keramat, kitaorang breakfast kat Restoran Cengkih. Mula2 ingat nak makan kat kedai2 depan Restoran Cengkih tu, tapi mase kul 7:10am, tanye kat pekerja Indon yang tengah susun pingggan mangkuk kat kedai tu, ade nasi lemak tak?..Jawapannya belum siap..mee goreng? belum siap..soto? belum siap..dah semua tak siap kitaorang pun angkat kaki pegi Cengkih kat depan tu..

Sampai kat Restoran Cengkih tu semua dah siap..nasi lemak betul2 menggoda..makan dengan paru lak tu..apelagi bising la Encik Hubby..antara kata2 yang diungkapkan "ape benda tu?" tanye Encik Hubby..
Paru...jawab ku bersahaja..bermulalah ceramah Encik Hubby.."tak elok mkn paru ni, brape kali dah orang cakap, mkn benda dalaman ni nanti effect kat otak baby..".Aku mengangguk2 tanda menyesal la tu..ni last la..pastu tak amik dah..Sempat beli karipap dengan air sebab biasanya kat klinik ni lame, jadi kenala beli kudapan untuk isi perut yang sentiasa lapar ni.

Jam dah pukul 7:25am, selesai Encik Hubby menghabiskan roti banjirnya, kami berdua pun bertolak ke KKK Ulu Kelang. Klinik ni agak tersorok sikit, kat dalam Kampung Pasir dekat rumah2 kampung situ..bertuahlah makcik pakcik yang berjiran dengan klinik ni..jalan kaki melenggang kangkung dah sampai. Sampai je kat Klinik terus amik no giliran pastu klipkan no dengan IC dan masuk dalam bakul merah, untuk pendaftaran baru. Dapat no 1007..okla tu..no pun macam Kod James Bond..Awal2 lagi nurse dah ingatkan setiap kali pegi klinik g kencing dulu, jangan lupa bekas kencing no brape kang tak ingat no, tertukar dengan org lain punya pulak. Kot orang tu ade Gaout, tak pasal2 salah info. Kul 8 dah start panggil no giliran, tak ramai sangatla..dalam 12 orang..mungkin pagi lagi kot..atau memang hari tu Selasa dan Khamis khas untuk pemeriksaan ibu mengandung sahaja. Maka ramaila yang membawa perut masing2 termasuk Encik Hubby..hehehe..tapi Encik Hubby disebabkan perut banyak angin...plus dengan kandungan lemak galian..yang penting Encik Hubby sihat walafiat..

Buku Merah: wajib ada klu nk bsalin hospital krajaan

Seterusnya nurse panggil dan bagi buku merah untuk kita isi segala butiran peribadi, ada 2 copy, satu utk klinik satu lagi untuk kita. Kena isi dua2..Pastu bagi nurse tu balik dan tunggu dia panggil nama untuk cek tinggi dan berat. Kebetulan hari tu my besday..nurse tu tulis date haritu salah, so aku pun menginfomkan nurse tu arini 27/3 bkn 26/3..saya ingat sebab harini besday saya..saje je nak suh wish besday kat aku..yang bestnye aku pulak tersilap tulis tahun kat dalam buku, patut 2012 aku tulis 1982, sb tringat tarikh lahir sendri..Pas cek berat dengan tinggi, tunggu lagi,dalam 30 minit, nurse panggil tuk ambil darah. Sepatutnya aku kena wat test untuk HIV, tp menurut kata nurse yang muka agak garang tu (tapi ramah pas aku ejas2 dia tuk berborak) test kit HIV dah abis so wat next time.

Mug yang di juarai sempena soalan kuiz..hehe
Pastu adala sedikit sebanyak info yang telah diberikan oleh jururawat pelatih yang pakai baju kale biru tu. Diaorang wat sesi penerangan tentang Demo Masakan Antenatal dan Posnatal. Actually semua makanan dah siap masak, diaorang cuma bagi penerangan untuk makanan ape yang perlu diambil masa pregnant. Ade pamplet pastu sesi soal jawab, sape2 nak tanye boleh tanye, termasuk aku tanye jela..daripada senyap sunyi je kan,..kesian pulak aku tengok pelatih tu mcm ckp sorang2, xde feedback. Aku dapat mug, sempena dengan menjawab soalan kuiz. Jawapan dlm pamplet tu je..senang giler..mula2 nak jawab semua, kot dapat 10 mug ke..tapi bagi peluang kat orang lain..tak baik tamak..Dapat jugak merasa salad yogurt yang nurse tu sediakan tak brape nak sedap, tapi ada lagi kek ciput dalam plastik..bolehla..daripada takde langsung kan.




Antara ubat2an yang di suplykan..kiut sungguh pembalutnya
Next no 1007 masuk bilik 2 untuk diinterview oleh staff nurse. Dia tanye ade penyakit ape, pastu cek perut just ukur je perut sebab kat situ takde ultrasound. So dalam perkiraaan after last period maybe aku due dalam bulan 9 2012. Pastu dia ajar cara cek breast kat rumah. Then klau ade ketulan tu kena wat pemeriksaan lanjut. Last sekali dia nasihatkan aku minum air banyak, makan buah2 sebab aku sembelit. Aku minta ubat sembelit pun dah xde stok kat situ. So, nurse tu just bagi 3 jenis pil, Vitamin C, Asid Folic dan jugak B Complex...



Selesai check up abis kul 10:30am. Terus balik rumah dan berehat sepenuh hati..So lagi 2 minggu kena pulak pegi Klinik kat AU2 Keramat. Ni untuk pemeriksaaan dengan doktor serta nak dapatkan appointment untuk air gula, sebab Mak aku ade kencing manis+darah tinggi, jadi diaorang suh wat test air gula (MGTT). Hari Jumaat pulak kena pegi wat pemeriksaan gigi kat Au2 jugak...nasib baik tak keje, klau keje kene amik cuti lagi, time off lagi..kesian kat Encik Hubby..kene amik time off lagi untuk menghantar aku ke klinik..takpela..gigih kan juga demi baby dalam perut ni..sambung cerita lagi nanti..wassalam

Info pemakanan mase Demo Masakan

Sila2la bace mana tau boleh tambahkan lagi pengetahuan..

You Might Also Like

0 comments: