Medical Check up 30 weeks

2:56:00 pm Sha Nazri 0 Comments

Klau tak salah perkiraan aku dah 31 weeks tapi nurse yang cek 6/6/12 ckp 30 weeks. Apepun aku dapat rasa banyak perubahan nak masuk 31 weeks ni..Bila dah masuk trimester ke-3 ni kena wat check up dekat klinik 2 minggu sekali. Minggu ni macam biasa kena cek tekanan darah, air kencing.. Last week masa wat check up 28 weeks, dah ambik darah, arini nurse nak bagi review pulak pasal kesihatan aku.

ni kira resume tahap kesihatan aku dlm 2 bulan 2 minggu...
Kat atas tu yang merah2 tu maknanya result tak bagus..Berat sepatutnya kena tambah 2 kg 1 bulan, aku cuma tambah 1 kg je dalam sebulan tu. Maknanya seminggu kena  capai 0.5 kg. Aku 2 minggu bru 0.5 kg. 
Kena mkn dgn kerap, tak banyak takpe cume kena isi perut tu selalu. Aku ni kadang selera tu ada kadang langsung takde selera. HB lak refer pada kurangnye darah..HB aku makin lama makin turun..tula sebab aku rasa cepat penat, semput dan pucat. Ikutkan doktor cakap aku kena tambah lagi makanan yang tinggi zat besi  dan vitamin C untuk penyerapan zat besi. Minuman mcm teh, kopi, produk tenusu tu kena kurangkan. Tapi susu tetap kena minum 2-3 gelas sehari untuk kalsium. Klau tak aku akan rasa sakit belakang macam aritu bila aku 3-4 ari tak minum susu. Macam aku ni anemia sederhana, kalu turun tahap 8.0 dah kira serius tu kena refer hospital. 

Anemia ni bahaya pada kandungan, antaranya :
-Keguguran
-Bersalin awal (tak cukup bulan)
-Kematian janin dalam kandungan
-Tumpah darah selepas bersalin

Fuh..banyak risiko tu..pasni aku kena meningkatkan tahap HB untuk sesi check up yang akan datang. Of course aku nak baby aku lahir sihat walafiat takde sebarang komplikasi. Risau dh aku ni...
Minum air 8 gelas sehari, lebihkan makan sayur dengan buah2an. Balik ni dh plan nak beli sayur kangkung, bayam, buah betik, oren, jambu batu dengan mangga..Semangat betul nak pulihkan HB dlm darah..

Sebelum balik doktor bagi ubat ni..Iron tablets untuk tambah darah...Bau ubat ni ala2 mcm hapak sikit..klu nak telan minum dgn jus ke atau mkn something after telan. Klau tak nanti terrr uwekkk lak. 

Iron tablets kena mkn 2 biji 1 kali sehari lepas mkn..

Obimin ni pulak untuk ape ye..kalu tak silap tambah zat besi..tapi ni pun tak cukup kena mkn jugak makanan yang tinggi kandungan zat besi tu..satu lagi supplement untuk tambah zat besi - ibarat folic..yang ni doktor suh cari kat farmasi sbb KK tak bekalkan supplement tu.

Ni la obimin. Mkn 1 biji 1 hari 1/2 hour b4 meal
Obimin ni kena jauhkan daripada cahaya dan kepanansan supaya tak cepat rosak. Sebab tu dia bungkus dalam plastik itam cenggitu..Gitula penerangan nurse yang jawab soklan aku..penat nurse tu jawab soklan aku, kenapa ada plastik itam lak..ubat lain takde pun..hehhe..

Balik umah kul 1.30 pm...laaaappaaarr..menunggu Encik Hubby yang tak kunjung tiba..penat arini tak masak, terus mkn kat cengkih. Pagi tadi pun tak mkn ape2 tak sempat..lapar tahap gaban ni..licin satu pinggan..




You Might Also Like

0 comments: