Tuesday, August 28, 2012

Telling Story: More videos from nikitasakura sakura (playlist)

by , in
Telling Story: More videos from nikitasakura sakura (playlist)

Dear my baby Syifa Hana..

Mama buat video ni special untuk Syifa..bila Syifa besar nanti, Syifa akan ingat saat2 mama, bapak dgn Syifa masa Syifa baby..kami syang Syifa bagai menatang minyak yang penuh..
 Syifa sayang...jadila anak yang baik, Kasih pada Allah..contohilah akhlak terpuji Rasulullah..sayang pada semua orang..mudah memaafkan kesalahn orang lain dan jangan sesekali mencari musuh..ingat jasa Bapak yang sentiasa menjaga Syifa..Semoga Syifa sentiasa dalam lindungan Allah..dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan kehidupan. Mama sentiasa ada dengan Syifa..sayang Syifa...
Tuesday, August 28, 2012

More videos from nikitasakura sakura (playlist)

by , in
Tuesday, August 28, 2012

Geng99: Memori di SEMESCHO..

by , in
Monday, August 27, 2012

Baby Syifa kembung perut..

by , in
Week b4 tht dh gi hospital Ampang kat kecemasan, igtkan klu kecemasan xdela tunggu lama..sb kes dh cemas sgt..Baby Syifa perut dh membuncit, pas menyusu muntah..aku dh risau..takut perut kembung tahap serius..pas sejam tunggu, sb ada masalah lak dgn kaunter pendaftaran..daftar baby atas nama aku, kerani kat kaunter tu igt aku yng sakit..terpaksa tunggu lagi turn bila bgtau sebenarnya baby yg sakit. Staff kat kaunter tu yg sengal..dh bgtau dh..tula..dok melaram je..dh jumpa doktor lelaki, tp aku rs doktor ni baru pas grad xpun bru keje jd doktor kot. Dia jus bgtau baby ni kembung, baby muntah tu bisala bila air susu byk, baby akan muntahkan kuar skit2..Bila aku tanye pasal mcmana nak reduce kembung, dia bgtau kembung baby ni biasanya akan hilang bila cecah umur 3 bulan..hadoii..xkan aku nk tgk je baby aku kembung smpai umur dia 3 bulan..aku tnyela pasal grip water, boleh ke bg kat newborn baby? dia blh cakap dia pun tak berapa tau pasal tu sb dia xde anak lg..tuo2 dia panggil nurse, nurse yg tlg bgtau macamna nk bg grip water tu..hhmmm..xde ubat pun..trus balik..aku rasa buang masa je g..

Sebagai alternatif..aku g jmpa tukng urut yg bleh urut baby, sb aku xbrani nak urut sendri..kang salah urut lak..Aku cuba letak daun sirih, tuam kat perut baby..pastu bg grip water, tp perut baby still membuncit..baby msh muntah..risaunye..mcmana nak wat lg ni?
Tuesday, August 14, 2012

Pediatrician Dr. Wu: How to Burp A Newborn Baby

by , in
Tuesday, August 14, 2012

Tip Penyusuan

by , in
Tuesday, August 14, 2012

Petua Rawat Kembung Perut Bayi

by , in
Kesian Syifa... perut masih kembung lagi. Malam tadi dh anta Syifa pegi urut, sedih tengok dia meraung2 menahan kesakitan. Punca semua ni sebab akula..tak pantang makan..Mama minta maaf ye Syifa..kat hospital haritu doktor cakap boleh makan semua. Jadi mama xdela pantang sangat. Pas ni aku berazam nak pantang betul2 supaya Syifa cepat2 sihat.
Ni ada petua yang aku akan cuba buat untuk baby Syifa..Mudah-mudahan dapat sihatkan Syifa dengan izin Allah..

PETUA BAYI KEMBUNG PERUT - CARA MERAWAT MASALAH

Petua dan cara merawat masalah kembung perut bayi akan diberikan beberapa info dan maklumat punca untuk merawat dan menyelesaikan masalah ini
Selalunya masalah perut bayi kembung ini di sebab kan oleh perut masuk angin
1. Cara Kenalpasti Bayi Kena Kembung Perut
Bayi anda menangis sepanjang hari
tanpa sebab-sebab yang jelas. Masalah perut kembung bayi ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari dan kembung perut melebihi 5 hari. Kembung perut bayi anda bermula pada umur 2 minggu dan beransur-ansur pulih apabila bayi mencapai umur 3 bulan.
2. Punca Sebab atau Penyebab Perut Bayi Kembung
Beberapa kemungkinan anda mengalami kembung perut Alahan terhadap laktosa. Alergi susu lembu.
Ketidakmatangan usus. Keadaan usus pramatang bayi anda menyebabkan pencernaan karbohidrat tidak sempurna.Ini menyebabkan kembung dengan angin perut yang berlebihan.
Sendawa dengan betul selepas bayi
menyusu badan atau bayi menyusu
botol Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut.
Ibu bapa yang tertekan mempengaruhi kaedah penyusuan dan penjagaan bayi.0Ketidakmatangan urat saraf bayi menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.
3. Cara Mengatasi dan Merawat Perut Kembung Bayi
Pada kebiasaannya masalah kembung perut bayi akan pulih beransur-ansur apabila bayi mencapai umur 3 bulan ke atas. Rawatan khusus untuk perut
kembung tidak khusus.
Untuk mengeluarkan angin, kemungkinan doktor anda mungkin akan memberi ubat dimethicone mengurangkan simptom kembung.
Langkah-langkah mengatasi simptom kembung perut bayi di rumah. Usap bahagian belakang bayi anda. Selimutkan dan dodoikan bayi anda dengan lemah lembut . Kurangkan bunyi bising
Bawa bayi anda bersiar-siar di luar rumah. Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek. Dapatkan bantuan untuk menjaga bayi anda,jika anda rasa tertekan atau penat dan cuba sedaya upaya untuk elakan masalah kembung perut bayi


Petua 1
Petuanya mudah sahaja, ambil 3 helai daun sirih atau daun kunyit, layur di atas lilin, apabila suam, terapkan pada perut bayi. ulang hingga ketiga2 daun layu. InsyaAllah akan pulih.

Petua 2
Senang je sebenarnya, caranya URUT SAHAJA DI KEDUA-DUA LABU BETIS baby or kanak-kanak tu. Terpulang pada korang nak guna minyak urut ataupun tidak. Kalau nak lebih selesa, gunalah minyak urut macam minyak Yuyi, minyak telon, minyak kayu putih dan sbgnya..Senang je kann!!



Petua 3

Ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian tentu pernah melalui hari-hari yang tak-tertanggung-stresnya dek tangisan bayi bernada tinggi tanpa henti. Kadang tu rasa nak menjerit pun ada. Check punya check, oh baby kembung perut rupanya. Aha macam mana cara check tu? Senang je. Tepuk-tepuk perut baby, kalau tegang semacam siap ada bunyi hollow macam tong dram, kembung perut la tu namanya.

Selagi kita tak setel masalah ni, selagi tulah baby tak berhenti menangis. Ibu-ibu bapa-bapa pun jangan harap la dapat tidur. So tak dapat tidak, issue ni perlu diberi perhatian total.

OK macam mana nak pastikan baby tak kembung perut?

1. Mandi air suam. Lagipun, baby memang tak suka air sejuk.
2. Lepas dah selesa dan wangi, masa untuk berurut dengan minyak bayi. Nak lagi syok, guna minyak spesel untuk tidur yang selesa. Johnson ada jual produk ni OK? Yang penting, urut tapak kaki dan perut. Usap saja dengan lembut. Bukan urut ala-ala kaki terseliuh :-p
3. Pakai stokin sepanjang masa. Paling tidak, malam wajibul pakai stokin. Kalau ikut kitab penjagaan baby ku yg dah nak berkecai, kena pakai complete set tangan dan kaki gitu. Omputih panggil boots and mitten.
4. Kalau menyusu badan, maknya kena la jaga makan. Jangan la mengada nak minum ais memanjang. Lepas tu, kalau ikut mak ai, makanan semalam langsung takleh sentuh.

OK kak, baby ai dah kembung perut ni, macam mana nak buat?

1. Guna la minyak telon atau minyak yuyi untuk mengusap perut baby dengan lembut dari bahagian kanan ke kiri. Nak lagi best, usap ala-ala huruf S seperti aliran usus kita.
2. Sendawakan baby. Ada bermacam cara, tapi secara personal, cara yang paling efektif adalah dengan meletakkan perut baby di tulang bahu kita, dan tepuk-tepuk bahagian dada belakang baby.

Kalau semua cara di atas tidak relevan dan bayi masih menangis dengan hebat, cuba ini:
Dengan menggunakan ibu jari anda, tekan ibu jari kakinya dengan kuat. Cuba kedua-dua belah.

Jika bayi berubah menjadi tenang ketika anda melakukan perkara di atas dan sambung nangis selepas anda melepaskan ibu jari kakinya, nampaknya ada "elemen luar" yang telah menyebabkan bayi anda kembung perut. Insya Allah mudah saja cara nak menyelesaikannya. Keywordnya, yakin.

Dukung bayi anda dan bacakanlah ayat kursi kepadanya. Setelah habis bacaan kursi, hembus ubun-ubunnya.

Insya Allah bayi anda akan kembali tenang dan akan tidur selepas itu. Tak hapal ayat kursi la kak... Itu tak dapek la ahkak nak menolong OK? Pandai-pandai sendiri la dah jadi mak bapa orang ni.

Jika anda mendapati anak anda sentiasa tidak selesa dan kembung perut, ada kemungkinan "elemen luar" tersebut masih wujud dan bersembunyi di dalam urat ketika anda membacakan ayat kursi kepada bayi anda. Seeloknya berjumpalah dengan pakar untuk membuang "elemen luar" tersebut secara permanent. Atau, rajin-rajinlah beramal kat dalam rumah tu.

Petua 4

Untuk memastikan sama ada bayi mengalami sakit perut akibat angin atau kembung, ibu bapa perlu memeriksa sama ada perut bayi lebih keras atau lebih tegang daripada biasa, kelihatan menggelembung atau mengeluarkan bunyi lompong apabila diketuk dengan jari. Bagaimana cara untuk menenangkan bayi yang mengalami sakit perut akibat angin atau kembung dan menghentikan tangisannya? Anda boleh mencuba beberapa cara yang dipercayai oleh ibu dan sudah terbukti dapat meredakan kesakitan dan tangisan bayi.

Sendawakan bayi secara lebih kerap. Bayi menelan angin apabila menghisap susu menyebabkan angin berkumpul dalam perut dan menimbulkan kerengsaan. Cuba sendawakan bayi setiap kali anda menukar puting jika anda menetekkan bayi atau selepas bayi menghisap dua hingga tiga auns susu formula bagi bayi yang menyusu botol. Ibu bapa berlatih menggunakan kaedah-kaedah berikut untuk mensendawakan bayi :


1.Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut anda dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut anda perlahan-lahan.

2.Dakap bayi menggunakan sebelah tangan dengan meletakkan kepalanya ke bahu anda dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.

3.Telentangkan bayi, angkat kakinya dan kayuhkan ke depan dan ke belakang seperti mengayuh basikal hingga lututnya rapat ke perut.

4.Dudukkan bayi di atas pangkuan. Angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya.

5.Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di bawah lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan anda.


7.Bawa bayi anda bersiar-siar di taman

8.Tukar pemakanannya. Cuba kurangkan makanan yang boleh menyebabkan angin atau mengembungkan perut bayi.

9.Mainkan muzik perlahan, kurangkan cahaya lampu dan bunyi televisyen

10.Biarkan bayi mendengar bunyi yang berulang seperti bunyi pembersih vakum atau mesin basuh

11.Tuam atau tekap perut bayi dengan kain hangat atau botol air hangat

12.Dukung bayi sambil mendodoi atau menyanyi perlahan


Petua 5
ni nak try ni...tq pd blogger ni..xigt sape..

 sila sapu minyak pada perut, paha, betis dan tapak kaki bayi anda.
*ops.. seksi pulak cik model..sbb tu pandang sebelah sana.. segannn u... see aina dan mok skit kan.. berat dah naik skit..

2. Urut bahagian perut baby anda.. bentuk love... dan L terbalik.. (alaa cam urutan baby johnson)




3. Jangan lupa urut jari dan tapak kaki yang comel itu.

4. sila urut belakang paha bayi anda.. gunakan ibu jari untuk mengurut bahagian belakang paha..(perhatikan..ibu jari yana pada beakang paha aina).. bahagian depan tu cam biasa lah pakai jari2 yang lain..hehe

5. Ulang langkah yang sama pada betis bayi.

6. Setelah selesai sesi urutan tu sume.. ni lah pasrt yang paling penting dalam kaedah ni. senang jek.. rapatkan LUTUT bayi ke perutnya. (kat bahagian bawah perut k).. nanti baby anda anda tott..tot... (membuang angin..hhehhe).. bestt wooo. rasa cam syiok je dengan baby kentut.. cam berjaya mengeluarkan sume angin2 tu..hahaha



ok sila amalkan urutan ibu setiap kali selapas mandi.. atau semasa bayi meragam atau masuk angin k :) insyallah bayi anda akan lebih lega selepas itu.. dan tidur dengan lena. (oh lupa nak habaq,. pakai lah minyak apa2 je.. dlm gambar di atas yana pakai minyak bayini mestika)



Tuesday, August 14, 2012

boleh makan dgn tak boleh masa pantang

by , in


Ini info hasil google aku..silala baca utk ibu2 yg berpantang including aku sekali..sgt2 bermanafaat..


Pengenalan


Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.

Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.


Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang

BOLEH
TIDAK BOLEH

AYAM & DAGING


·                     Burung puyuh
·                     Burung merpati
·                     ayam hitam
·                     ayam didik
·                     ayam selasih
·                     ayam kampung
·                     daging batang pinang
·                     Ayam biasa (takut gatal)

IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
·                     Ikan haruan
·                     Ikan yu
·                     Ikan selar
·                     Ikan gelama
·                     Ikan jenahak
·                     Ikan merah
·                     Ikan tenggiri
·                     Ikan kurau
·                     Ikan bawal putih
·                     Ikan senangin
·                     Ikan bilis
·                     Ikan kering
·                     Ikan masin
·                     Ikan keli
·                     Ikan bawal hitam
·                     Ikan terubuk
·                     Ikan duri
·                     Ikan pari
·                     Ikan sembilang
·                     Ikan parang
·                     ikan kembung
·                     Ikan tamban
·                     Ikan cencaru
·                     Ikan tongkol
·                     makanan laut
o                  udang
o                  sotong
o                  kerang

ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman
·                     halia
·                     Serai
·                     Lengkuas
·                     pucuk pegaga
·                     pucuk mengkudu
·                     pucuk ulam raja
·                     lempuyang
·                     jantung pisang rebus
·                     daun atau ubi cekur
·                     bunga kantan
·                     kunyit hidup
·                     daun lemuni hitam
·                     daun kaduk
·                     daun sekentut
·                     daun kesum
·                     daun cemumar
·                     daun pudina
·                     daun kari
·                     daun bebuas
·                     daun ruku


SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.
·                     Ubi kentang
·                     Peria
·                     Sawi
·                     Lobak merah
·                     Lobak putih

·                     Ubi kayu
·                     Kangkung
·                     Petola
·                     Terung
·                     Cili
·                     Timun
·                     Tomato
·                     Brokoli
·                     Kubis
·                     Seledri
·                     Terung
·                     Timun
·                     sayur keladi
·                     pucuk ubi
·                     pucuk paku
·                     bayam
·                     sayur atau daun keti (bunga putih)
·                     kacang panjang
·                     kacang botol
·                     labu
·                     rebung
·                     jeruk maman
·                     petai
·                     jering

BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
·                     Buah anggur
·                     Kurma
·                     Oren
·                     Epal merah
·                     Strawberi
·                     Peach
·                     Prune
·                     Kismis
·                     Longan cina
·                     Nenas
·                     Limau
·                     buah lai
·                     tembikai susu
·                     tembikai merah
·                     tembikai cina
·                     epal hijau
·                     kiwi
·                     buah pear
·                     pisang
·                     jambu
·                     belimbing
·                     durian belanda
·                     mangga
·                     betik
·                     ciku
·                     langsat
·                     nangka
·                     cempedak
·                     pisang masak hijau
·                     pisang nangka
·                     pisang embun
·                     pisang udang
·                     ubi kayu
·                     ubi keladi
·                     sengkuang
·                     manggis
·                     macang
·                     kuinin
·                     binjai


LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
·                     Biskut
·                     Roti
·                     Nestum
·                     Quaker Oat
·                     Cornflakes
·                     Masakan panggang
·                     Masakan rebus
·                     Masakan kukus
·                     Masakan bakar
·                     Masakan salai
·                     Asam jawa
·                     Asam keping
·                     Tempe
·                     Burger
·                     Nugget
·                     Sosej
·                     Bihun
·                     Mee
·                     Kuey teow
·                     Laksa
·                     Telur
·                     Semua jenis ubi
·                     Semua jenis makanan laut
·                     Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang

AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.
·                     air suam
·                     air pati kunyit
·                     jus pegaga
·                     air halia
·                     air kopi
·                     air manjakani 
·                     jus halia kurma
·                     air madu
·                     air ais
·                     air sejuk
·                     air bergas
·                     air tebu
·                     air cincau
·                     air kelapa muda
·                     air jus buah-buahan yang dilarang

My Instagram