DIY:Cara Membaiki Laci

Laci untuk simpan baju bajan Syifa dah rosak. Tapi sayang nak buang sebab laci yang rosak tu boleh di selamatkan lagi. Mungkin usia laci yang dah mencecah 6 tahun tu dengan penggunaan yang maksimum menyebabkan roller/ roda slide tu dah patah atau pecah. Pecah ke patah? Mana satu perkataan yang betul ye?..emmm..tengokjela gambar ni.



Tu ..nampak tak tinggal separuh...Masalah aku cuma roda dengan gelongsornya aje. Yang lain no problem. Tu yang aku rasa boleh diselamatkan lagi. 




Inilah antara peralatan untuk membaiki laci tersebut.




Gambar diatas merujuk kepada drawer rail beserta slidernya sekali. Gambar pinjam Pakcik Google. Tapi samala macam yang aku punya. Boleh dapat kat kedai hardware. Bawa sekali benda ni (slide dan rail yang lama) dan tunjuk kat tauke kedai tu, sebab first time aku pergi kedai tu punyalah susah nak terangkan benda ni. Last-last aku pun tak faham apa yang aku nak sebenarnya selepas fikiran aku telah dicelarukan oleh apek tu. Apek ni tau jual je tapi nama tak tahu. Bila aku tunjuk sample ni baru dia tau. Aku beli dua set slider dengan rail maknanya dua pasangla, satu untuk kiri dan satu lagi kanan laci. Tak lupa juga untuk beli skru sekali. Takkan nak pasang guna gam kan. Kalau guna paku aku kurang yakin misi membaiki akan berjaya.



 Ayuh kita mulakan operasi! Mula-mula buka laci ni dulu. 
See?..memang susah nak buka..Dah jammed. Tapi dengan kesabaran dan usaha yang bersungguh-sungguh akhirnya menemui kajayaaan. Bak kata arwah Opah aku..berakit-rakit ke hulu, berenang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang lenang kemudian.



Keluarkan baju bajan dan kawan-kawan beliau yang berada dalam laci tersebut. Susun elok-elok atas katil. Senang nanti nak masukan semula ke dalam laci. Tak susahkan diri melipat semula.
Bila laci dah kosong, senang sikit nak angkat. Tapi percayalah  tidak semudah yang di sangka. Aku guna pliers untuk regangkan besi slide yang dah tersangkut dekat bahagian belakang laci.





Berjaya mengeluarkan laci! Yeayy to me kerana dapat tanggalkan laci itu! 
Ini pulak proses untuk membuka skru untuk tanggalkan slider yang dah patah rodanya tadi.



Proses nak memasang slider yang baru. 



Ketatkan skru pada slider. Pasang dekat lubang skru yang lama. Kalau lupa macamana kedudukan slider tu boleh tengok laci lain kat dalam rumah tu. Jadikan panduan macamana nak pasang.



Ni  laci yang dah dipasang slider tadi di kiri dan kanan.



Sekarang ni nak pasang rail laci pulak. Rail ni la nanti tempat roda nak menggelongsor dengan jayanya. Walaupun cuma roda slider je yang patah, tapi aku tetap jugak gantikan rail dan slider di kiri kanan laci untuk hasil yang lebih baik. Kalau ganti satu-satu nanti ada yang tak ngam dengan kawannya yang lama.
Pada pandangan akulah bazir tenaga je repair satu slide. Setiap orang kan lain-lain pandangan dia. Terpulanglah pada diri masing-masing. Ini kan negara demokrasi.




Pasang skru dekat lubang yang sama. Senang je kalau pemutar skru yang ada power ni. Ketiak pun tak berpeluh nak memusing skru. Dulu Yang Berbahagia Encik Hubby kata membazir je beli menatang ni. Tapi sekarang...tell me..dimanakah pembaziran itu? Where? Where? he..he..




Sekarang dah lekat rail ni meh kita *tonyoh  dengan sabun susu beras Encik Hubby. Encik Hubby dah tak pakai sabun tu sebab dia dah tak percayakan produk tu boleh memutihkan kulit dia. Jadi daripada buat tukun kat rumah, aku sapukan pada rail laci ini. Tujuannya adalah untuk melicinkan rail dan roda dekat slide tu. Jadi takdela tersekat-sekat. Kalau sayang nak guna sabun susu beras, boleh juga guna lilin ataupun minyak masak ke minyak baby ke. WD40 pun boleh sembur kat slide nak bagi licin. Pasni nak tutup laci cuma tolak di hujung jari je.
* tonyoh = to press something down on a surface so as to smoothen it (in case kalau ada Mat Saleh yang baca kan..) hekeleh..puiihh


Lompat bintang sebab dah berjaya membaiki laci yang susah untuk di buka tadi. Terus call Encik Hubby untuk berbangga dengan diri sendiri..
Amaran.!! Riak adalah satu jenayah! dan jenayah membawa padah!









5 comments:

  1. Hi sis kedai ape yang jual alat ganti untuk laci macam tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi norazimah..kat ACE hardware ada jual..kedai hardware biasa pun ada..sy bli kt taman melawati

      Delete
  2. Hi sis kl laci selalu tergeluncir pun kene tukar slide gak ye..

    ReplyDelete




My Instagram