Sunday, April 22, 2012

Kaunseling pemakanan untuk Diabetes

by , in
Hari Jumaat petang kul 3pm, Encik Hubby dah tunggu kat bawah. Lepas solat Jumaat dia terus balik umah untuk teman pegi Kaunseling Pemakanan. Aku tengah memasak, tak sempat nak tunggu gulai labu lemak tu masak, nanti continue pas lik dari klinik tu. Masak lewat sket sebab pagi tadi pegi bank, letih sangat tunggu bas nak balik sampai tertidur lik umah tadi. Sampai klinik aku orang kedua. macam takde orang je yang datang..Nurse yang bagi ceramah pasal diet tu pun start kul 3.30pm..barula nampak muka2 ibu2 yang ade diebetes ni start datang. Adela dalam 15 orang kat klinik yang kena sesi kaunseling ni. Dia wat macam ceramah pemakanan, banyak jugak info yang aku dapat, especially makanan yang patut dielakkan..ape lagi klu tak GULA..semua jenis gula adalah "diband" untuk pesakit diebetes, semua orang tau kan..tapi kalu nak jugak kena kawal dan sendri mau ingat..Banyak kesan buruk bila ada diabetes mase pregnen ni..


Kesan Terhadap Bayi
1.
Kematian kandungan dalam rahim : Berisiko tinggi berlaku kematian bayi dalam kandungan walaupun selepas 2 bulan hamil.
2.
Pembesaran bayi yang berlebihan: Gula dalam darah yang berlebihan menyebabkan bayi menjadi besar (macrosomia) membawa kepada masalah kesukaran untuk bersalin. Bayi yang mempunyai saiz yang melebihi 4 kg akan mendapat risiko kecacatan bahu.
3.
Tekanan darah rendah (hypoglycemia) dikalangan bayi baru lahir: Paras gula dalam darah yang tinggi membuatkan bayi menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengurangkan paras gula dalam darah semasa dalam rahim. Insulin yang berlebihan menyebabkan hypoglycemia berlaku kepada bayi setelah dilahirkan dan bayi memerlukan penyusuan yang kerap. Dalam kes-kes tertentu, penyelesaian melalui intravenous (IV) gula diperlukan atau jika tidak bayi akan mengalami kecacatan otak.
4.
Simtom lemah pernafasan: Bayi yang mempunyai ibu yang mengalami diabetes semasa hamil boleh berisiko tinggi untuk mendapatkan kesukaran bernafas dan memerlukan sokongan ventilator.
5.
Bayi pra-matang mudah mendapat demam kuning.(jaundice)
6.
Berisiko tinggi untuk menghidap diabetes jenis ke-dua dan kegemukkan(obesity) kemudian hari.

Kesan Terhadap Wanita Mengandung
1.
Wanita yang sedang hamil berisiko tinggi untuk menghidap ‘pre-eclampsia’ (mempunyai tekanan darah tinggi dan berlebihan protein dalam air kencing) selepas empat bulan hamil.
2.
Seseorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan seperti vaginal moniliasis (jangkitan faraj), jangkitan pada luka yang menyebabkan lambat untuk pulih.
3.
50% dari wanita hamil boleh menghidap diabetes jenis ke-dua kemudian hari.

Diabetes Kehamilan
Sesetengah wanita yang tidak pernah mempunyai diabetes sebelum hamil akan menderita diabetes semasa hamil. Keadaan ini dipanggil sebagai gestational diabetes’ (diabetes ketika hamil). Semasa hamil diabetes akan berlaku kerana paras gula (glucose) ibu melebihi paras normal. Keadaan jangka pendek ini berlaku semasa hamil sahaja dan paras gula tersebut akan kembali ke paras normal selepas bersalin.
4% dari wanita hamil mengalami gejala diabetes ketika hamil dan 70% dari mereka akan pulih dari gejala tersebut. Walaupun diabetes semasa hamil selalunya akan pulih selepas bersalin, kebanyakan mereka akan membentuk diabetes jenis ke-2. Diabetes yang tidak dirawat akan memberikan kesan buruk terhadap kesihatan ibu dan bayi.

Perubahan metabolisma dalam badan telah menyebabkan kehadiran diabetes
Pankreas kita akan menghasilkan hormon dipanggil insulin, yang mana dapat membantu gula dalam darah (glucose) untuk masuk ke dalam sel untuk digunakan atau disimpan. Apabila seseorang wanita hamil, plasenta akan menghasilkan hormon yang dapat membantu untuk tumbesaran dan pembangunan seseorang bayi. Hormon tersebut menyebabkan sel-sel ibu menjadi kalis terhadap insulin dan membawa kepada kalis insulin. Disebabkan itu, pankreas ibu perlu bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak insulin mengatasi masalah sel kalis terhadap insulin. Jika persediaan pankreas adalah bagus, insulin yang dihasilkan akan meningkat untuk memenuhi keperluan si ibu. Bagaimanapun jika persediaan pankreas adalah terhad, penghasilan insulin adalah tidak mencukupi dan paras gula dalam darah akan meningkat dan diabetes semasa hamil akan berlaku selepas itu.
Diabetes semasa hamil selalunya bermula selepas 3 bulan hamil, ini adalah kerana plasenta telah membesar dan dapat menghasilkan lebih banyak hormon. Kepada ibu-ibu yang telah menghidapi diabetes sebelum masa kehamilan bermula. Penyakit diabetes akan menjadi lebih melarat dan si ibu tersebut memerlukan lebih banyak rawatan dan ubat-ubatan.

Wanita yang berisiko menghidapi diabetes semasa hamil
Semua wanita hamil mempunyai potensi menghidapi diabetes dan kebanyakan wanita yang menghidap penyakit tersebut tidak mempunyai faktor risiko. Bagaimanapun sesetengah wanita berisiko tinggi untuk mendapatkannya. Faktor risiko adalah :
1.
Umur: Wanita hamil yang berumur lebih dari 35 tahun cenderung untuk mendapat gejala tersebut.
2.
Sejarah diri dan keluarga: Anda berisiko tinggi jika ada sejarah dari kalangan ahli keluarga yang menghidap diabetes peringkat awal atau anda menghidap diabetes semasa kehamilan dahulu.
3.
Berat badan: Berat badan seseorang wanita sebelum hamil melebihi 80 kg
4.
Sejarah mempunyai bayi yang besar: Si ibu yang pernah bersalin dengan berat badan bayi melebihi 3.5 kg adalah berisiko tinggi.
5.
Kehamilan kembar: Wanita yang telah mendapat kehamilan kembar atau ‘hydramnions’ adalah mempunyai risiko tinggi.

Rawatan
Tujuan merawat diabetes semasa hamil adalah untuk mengekalkan paras gula dalam darah adalah berkeadaan normal (≤ 7.0 mmol/ l semasa puasa). Wanita mengandung yang mempunyai diabetes semasa hamil perlu menjalankan ujian gula dalam darah untuk  menilai profil paras gula sebelum waktu sarapan (puasa), sebelum makan tengah hari, sebelum makan malam dan 2 jam selepas makan malam. Profil paras gula perlu dibuat seminggu sekali atau sebulan sekali. Anda boleh mengawal paras gula dalam darah anda seperti berikut :
1.
Pemakanan: Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, kek dan manisan. Banyakkan makan buah, sayuran dan bijirin.
2.
Senaman. Amalkan senaman ringan seperti berkebun, berenang dan berjalan. Senaman membantu mempertingkatkan keupaayan badan memproses dan menggunakan gula yang disimpan oleh badan.
3.
Ubatan: Apabila diet dan senaman tidak boleh membantu, anda perlu mengambil suntikan insulin untuk menurunkan paras gula. Jururawat akan mengajar anda bagaimana untuk memberi suntikan pada perut anda dan suntikan perlu diambil sebanyak 3 kali dalam satu hari.

Tempoh bersalin: Si ibu perlu bersalin pada masa yang lebih awal dari waktu yang dijangka apabila paras gula sukar dikawal atau komplikasi wujud seperti ‘pre-eclamsia’.


Tu antara artikel yang boleh kita sama2 baca utk tambah pengetahuan tentang diabetes masa hamil ni..lagi satu nak share kan sikit info pemakanan masa sesi kaunseling pamakanan tu.. 






Sambung sket..oleh kerana diabetes ni aku kena wat  Blood Sugar Profile (BSP). BSP ni dekat KK AU2 Keramat cuma boleh wat ari Rabu shj kena wat appointment. 4 kali kena wat test ni macam dalam jadual kat bawah, so sape2 yang kene keje tu atau tak larat nak ulang alik ke klinik ni boleh wat dekat klinik swasta ataupun beli alat yang cek blood sugar tu dalam RM130 kat farmais dan boleh cek kat umah sambil tengok tv..tak boring menunggu kat klinik..Masa BSP ni nanti kena datang sharp kul 8am sebab malam tu kena puasa sama macam wat MGTT ritu..



Thursday, April 19, 2012

Cerite pagi ni - MGTT 2nd round..

by , in
Pagi ni ujan turun agak lebatjugak, mcm biasa kalau ujan lebat jalan mesti jem..lewat sket datang linik arini. Dah ramai yang menunggu..Objektif utama arini ialah minum air gula dan harap2 tak mntah macam aritu..dah prepared klu agak2 mcm tekak dah meloya, minum air suam tak pun makan mentos mint yang di bekalkan oleh Encik Hubby. Encik Hubby tolong anta je arini, pastu ade keje yang perlu di settlekan kat luar. So nasib bekla arini bawak netbook ku yang amat kusayangi ni..ilang sket rase loya disamping daripada membuat perkara2 yang kurang berfaedah dekat klinik ni..
 Dalam kul  8.40am tadi dah minum air gula. Kali ni nak telan agak senang sket walaupun badan menggigil menahan keperitan gula tu. Minum tu kena teguk terus jangan pandang kiri kanan dah. Memeng agak pening sket, tapi aku kena gagahkan diri untuk arini. Tabahkan aku..jadikan aku orang yang sabar..Ni demi baby mama..klu untuk orang lain, 1 juta pun mama tak sanggup nak minum air gula ni...
Sekarang jam baru menunjukkan angka 9:25am. Lama lagi ni..ape la yang aku nak wat, emm..tunggu dan lihat gelagat orang2 kat sini..selain daripada tu cari resepi untuk masak balik nanti. Takpela, nanti continue lagi. TV kkat depan ni takde crite yang best. Biasala pagi2 TV3 adenye kartun..kartun..kartun..ngantuklak..relax jap layan FB lak..
 oo..oo..dah kul 10:40 masa untuk masuk lik dalm bilik jumpa nurse, letak buku dalam bakul depan nurse tu pastu kena tunggu nama dipanggil..tunggu lagi..jadi penunggu setia la kau kat klinik ni. Ok..sib bek kali ni dalam 15 minit dia panggil masuk balik. Amik darah..rase cam confic]dent je, takkanla ade kencing manis..aku bukannya suke makan manis2 sangat ni, tapi tak taula kan..sebab mase mengandung ni macam2 penyakit boleh jadi...so..hasil keputusannya ialah....jeng..jeng..jeng...

Result positif ade diebetisla..adoooii..nampak yang tulisan merah tu, maknanya tak normal la tu dah lebih 8.0. So..esok kena pegi kaunseling pemakanan diet untuk diebitis pulak..huaaa...maybe sebab aku banyak makan coklat Daim yang beli Langkawi ritu kot..makan tak henggat..ade mase je makan coklat..mana tak kena kencing manis..ha..hambik sang diebetis jadi kawan karib plak. so tunggu esok kena kaunseling..





Wednesday, April 18, 2012

Kos bersalin di hospital Kerajaan..

by , in
Ni ade info pada ibu-ibu yang masih tak tau mana nak pilih untuk bersalin nanti:
credit to : http://www.babycenter.com.my/pregnancy/government-hospitals/cost/


Kos penjagaan bersalin di hospital kerajaan

Semakan akhir: Oktober 2011[Papar rujukan]


Tiada kos untuk kakitangan kerajaan 

Jika anda atau kerja suami anda untuk kerajaan, maka ia akan menyebabkan anda tiada untuk melahirkan di hospital kerajaan ( Kementerian Kesihatan , Kementerian Kesihatan). Penjawat awam Malaysia amnya tidak perlu membayar apa-apa untuk mengakses perkhidmatan perubatan awam. Manfaat ini diperluaskan kepada isteri-isteri mereka juga. Anda berhak untuk berlainan jenis wad (kelas pertama, kedua atau ketiga) bergantung pada pendakap gaji anda. Walau bagaimanapun, sesetengah hospital mungkin memerlukan pesakit untuk membayar yuran minimum antara RM5 hingga RM10 sehari bergantung kepada jenis wad. 


Kos untuk pekerja bukan kerajaan 

Jika anda tidak bekerja untuk kerajaan, anda akan perlu membayar wad, rawatan dan perkhidmatan perubatan, walaupun semua kos masih sangat bergantung kepada subsidi. Bayaran wad sedikit berbeza berdasarkan jenis wad. Dua hospital kerajaan yang besar, Universiti Malaya Medical Centre (PPUM, sebelum ini dikenali sebagai UH) dan Pusat Perubatan UKM (PPUKM), adalah di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan dengan itu mempunyai beberapa tahap autonomi kewangan.Mereka memerlukan keluarga untuk meletakkan deposit tempahan dikembalikan (sehingga RM1, 000) semasa pendaftaran untuk perkhidmatan buruh dan kelahiran.


Kos untuk bukan rakyat Malaysia 

Jika anda tidak Malaysia, anda masih boleh mengakses perkhidmatan perubatan awam, tetapi anda akan terpaksa membayar lebih Caj Penghantaran


Jenis kelahiran / penghantaranKos untuk warga asing 
Kelahiran normalRM500 
CaesareanRM1, 000 
KembarRM800 
Forseps, vakum atau kelahiran songsangRM600 


Wad dan kos penghantaran 

Berikut adalah apa yang anda boleh mengharapkan untuk membayar bagi perkhidmatan bersalin di hospital kerajaan. 

KelasWad caj harian 
1Kakitangan swasta / Bukan KerajaanKakitangan kerajaan / PesaraAsing / penduduk Tetap

RM 80 - 1 katil 
RM 60 - 2 beds 
RM 40 - 4 katil / lebih 

RM10 / RM5 
RM8 / RM4 
RM6 / RM3 

RM160 
RM115 
RM80 
2RM30RM3 / RM1.50RM60 
3RM3PERCUMARM40 

Jenis kelahiran / penghantaranKelas PertamaKelas KeduaKelas ketiga 
CaesareanRM800RM400RM100 
Kelahiran forsepsRM400RM200RM50 
Kelahiran songsangRM400RM200RM50 
Kelahiran normalRM300RM150RM10 
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia 

Pesakit Bayar Penuh (FPP) Skim 

Hospital Putrajaya dan Hospital Selayang hanya dua hospital KKM di negara ini yang menawarkan Pesakit Bayar Penuh (FPP) skim. Di bawah skim ini, pesakit boleh memilih untuk beberapa keselesaan dan kemudahan hospital swasta untuk beberapa yuran tambahan. dua hospital pengajar di Lembah Klang, PPUM danPPUKM , juga menawarkan perkhidmatan hospital swasta yang serupa di sayap peribadi mereka masing-masing, tetapi dengan faedah dan kos yang sedikit berbeza berbanding dengan perihal di bawah FPP menikmati faedah berikut:


  • Pilihan anda pakar; seorang doktor yang akan menjaga anda daripada pelantikan pertama anda sehingga penghantaran.
  • Epidural apabila diminta.
  • Suami atau ahli keluarga anda akan dibenarkan di dalam bilik bersalin (kecuali dalam keadaan kecemasan).
  • Suami anda akan dibenarkan tinggal di bilik satu dengan anda dan bayi anda.
  • Menu harian dengan pelbagai pilihan hidangan seperti Melayu, makanan Cina, Barat atau vegetarian.
  • Lorong keutamaan untuk rawatan di klinik pakar.
  • Anda boleh memilih untuk Kelas yang selesa dan swasta Pertama atau Wad Eksekutif.
Kos untuk pendaftaran kali pertama dan perundingan sebagai FPP di kedua-dua hospital adalah RM110. perundingan antenatal adalah standard pada harga RM60.Buruh dan penghantaran akan menelan belanja antara RM2, 000 dan RM5, 000, bergantung kepada jenis penghantaran (biasa, caesarean , forsep , songsang dankelahiran berganda ). Bed caj bagi FPP


KelasPerubatan / Pembedahan / Obstetrik dan Ginekologi 
Eksekutif 
(Bed tunggal) 
RM300 sehari 
Kelas Pertama 
(Single Bed) 
RM160 setiap hari 
Kelas pertama 
(double bed) 
RM130 setiap hari 
Kelas pertama 
(4beds) 
RM80 sehari 

Caj lain
Operasi Teater RM250 sejam / sebahagian 
Bilik Buruh RM250 sejam / sebahagian 
Sumber: Hospital Putrajaya 

Pesakit dinasihatkan untuk mendaftar lebih awal semasa kehamilan mereka kerana terdapat banyak prosedur untuk diikuti dan borang untuk mengisi. Skim FPP adalah terbuka kepada rakyat Malaysia dan bukan Malaysia

My Instagram