Tuesday, December 31, 2013

Mengemas Alatan Jahitan

by , in
Sebenarnya bab jahit-menjahit ni bukanlah bidang kepakaran aku. Aku menjahit di saat-saat kecemasan, contohnya jahit seluar Encik Hubby yang koyak, jahit sarung bantal, jahit tepi kain yang dah tetas benangnya..setahun boleh kira la berapa kali aku menjahit. Itu salah satu sebab aku beli mesin jahit yang paling murah kat dalam Malaysia. Tu pun kalau boleh aku nak minta kurang lagi harga. Nasib baik la beli kat Tesco..Fixed price..tak boleh tawar menawar.



 Dalam bekas tipuware ni bukannya puding roti kastard atau kek batik ye puan-puan...
Cuba teka..*teng..teng..teng..*(sound effect cerita Ibu Mertuaku)






Kat dalam bekas inilah tempat aku longgokkan alat-alat jahitan aku yang seciput tu. Dah menjahit pun setahun sekali, harusla kena dengan kuantiti barang jahitan yang aku ada kan..
Iye inilah kenyataannya..Dulu beginilah kehidupan alat-alat jahitan kat rumah aku..Sungguh kesian..
 Keadaannya sangatlah tidak terurus. Kalau nak cari benang warna hitam pun boleh aku tak jumpa, padahal ada je kat dalam tu ha..



 Atas kesedaran dalam diri, diiringi dengan semangat yang berkobar-kobar, aku merajinkan diri untuk mengemas alatan jahitan aku ini. Mula-mula keluarkan semua barang-barang. Longgok atas meja yang dilapik dengan kain, sebab kalau ada jarum ke atau pin yang halus tu takdela bersepah merata-rata. Boleh membahayakan nyawa.



 Letak kotak ini sebagai partition dalam bekas tadi. Kalau ambik satu barang tu dijamin kurang bersepah, sebab masing-masing sudah mempunyai rumah sendiri dalam bekas ini.



 Sediakan bahan-bahan untuk operasi membalut kotak tadi. Mereka terdiri daripada pensel, gunting, wrapping paper, pembaris, gam dan kotak.


 Proses mengukur dan menanda.---- Sila abaikan urat-urat yang timbul di tangan itu.



Proses menggunting. ---Enterframe tangan lagi sekali.



 Dah pun siap proses membalut. Untuk rekod, wrapping paper ini aku ambil daripada pembalut door gift yang Encik Hubby dapat masa pertandingan memancing. Sebab tu ada kesan renyuk dan lipatan dekat kertas tu.
Tapi takde sape kesah..sebab kotak jahitan ni pun bukan nak masuk pertandingan ratu cantik pun..
Recycle je wrapping paper yang dah terpakai. Ingat Reuse..Reduce and Recycle...




 Ini rumah untuk Encik Bobbin dan jarum. Alatan jahitan yang kecil aku simpan dalam bekas comel macam ni, senang nak cari. 3M -- Mudah, Murah dan Menjimatkan...




Nampak lebih kemas kat mata aku. Mata orang lain aku tak nampak sebab mata kita lain-lain kan..
Ha..sekarang masa untuk tepuk bahu sendiri..Syabas Inspektor Sahab!
Syabas..Mission accomplished..




Monday, December 30, 2013

Ibu Rafif First Giveaway

by , in
Assalamualaikum..
Semoga semuanya sihat, ceria dan yang penting berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah..Amin

Dalam kesibukkan menjadi Mommy sepenuh masa, sempat jeling-jeling kat blog Ibu Rafif ni. Eh..ada giveaway la..Saya suka..saya suka..Dengan hati yang berbunga riang saya nak kongsikan gambar si kecik bam-bam ni..

Dengan segala hormatnya saya memperkenalkan.....jeng..jeng..jeng..*drum roll please!!!*


Syifa Hana

                                                                     


Ini la dia playroom Syifa merangkap bilik tetamu, bilik kerja, bilik solat, bilik bacaan dan lain-lain fungsi yang di fikirkan sesuai. Pendek kata multi-purpose room la.
Waktu ni bilik agak bersepai macam baru lepas kena ribut...Ini situasi sebenar playroom Syifa. Biasanya bilik akan kemas lepas kul 10 malam, sebab masa tu Syifa dah dibuai mimpi indah. Permainan yang paling Syifa suka ialah masukkan bola dalam jaring tu..Berangan nak jadi Michael Jordan.. 
Michael Jordan?... Siapakah itu? Meh sini nak share fakta sikit..menurut Pokcik Google, dia ni  pemain Chicago Bull yang tersenarai dalam pemain terbaik dunia. Lahir dekat Brooklyn, New York, Amerika Syarikat, lahir pada 17 Februari 1963. Dia ni famous giler.. enam kali juara NBA .Mempunyai ketinggian 198 cm. Terkenal dengan nama manja Jordan is in the air atau Air Jordan. 

Okey..lari tajuk pulak ye..maafkan saya..saya cuma insan biasa..
Sambung bab Syifa tadi...Syifa ni kalau dah boring main bola, dia suruh mama dia pulak wat aksi timbang bola macam Messi. Mama dia takdela pro sangat bab ni..tapi bolehlah demi untuk anakanda tersayang.. 

Setakat ini dulu cerita tentang playroom Syifa. Nak join Giveaway Ibu RAfif tak? Nak!! Nak!! Nak!! 
Kalau nak cepat-cepat tempek gambar si comel awak kat blog sebab tarikh tutup 31 Disember 2013. Cepat join sebelum terlambat! 





Friday, December 27, 2013

DIY: Simpan Plastik Sampah

by , in
Plastik dekat rumah aku ni memang satu perkara yang memeningkan. Sangatlah bertimbun. Sampaikan aku terpaksa buang separuh daripada plastik kat rumah. Kalau dulu pantang ada plastik mesti nak simpan. Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Minggu lepas penuh plastik isi dalam kotak bekas vacum tu sedekah kat cleaner kat sini. Suka sangat dia. Boleh dia jual. Katanya  lepasla duit dia beli air. Alahai..kesian pulak aku mendengarnya. 
Okey rentetan daripada peristiwa itu, aku berazam nak kumpul barang-barang yang boleh di recycle semula kat umah aku ni. Kalau aku tak guna, aku boleh bagi akak cleaner tu, tak pun buat sesuatu yang boleh digunakan seperti projek aku kat bawah ni. Kali ini aku nak guna kotak kasut dan buat bekas untuk plastik sampah. Takdela bersepah-sepah. Projek kemas plastik sampah ni  pun berjangkit dari entri yang aku baca dari  Fizah dan Suesukasusun



DIY bekas plastik sampah
Okey ready dengan bahan-bahan yang nak dikerjakan.
Kertas pembalut tu aku gunakan lebihan kertas wallpaper dari projek DIY cover rak aritu. Kertas hitam tu ialah sugar paper, tak guna pun. Kot kalau tak cukup je baru guna. Wrapping paper yang corak-corak takde kat rumah, jadi aku gunaje mana yang ada.
Bahan-bahan yang lain ialah gunting, pisau, pensel untuk menanda dan gam. Aku gunakan wallpaper yang memang dah ada sticker kat belakang kertas tu, so gam tu hanya sekadar hiasan. Motifnya-sebab penutup gam kale pink. I like! 


Kotak kasut, DIY bekas plastik sampah
Masih lagi dalam tajuk bahan-bahannya. Ni la karakter yang paling penting dalam projek DIY aku kali ini. Kotak kasut yang aku dah siap lubangkan kat tengah-tengah. Jangan ko zoom kat rege kasut yang tak semenggah kasut Bonia ke Christian Louboutin ke. Kasut murah hokey..Ni ala-ala kasut nak pergi menoreh. Tapi sangat selesa.



potong kotak,DIY bekas plastik sampah
Macam inila kalau nak buat lubang kat tengah-tengah kotak kasut tu. Kenapa kena lubang kat tengah? Sebab senang nak tarik plastik sampah melalui lubang tu. Kalau korang nak buat kat tepi ke bawah ke suka-suka hati. Kalau ada kotak tisu terus balut je. Tak payah susah-susah nak wat lubang macamni. Sebab aku takde kotak tisu, jadi pasrahlah... buat je macam ni.



Gunting wallpaper, DIY, cara
 Dah tu letakkan kotak kasut tadi atas wrapping paper/ wallpaper. Tandakan keluasannya. 



Dah tandakan, sekarang moh kita gunting pulak. Nampak garis tu..senang jer nak gunting.
Gerenti tak herot-herot.



DIY bekas plastik sampah, wallpaper digunting
Dah siap potong. Ada lima keping untuk aku tampal kat atas, kiri, kanan, depan dan belakang kotak. Bawah tak payah tampal, sebab terlindung. Kat dalam pun aku tak balut, sebab aku rasa agak mustahil orang datang rumah aku semata-mata nak cek rupa kat dalam kotak plastik sampah aku ni.




DIY bekas plastik sampah, tampal wallpaper
Adjust dulu position paper ni.  Kang ada bahagian yang singkat dah tak boleh nak cover, sebab kertas aku ni limited edition. Ceh..-xcukup paper la katakan. Ada lebih sikit tu aku simpan untuk next projek.



tampal wallpapaer
 Pastu boleh tampal kertas tu kat kotak kasut ni. Kertas ini ada sticker jadi boleh terus tampal. Kalau guna wrapping paper biasa kenala letak gam dulu. .Alahai ko ni sha..Common sense pun nak bagitau ke.



lipat plastik sampah
 Dah siap pun. 


 Susun plastik sampah. Aku  lipat ala kadar je


kotak plastik sampah
 Masukkan plastik sampah ke dalam kotak.



bekas simpan plastik sampah

Yeayy!! dah siap. Plastik rasa sangat gumbira kerana mendapat rumah baru.
Bekas plastik sampah ni aku letak kat rak bawah sinki, dekat dengan tong sampah. Senang nak ambik. Aku gunakan kertas wallpaper ni sebab ianya agak glossy dan tak mudah serap air.  In case kalau air sinki terpercik ke bawah tu, masih boleh bertahan lagi. Ia akan melambatkan proses osteoporosis kotak ni. Takdela cepat reput. Hehe..kotak pun osteo..Renung-renungkan.

Jom kita Reduce, Reuse dan Recycle!


Dah lama tak dengar kempen ni.....


Thursday, December 26, 2013

Syifa dengan Talking Tom

by , in
Syifa borak dengan Talking Tom sebab Mama ada kerja nak buat. Mama busy..Syifa boring..Jadi Syifa pun cakap la dengan Tom.Tapi boring jugak sebab Tom cakap sebijik macam Syifa cakap. Cakap dengan Mama lagi best. Maaaamaaaaa!!

---Sian anak mama....apalah agaknya yang Syifa borak tu?

Wednesday, December 25, 2013

Aktiviti Hari Ini Mari Menyapu Lantai

by , in
Hai kawan-kawan....Apa khabar hari ini? Dah makan? Kalau dah Alhamdulillah..
Hari ini Syifa bangun awal. Syifa nak tolong mama menyapu. Kesian mama menyapu sorang-sorang. Bersempena dengan GA UMIE SUE 1st Give Away,  Syifa nak tunjukkan cara-cara menyapu sampah secara efisyen. Tanpa membuang masa, jom kita mulakan.




Apa yang anda perlukan? Bahan-bahannya ialah:
     1) Sebatang penyapu
     2) Penyodok atau dustpan bahasa omputihnya.
     3) Topi -untuk melindungi kepala dari debu-debu kota yang berterbangan.


                                                      
Langkah pertama:
Keluarkan apa-apa objek pelik daripada  kawasan yang hendak dibersihkan. Simpan toys, vacum dan kapet di tempat yang selamat untuk mengelakkan kemalangan yang mungkin akan mencederakan ahli keluarga yang lain. Jangan lupa tutup kipas agar kawan-kawan tidak membazir tenaga mengejar sampah yang diterbangkan angin nanti.



                                           
Langkah Kedua:
Genggam penyapu dengan kedua-dua belah tangan untuk mendapatkan kuasa penyapuan yang lebih power. Letakkan satu tangan 12 inci di bahagian atas penyapu dan enam inci di bawah tangan yang pertama. Laraskan kedua-dua belah tangan sampai penyapu rasa selesa untuk di pegang.

 


                          
Langkah Ketiga:
Pegang penyapu tegak dengan hujungnya lebih kurang condong 45 darjah untuk sapuan yang rata dan licin. Mulakan menyapu dari sudut supaya debu tidak berkeliaran ke sana kemari menari-nari sesuka hati. Pastikan kawan-kawan menyapu dari sudut kerana di situlah biasanya debu-debu suka menyorok. 

                                            
Langkah Keempat:
Dari sudut tadi, tarik penyapu di sepanjang lantai. Tekan penyapu sedikit untuk mengumpul zarah-zarah debu tadi. Pastikan kawan-kawan bergerak ke hadapan dan jangan sesekali berundur. Dilarang sama sekali memijak tempat yang belum di sapu. 
Sambil-sambil menyapu lantai tu elok juga kita basahkan bibir dengan berzikir.




                                         
Langkah Kelima:
Ulangi proses yang sama sehingga kawan-kawan telah menyapu keseluruhan lantai. Sapu tiga kali kalau ada masa lapang. Kalau tak cukup masa sekali pun dah cukup bagus.




                                      
Langkah Keenam:
Sapu timbunan zarah-zarah debu tadi ke dalam penyodok seperti diatas. Penyodok anda tidak semestinya berwarna kuning. Boleh jadi warna merah, biru, pink atau purple.Warna mengikut citarasa masing masing ye..



                                       
Dah bersih dah...Sekarang mintak tolong mama untuk simpankan penyapu di tempat yang sepatutnya.



Okey..itu sahaja tutorial step by step how to sapu sampah. Senang je kan.. Kawan-kawan yang lain mesti lagi teror menyapu dari saya kan. Setakat ini sahaja perkongsian saya untuk kali ini.
Akhir kata dari saya, jangan lupa untuk sapu sampah di rumah. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengaktifkan sel-sel otak yang sedang berkembang, tetapi baik juga untuk kesihatan. Senaman yang murah tanpa berbelanja lebih di gimnasium. Selamat mengemas! Good Luck!










Monday, December 23, 2013

Update BR1M 2014 :Jom isi borang BR1M 2014

by , in
Salam 1 Malaysia semua....

Apa khabar korang hari ni? Harap-harap semuanya ceria. Tambah lagi dengan permohonan BR1M 3.0 yang sudah pun dibuka. Siapa yang nak isi borang BR1M 3.0 sila angkat tangan macam saya..
Kalau belum isi lagi jangan risau. Pendaftaran masih di buka dari 23 Disember 2013 hingga 31 Januari 2014.

Tapi sebelum isi borang BR1M 3.0 ni, jom kita tengok syarat-syaratnya dahulu.

Isirumah - Bantuan RM650
Sumbangan Takaful Rakyat 1 Malaysia (i- BR1M) RM50  
Syarat-syaratnya:
Wargenegara Malaysia
Pendapatan Bulanan RM3000 ke bawah
Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas.


Isirumah - Bantuan RM450
Sumbangan Takaful Rakyat 1 Malaysia (i- BR1M) RM50 
Syarat-syaratnya:
Wargenegara Malaysia
Pendapatan Bulanan RM3000 hingga RM4000 ke bawah
Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas.

Individu- Bantuan RM300
Bujang termasuk Balu, Janda dan Duda
Syarat-syaratnya:
Wargenegara Malaysia
Berumur 21 tahun ke atas (Lahir pada tahun 1993 atau tahun sebelumnya)
Pendapatan Bulanan RM2000 ke bawah
Tidak mempunyai tanggungan
Pelajar IPT TIDAK LAYAK memohon BR1M kerana akan diberikan Baucer Buku 1Malaysia RM250

Apa yang dimaksudkan Isirumah tu?
Ketua keluarga samaada lelaki atau perempuan yang menjadi ketua dalam ahli keluarganya.
Sebagai contoh pasangan yang telah berkahwin, ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan dan individu bujang termasuk duda atau janda yang ada tanggungan dan warga emas yang tinggal sebatang kara.

Takaful Rakyat 1 Malaysia i- BR1M tu apa pulak?
Sumbangan Takaful Rakyat 1Malaysia atau i- BR1M bernilai RM50 di beri kepada semua isirumah yang telah menerima BR1M 3.0. Caruman insuran Takaful berkelompok ini memberi perlindungan insuran sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M 3.0 jika berlaku kemalangan seperti hilang upaya kekal dan juga kematian.

Penerima BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 tidak perlu mendaftar untuk memohon BR1M 3.0. Korang cuma perlu mengemaskinikan maklumat jika korang berpindah ke alamat yang baru, kematian isirumah ataupun kelahiran baru.Kalau takde apa-apa perubahan pun cubalah semak balik manalah tau ada maklumat yang tertinggal kan. Jangan lupa untuk mengisi maklumat akaun bank kerana ini akan memudahkan pembayaran di masukkan terus ke dalam akaun.

Kepada korang yang rajin yang nak isi borang secara manual boleh dapatkan borang dekat:

  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Online di laman sesawang https://www.hasil.gov.my

  • Jika memohon secara manual kena sertakan sekali salinan

    1) MyKad 
    2) MyKad/MyPR/Pasport suami/isteri (jika berkenaan)

    Bantuan BR1M ini akan mula di berikan pada Februari 2014
    Okey Selamat mengisi borang!

    Nak mohon secara online? Lagi cepat dan mudah. 
    Boleh klik kat sini Borang Permohonan BR1M 2014
    Apa tunggu lagi..Jom ramai-ramai kita isi sekarang!


    Cara Isi Borang BR1M secara online:

    1) Pergi kat website ni dulu. Klik sini----> Borang Permohonan BR1M

    2) Masukkan No MyKad dan juga masukkan Tarikh Lahir.


        1) Klik Permohonan Baru 
            Bagi yang pertama kali memohon BR1M

       2) Klik Kemas kini Maklumat Permohonan BR1M 
            Bagi pemohon yang sudah mendaftar BR1M 1 dan BR1M 2





     BAHAGIAN A - MAKLUMAT PEMOHON 
        Isikan Maklumat Pemohon Bahagian yang bertanda (*) wajib diisi
    Bagi pemohon yang sudah mendaftar BR1M 1 dan BR1M 2 sila masukkan nombor akaun bank





     BAHAGIAN B- MAKLUMAT ISIRUMAH
       Maklumat pemohon seperti pendapatan, status perkahwinan, tanggungan




                                   Sekiranya ruang untuk senarai untuk nama tanggungan tidak                                                         mencukupi,  kotak tanggungan boleh ditambah atau dibuang 
                                                                                  





     
        MASUKKAN KOD PENGESAHAN
        Isikan kod yang tertera di ruang kod pengesahan sebelah kiri dan klik hantar


     AKUAN PENGESAHAN
       Tandakan kotak "Saya bersetuju dengan terma dan syarat" 
       Klik butang SETUJU DAN HANTAR




                                             
           Kotak pop-up akan muncul setelah permohanan berjaya telah dihantar.



    CETAK PERMOHONAN
    Klik butang cetak. Boleh printscreen atau save dalam pdf format. 
    Kalau takde ADOBE READER, klik butang Adobe Acrobat Reader yang warna merah tu untuk install Adobe Reader.





         



























    Friday, December 20, 2013

    DIY : Wallpaper untuk cover rak kayu

    by , in
    Nak tunjuk makeover rak kayu DIY yang dah terkopek kertas cover sebab kena air. Rak ni aku letak stok barang makanan kering. Kira macam barang runcit la yang nak masak macam tepung, makanan dalam tin yang belum dibuka, roti, segala jenis sos dan lain-lain lagi. Akibat sinki aku yang terbocor tu..air dari batang PVC yang retak mengalir ke luar dan membasahi papan kayu rak ni. Taujela kan rak macam ni memang sensitif dengan air. Maka kembang semangkuk la kayunya. Tapi takla sampai lembik. Cuma kat lapisan kertas luar je jadi macam terkopak. Selagi masih boleh berdiri tegak, selagi itula aku gunakan sampai ke akhir hayat rak ni. Jom kita makeover rak ni..



          Tengok ni..cover rak ni dah terkopak..nampak keburukannya...



    Okey..first sekali kita  koyakkan cover yang dah kopak tu..bersihkan habuk dgn berus ke..
    Aku bersihkan guna penyapu kecik ni..make sure xde kertas cover atau sisa2 habuk kayu yang tertinggal..klu tak nanti wallpaper tak nak lekat.



    Secondly, kenala potong ikut berapa lebar yang korang perlukan.
    Ni kat belakang wallpaper tu. Dah ada garisan dan ukuran. Senang kan nak potong..



    Wallpaper ni aku pilih kale coklat ada iras2 kayu, sepadan dengan kulit rak aku yang dah terkoyak tu. Ni beli kat kedai Mr DIY. Harga RM3.90. Material tak macam kertas tapi lebih kepada plastik. Tak mudah koyakla. Tapi ko gigit koyak la jugak. Jangan wat macam tu ye..



              
    Pastukan..ratakan. Tips untuk aku..hehe..nak bukak kertas sticker tu elok mulakan dari penjuru belah dalam. Dari atas tarik ke bawah.  Pastu ratakan kertas tu dari tengah menghala ke tepi. Aku ratakan guna pembaris. Buang semua lubang udara ke luar. Tapi jangan tekan kuat-kuat sangat. Nanti terkopek pulak. Rugi tenaga je..



    Pastu kalau ada yang terlebih sudah tu silalah gunakan pisau yang maha tajam untuk trim tepi yang menggelebeh tu..



    Dah siap. Dah salin kulit..



    Barula tak sakit mata..comel jer..ececeh..



    My Instagram