Ultrasound di Klinik Izham Melawati



Super exited tak sabar2 nak tengok baby ni..lagipun tak tau lagi girl atau boy...so 31/3 aritu aku and Encik Hubby pun pergi Klinik Izham Melawati sebab klinik ni dekat dengan rumah. Klau dekat Izham Bukit Antarabangsa tu doktor yang buat ultrasound takde so kitaorang pun pergila Izham Melawati. Bayaran untuk buat ultrasound RM51, ultrasound yang biasa je 2D, 3D/4D takde. Mahal singgitla daripada Damai Hospital yang kat sebelah tu. Kat Damai Hospital RM50 tapi hari untuk untuk wat ultrasound cuma working days 8am -5pm. Maka ari Sabtu memang takdela service tu.
Masuk je, doktor tanyela dah brape minggu, soklan2 yang berkaitan pregnancyla. Pastu dia godek2 la perut. Sukenyeee..1st time nampak baby. Klau ikut perkiraan aku after last period dah 18 minggu, tapi mase scan tu berdasarkan ukuran tu baby nampak besar dah 21 minggu 10 hari..wah..cepatnye..maka due date bulan 9/2012 kat klinik Ulu Kelang aritu kurang tepatla. So doktor bagi tau due date insyaallah 7/8/2012..21/7 dah bulan pose, raye kalau ikut kalendar tahun ni 19/8..tak sempat nak pose penuh..Lahir bulan pose la baby mama ni..dekat2 nak raye pulak tu tengah berpantang..terlepasla lemang ketupat..xpe..bulan pose b4 nak raye tu rembat dulu  mkn lemang dan ketupat daun palas kat bazar Ramadhan, takut nanti teringin la pulak mase berpantang. Daripada pemerhatian doktor tu cakap maybe baby girl ni, tapi tak berapa sure cuma mase tu nampak macam baby girl. Tak kisahla baby boy ke girl ke, yang penting sihat walafiat..
Ni la baby mase scan tu aktif betul dia bergerak..
Nak balik tu singgah jap kat klinik berhampiran Klinik Izham tu, klau tak salah Klinik pakar wanita kot..Lupalak nama dia..Sajela gatal nak tanye brape dia charge untuk wat ultrasound. RM100 = RM50 consultation, RM50 lagi untuk scan, scan pun biasa je..emm..tak berbaloila..pastu klinik tu pun ada sediakan wad untuk bersalin. RM1500 untuk bersalin biasa dengan doktor pakar, RM1300 bersalin biasa doktor biasa, RM1800 untuk cesarean, charge lain akan ditentukan mengikut keadaan. Bagi aku yang tak keje ni mahalla..Baik aku save wet ni dalam ASB tak pun bli barang2 baby. Bersalin Hospital Kerajaan jela. Tak sampai RM100 kalu bersalin normal. Lagipun mengikut kebanyakan daripada pengalaman blogger2 yang aku google, klau ada komplikasi kat baby sure diaorang akan hantar kat hospital kerajaan jugak. Kan membazir masa, tenaga, duit..

Mudah-mudahan semuanya slamat....
Ya Allah, mudah-mudahan kelahiran anakku ini lancar, selamat dan jadikan lah ia lahir sempurna dan tidak cacat. Jadikanlah dia seorang yang bijak, cerdik serta perelokkan rupa paras dan merdukan suaranya untuk dia mengalunkan bacaan ayat2 Al-Quran serta hadis Nabi Muhammad S.A.W..Amin..

No comments:

Post a Comment




My Instagram