Petua Rawat Kembung Perut Bayi

Kesian Syifa... perut masih kembung lagi. Malam tadi dh anta Syifa pegi urut, sedih tengok dia meraung2 menahan kesakitan. Punca semua ni sebab akula..tak pantang makan..Mama minta maaf ye Syifa..kat hospital haritu doktor cakap boleh makan semua. Jadi mama xdela pantang sangat. Pas ni aku berazam nak pantang betul2 supaya Syifa cepat2 sihat.
Ni ada petua yang aku akan cuba buat untuk baby Syifa..Mudah-mudahan dapat sihatkan Syifa dengan izin Allah..

PETUA BAYI KEMBUNG PERUT - CARA MERAWAT MASALAH

Petua dan cara merawat masalah kembung perut bayi akan diberikan beberapa info dan maklumat punca untuk merawat dan menyelesaikan masalah ini
Selalunya masalah perut bayi kembung ini di sebab kan oleh perut masuk angin
1. Cara Kenalpasti Bayi Kena Kembung Perut
Bayi anda menangis sepanjang hari
tanpa sebab-sebab yang jelas. Masalah perut kembung bayi ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari dan kembung perut melebihi 5 hari. Kembung perut bayi anda bermula pada umur 2 minggu dan beransur-ansur pulih apabila bayi mencapai umur 3 bulan.
2. Punca Sebab atau Penyebab Perut Bayi Kembung
Beberapa kemungkinan anda mengalami kembung perut Alahan terhadap laktosa. Alergi susu lembu.
Ketidakmatangan usus. Keadaan usus pramatang bayi anda menyebabkan pencernaan karbohidrat tidak sempurna.Ini menyebabkan kembung dengan angin perut yang berlebihan.
Sendawa dengan betul selepas bayi
menyusu badan atau bayi menyusu
botol Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut.
Ibu bapa yang tertekan mempengaruhi kaedah penyusuan dan penjagaan bayi.0Ketidakmatangan urat saraf bayi menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.
3. Cara Mengatasi dan Merawat Perut Kembung Bayi
Pada kebiasaannya masalah kembung perut bayi akan pulih beransur-ansur apabila bayi mencapai umur 3 bulan ke atas. Rawatan khusus untuk perut
kembung tidak khusus.
Untuk mengeluarkan angin, kemungkinan doktor anda mungkin akan memberi ubat dimethicone mengurangkan simptom kembung.
Langkah-langkah mengatasi simptom kembung perut bayi di rumah. Usap bahagian belakang bayi anda. Selimutkan dan dodoikan bayi anda dengan lemah lembut . Kurangkan bunyi bising
Bawa bayi anda bersiar-siar di luar rumah. Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek. Dapatkan bantuan untuk menjaga bayi anda,jika anda rasa tertekan atau penat dan cuba sedaya upaya untuk elakan masalah kembung perut bayi


Petua 1
Petuanya mudah sahaja, ambil 3 helai daun sirih atau daun kunyit, layur di atas lilin, apabila suam, terapkan pada perut bayi. ulang hingga ketiga2 daun layu. InsyaAllah akan pulih.

Petua 2
Senang je sebenarnya, caranya URUT SAHAJA DI KEDUA-DUA LABU BETIS baby or kanak-kanak tu. Terpulang pada korang nak guna minyak urut ataupun tidak. Kalau nak lebih selesa, gunalah minyak urut macam minyak Yuyi, minyak telon, minyak kayu putih dan sbgnya..Senang je kann!!



Petua 3

Ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian tentu pernah melalui hari-hari yang tak-tertanggung-stresnya dek tangisan bayi bernada tinggi tanpa henti. Kadang tu rasa nak menjerit pun ada. Check punya check, oh baby kembung perut rupanya. Aha macam mana cara check tu? Senang je. Tepuk-tepuk perut baby, kalau tegang semacam siap ada bunyi hollow macam tong dram, kembung perut la tu namanya.

Selagi kita tak setel masalah ni, selagi tulah baby tak berhenti menangis. Ibu-ibu bapa-bapa pun jangan harap la dapat tidur. So tak dapat tidak, issue ni perlu diberi perhatian total.

OK macam mana nak pastikan baby tak kembung perut?

1. Mandi air suam. Lagipun, baby memang tak suka air sejuk.
2. Lepas dah selesa dan wangi, masa untuk berurut dengan minyak bayi. Nak lagi syok, guna minyak spesel untuk tidur yang selesa. Johnson ada jual produk ni OK? Yang penting, urut tapak kaki dan perut. Usap saja dengan lembut. Bukan urut ala-ala kaki terseliuh :-p
3. Pakai stokin sepanjang masa. Paling tidak, malam wajibul pakai stokin. Kalau ikut kitab penjagaan baby ku yg dah nak berkecai, kena pakai complete set tangan dan kaki gitu. Omputih panggil boots and mitten.
4. Kalau menyusu badan, maknya kena la jaga makan. Jangan la mengada nak minum ais memanjang. Lepas tu, kalau ikut mak ai, makanan semalam langsung takleh sentuh.

OK kak, baby ai dah kembung perut ni, macam mana nak buat?

1. Guna la minyak telon atau minyak yuyi untuk mengusap perut baby dengan lembut dari bahagian kanan ke kiri. Nak lagi best, usap ala-ala huruf S seperti aliran usus kita.
2. Sendawakan baby. Ada bermacam cara, tapi secara personal, cara yang paling efektif adalah dengan meletakkan perut baby di tulang bahu kita, dan tepuk-tepuk bahagian dada belakang baby.

Kalau semua cara di atas tidak relevan dan bayi masih menangis dengan hebat, cuba ini:
Dengan menggunakan ibu jari anda, tekan ibu jari kakinya dengan kuat. Cuba kedua-dua belah.

Jika bayi berubah menjadi tenang ketika anda melakukan perkara di atas dan sambung nangis selepas anda melepaskan ibu jari kakinya, nampaknya ada "elemen luar" yang telah menyebabkan bayi anda kembung perut. Insya Allah mudah saja cara nak menyelesaikannya. Keywordnya, yakin.

Dukung bayi anda dan bacakanlah ayat kursi kepadanya. Setelah habis bacaan kursi, hembus ubun-ubunnya.

Insya Allah bayi anda akan kembali tenang dan akan tidur selepas itu. Tak hapal ayat kursi la kak... Itu tak dapek la ahkak nak menolong OK? Pandai-pandai sendiri la dah jadi mak bapa orang ni.

Jika anda mendapati anak anda sentiasa tidak selesa dan kembung perut, ada kemungkinan "elemen luar" tersebut masih wujud dan bersembunyi di dalam urat ketika anda membacakan ayat kursi kepada bayi anda. Seeloknya berjumpalah dengan pakar untuk membuang "elemen luar" tersebut secara permanent. Atau, rajin-rajinlah beramal kat dalam rumah tu.

Petua 4

Untuk memastikan sama ada bayi mengalami sakit perut akibat angin atau kembung, ibu bapa perlu memeriksa sama ada perut bayi lebih keras atau lebih tegang daripada biasa, kelihatan menggelembung atau mengeluarkan bunyi lompong apabila diketuk dengan jari. Bagaimana cara untuk menenangkan bayi yang mengalami sakit perut akibat angin atau kembung dan menghentikan tangisannya? Anda boleh mencuba beberapa cara yang dipercayai oleh ibu dan sudah terbukti dapat meredakan kesakitan dan tangisan bayi.

Sendawakan bayi secara lebih kerap. Bayi menelan angin apabila menghisap susu menyebabkan angin berkumpul dalam perut dan menimbulkan kerengsaan. Cuba sendawakan bayi setiap kali anda menukar puting jika anda menetekkan bayi atau selepas bayi menghisap dua hingga tiga auns susu formula bagi bayi yang menyusu botol. Ibu bapa berlatih menggunakan kaedah-kaedah berikut untuk mensendawakan bayi :


1.Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut anda dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut anda perlahan-lahan.

2.Dakap bayi menggunakan sebelah tangan dengan meletakkan kepalanya ke bahu anda dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.

3.Telentangkan bayi, angkat kakinya dan kayuhkan ke depan dan ke belakang seperti mengayuh basikal hingga lututnya rapat ke perut.

4.Dudukkan bayi di atas pangkuan. Angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya.

5.Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di bawah lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan anda.


7.Bawa bayi anda bersiar-siar di taman

8.Tukar pemakanannya. Cuba kurangkan makanan yang boleh menyebabkan angin atau mengembungkan perut bayi.

9.Mainkan muzik perlahan, kurangkan cahaya lampu dan bunyi televisyen

10.Biarkan bayi mendengar bunyi yang berulang seperti bunyi pembersih vakum atau mesin basuh

11.Tuam atau tekap perut bayi dengan kain hangat atau botol air hangat

12.Dukung bayi sambil mendodoi atau menyanyi perlahan


Petua 5
ni nak try ni...tq pd blogger ni..xigt sape..

 sila sapu minyak pada perut, paha, betis dan tapak kaki bayi anda.
*ops.. seksi pulak cik model..sbb tu pandang sebelah sana.. segannn u... see aina dan mok skit kan.. berat dah naik skit..

2. Urut bahagian perut baby anda.. bentuk love... dan L terbalik.. (alaa cam urutan baby johnson)




3. Jangan lupa urut jari dan tapak kaki yang comel itu.

4. sila urut belakang paha bayi anda.. gunakan ibu jari untuk mengurut bahagian belakang paha..(perhatikan..ibu jari yana pada beakang paha aina).. bahagian depan tu cam biasa lah pakai jari2 yang lain..hehe

5. Ulang langkah yang sama pada betis bayi.

6. Setelah selesai sesi urutan tu sume.. ni lah pasrt yang paling penting dalam kaedah ni. senang jek.. rapatkan LUTUT bayi ke perutnya. (kat bahagian bawah perut k).. nanti baby anda anda tott..tot... (membuang angin..hhehhe).. bestt wooo. rasa cam syiok je dengan baby kentut.. cam berjaya mengeluarkan sume angin2 tu..hahaha



ok sila amalkan urutan ibu setiap kali selapas mandi.. atau semasa bayi meragam atau masuk angin k :) insyallah bayi anda akan lebih lega selepas itu.. dan tidur dengan lena. (oh lupa nak habaq,. pakai lah minyak apa2 je.. dlm gambar di atas yana pakai minyak bayini mestika)



No comments:

Post a Comment




My Instagram