DIY : Wallpaper untuk cover rak kayu

4:42:00 pm Sha Nazri 6 Comments

Nak tunjuk makeover rak kayu DIY yang dah terkopek kertas cover sebab kena air. Rak ni aku letak stok barang makanan kering. Kira macam barang runcit la yang nak masak macam tepung, makanan dalam tin yang belum dibuka, roti, segala jenis sos dan lain-lain lagi. Akibat sinki aku yang terbocor tu..air dari batang PVC yang retak mengalir ke luar dan membasahi papan kayu rak ni. Taujela kan rak macam ni memang sensitif dengan air. Maka kembang semangkuk la kayunya. Tapi takla sampai lembik. Cuma kat lapisan kertas luar je jadi macam terkopak. Selagi masih boleh berdiri tegak, selagi itula aku gunakan sampai ke akhir hayat rak ni. Jom kita makeover rak ni..



      Tengok ni..cover rak ni dah terkopak..nampak keburukannya...



Okey..first sekali kita  koyakkan cover yang dah kopak tu..bersihkan habuk dgn berus ke..
Aku bersihkan guna penyapu kecik ni..make sure xde kertas cover atau sisa2 habuk kayu yang tertinggal..klu tak nanti wallpaper tak nak lekat.



Secondly, kenala potong ikut berapa lebar yang korang perlukan.
Ni kat belakang wallpaper tu. Dah ada garisan dan ukuran. Senang kan nak potong..



Wallpaper ni aku pilih kale coklat ada iras2 kayu, sepadan dengan kulit rak aku yang dah terkoyak tu. Ni beli kat kedai Mr DIY. Harga RM3.90. Material tak macam kertas tapi lebih kepada plastik. Tak mudah koyakla. Tapi ko gigit koyak la jugak. Jangan wat macam tu ye..



          
Pastukan..ratakan. Tips untuk aku..hehe..nak bukak kertas sticker tu elok mulakan dari penjuru belah dalam. Dari atas tarik ke bawah.  Pastu ratakan kertas tu dari tengah menghala ke tepi. Aku ratakan guna pembaris. Buang semua lubang udara ke luar. Tapi jangan tekan kuat-kuat sangat. Nanti terkopek pulak. Rugi tenaga je..



Pastu kalau ada yang terlebih sudah tu silalah gunakan pisau yang maha tajam untuk trim tepi yang menggelebeh tu..



Dah siap. Dah salin kulit..



Barula tak sakit mata..comel jer..ececeh..



You Might Also Like

6 comments:

  1. Wahhh gud transformation!! :)

    ReplyDelete
  2. bagus nye....rajin sesangat awak ni

    ReplyDelete
  3. buat lah satu page utk aktiviti diy akk. sng nanty nak terjah, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaalah..skrg ni mood tgh ke laut..blog pun mls nak update..
      Bila saka rajin dtg akak update ye..

      Delete
  4. wahh..kreatif la akak :) ..suka baca entri ne, dpt jg ilham..tq bab share :)

    lepas ne blh sngh baca entri sya pula http://otie86.blogspot.com/2014/12/kenapa-saya-jatuh-chenta-dengan-shaklee.html

    ReplyDelete
  5. ish.. byk betul idea diy awk.. blh sheila cuba kat rumah.. ada 1 rak kayu kat dapur da tak cantik bhgn bawah..

    ReplyDelete