Baby girl ke boy?..

12:21:00 am Sha Nazri 0 Comments

Emm...baby boy ke girl ke tak kisah la...syukur dengan pemberian yang Allah dah kurniakan ni. Walaupun masa 1st mth dulu rasa macam tak confident dan xready lg nak jd mommy..tapi skrg ni jd excited pulak. Tak sabar2 menunggu hari baby ni kuar. Insyaallah kalu takde apa2 aral melintang mybe dalam bulan 8 2nd week due date. Masa tu klu tak silap bulan pose, emmm..akan cuba sedaya upaya berpuasa, mana yang mampu..sekarang ni pun tengah menghabiskan utang2 puasa tahun lepas. Tahun lepas 2011 operation masa bulan puasa, tinggal pose 3 minggu termasuk ari cuti wajib. Tahun 2010 pun operation appendiks bulan pose gak, tinggal 2 minggu..kena cepat2 abiskan takut tak sempat bulan 7 2nd week dah puasa. Kejap je masa berlalu. Arini gagah jugakla pose sampai buka td..ikutkan mcm rasa nk pitam, tp tahan jugak sb dh petang pun, lg beberapa jam je nak buka. Pas masak juadah buka untuk En Hubby sekali yng sama2 pose..terus lekat kat atas katil. Lesu sgt bkn ape, tak cukup air. En Hubby balik keje brula perasan nk dekat maghrib. Klau ada assisstant tolong ok gak kan..takla penat sgt.

Baby boy atau girl..klu ikut En Hubby nak boy, sb dia ckp senang nak jaga. Tapi kalu girl pulak boleh la tolong2 wat keje umah, masak, basuh, sapu sampah..nak ajar anak masak, manala tau boleh menag Junior Masterchef. Yang penting plan aku iala nak ajar my baby ni berdikari dr kecik pastu klu boleh pandai mengaji dan ajar sembahyang seawal umur 4 tahun lagi. Mudah2an jadi anak yang soleh/solehah..

Klau ikutkan scan kat Klinik Izham dgn KK Au2, dua2 doktor cakap jantina baby ni girl. Tapi tak boleh confident sgt sb masa scan tu baru je 21 weeks..kadang2 dah 30 weeks pun tak dapat nak kesan sb baby malu nak tunjuk kot..huhu..lagipun banyak cerita yang kita dengar bila scan jantina lain, kuar je lain plak jantinanye tak sama mcm ape yan doktor ckp masa scan tu..walau apapun..tak menjadi hal la boy ke girl, yang penting selamat dan lancar kelahiran baby mama ni..Baby mama ni sgt2 aktif especially waktu malam. Kejap2 gerak, menendang, mcm main bola lak dia kat dalam tu..xpe,,mama lg suka klu dpt rasa baby gerak, at least mama tau baby aktif lagi..

Satu perkara yang agak merunsingkan tapi tak la runsing tahap gaban tu...Masa sale Pureen dah borong byk baju2 baby girl..sb ms tu shopping tak ingat dunia, nampak je terus grab. yang byknya baju girl kaler pink. klu sandainya boy yg kuar simpanjela utk 2nd baby pulak. Takpun bagi kt kwn2 yang tgh buyut nanti.

Dah ngantuk..nak tido esok hari baru, pg2 kena bgn nak g klinik untuk check perut dgn amik suntikan kancing gigi kali kedua. Esok nak mengadu kat doktor yang pingggang smp ke punggung ni sakit sgt nak duduk, berdiri, bergerak semua nya rasa sakit. Naknye doktor tu dapat bg tips untuk kurangkan sakit belakang aku ni, risau gak sb tahun lepas aku wat operation prolapse disc.
Harap2 segala urusan berjalan lancar. Amin...


You Might Also Like

0 comments: