Home Office Saya yang Kos Rendah

Tajuk kat atas macam penah dengar je..tapi dimana ya?..Di sini..
Harap Puan blog tak marah..Pinjam tajuk sikit..
Sekarang tiba turn saya pulak nak berkongsi ruang kerja atau SOHO ni. Dulu tak tahu pun SOHO ni menatang ape..rupanya Small Office Home Office..kesian kan..baru-baru ni Susun Atur Sioca wat Giveaway pasal SOHO..banyak idea dan deco yang cun melecun. Boleh tengok kat blog Susun Atur Sioca. Saya cuma menumpang di angin lalu je. Home office saya ini serba sederhana dan low cost. Teringin jugak nak buat itu, nak pasang ini, nak tampal tu, nak tampal ni..tapi jangan ko dik. Ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu..ikut hati kang m***..


Ini ruang kerja saya sebelum di make up kan.. 
Nampak macam sunyi je kan..macam tak berpenghuni..seram jer nengoknyer..


Tarrraa!! Ini selepas di tambah aksesori yang low profail a.k.a budget murah. Rak tu memula letak kat playroom Cik Syifa, tapi nampak sempit. Bila letak kat sebelah meja kerja ni senang nak amik buku atau barang-barang yang lain.




Meja ala-ala Jepun yang kecik tu untuk Cik Syifa buat aktiviti colouring atau aktiviti yang seumpama dengannya. Kerusi tu curik kerusi kat meja makan. Haha..takpe..menurut firasat saya, kerusi meja makan kat rumah ini ada 3 buah lagi . Jadi tak salah rasanya curi satu untuk kegunaan peribadi.


Saya takde whiteboard yang besar, jadi saya beli je whiteboard ala-ala budak taska tu kat kedai DIY RM4.90 sebuah. Yang board kecik warna oren menyala tu saya klipkan bil-bil yang belum dibayar. Chalkboard kecik tu sebenarnya untuk Cik Syifa menunjukkan kreativiti menconteng pada masa lapang.  Bila Cik Syifa berehat dari aktiviti menconteng kapur ke muka chalkboard, maka tergantunglah beliau di situ.



Di sudut tu ada buku yang berbunga-bunga saya letakkan buku log aktiviti harian saya. Kalau ada benda yang saya nak buat saya untuk hari tu saya akan tulis dalam buku tu. Menu harian, budget, idea, project to do, address dan nombor telefon pun saya tulis kat dalam tu. Pendek kata itulah buku rujukan saya as fulltime housewife.



Bekas pasu bunga ni pun DIY mari RM5.90 sebuah. Saya suka sebab warna pink dan reben yang sangat cute. Walaupun berkali-kali saya pujuk hati supaya jangan membazir, tapi akhirnya tangan saya ringan je angkut 2 benda ni masuk bakul. Oh tidak..kalau Encik Hubby baca ni mesti kena khutbah hujung minggu ni. Untuk menghidupkan suasana ceria, saya letakkan pen dan pensel serta woodboard rama-rama dan bunga sebagai hiasan, ececeh..kunun-kunun dalam intai-intai deko la ni..verangan ko sha!
Dalam frame tu, saya ambil artikel dari majalah. Masuk dalam frame sebagai reminder untuk saya mensyukuri nikmat Allah yang Esa. Saya ni kekadang cepat lupa..ada je rase benda yang tak cukup..so..ada kata-kata dari Hadis Rasullullah ni membuatkan hati saya menjadi lembut.


Ini rak buku yang menempatkan koleksi buku-buku saya yang seciput itu. 
Kat rumah mak ada lagi buku teks zaman matrikulasi dan buku-buku jiwang karat Ahadiat Akasha yang terdampar di atas almari. Buku-buku yang tu simpan buat kenangan yang terindah.



 Satu tempat ni khas untuk buku Cik Syifa yang kecik kiut miut tu. Sebelahnya mainan blok, ABC dan 123 dan flash card. Semua tu saya simpan dalam bekas tipuware. Pastu ada pensil warna dan krayon untuk aktiviti seni Cik Syifa.




Ini tempat untuk saya mengecas handphone dan laptop Buat masa terdekat, inilah charging station kat rumah saya. Ingat lagi kotak yang berjalur tu? Cuba tengok kat sini..Saya DIY kotak itu menjadi tempat untuk saya menyimpan charger.



Ini ghupernyer kalau eden tengah buat koje...tak berapa nak kemas macam gambar diatas. Nampaknya macam ada bantal pulak kat kerusi tu..ha..yang itu untuk menjadikan kerusi yang kurang empuk tu lebih selesa. Buat masa ni kerusi ini menjadi penyumbang terbesar untuk saya melakukan kerja-kerja saya. Ada rezeki nanti barulah kita tukar sama dia. Redho jela..


Dah abis dah cerita SOHO saya..
Sekian terima kasih....
Take Care!

10 comments:

  1. suka..suka..suka!!

    hehe..sy paling suka kalu org cerita detail mcm ni...semua bhgn disentuh dan diterangkan... i likeeee =)))

    and, gmbr sebelum n selepas makeup mmg berbeza dan jauh lebih functional...gudjob dear!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trima kasih Fizah...tersipu-sipu malu ni..

      Delete
  2. rak tu awk li kat ne...d bp hage

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rak tu bli kat Giant RM159.90, aritu harga promosi RM99.99.

      Delete
  3. mungkin patut cari kerusi yg lagi selesa.mungkin mahal tapi duduk lama tak penat ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah dik..ada rezki nt hakak tuka krusi mahal..tp kn tukar tajuk plak..home ofis yg berkos tinggi..wat ms ni syukur apa yg ada.. Thanks bg cadangan yg bernas tu.. :)

      Delete
  4. Waa, nice.. Sy pn berminat nak ikut jgk! Hihi.. Baru2 pndah rumah ni, low budget jugak..

    ReplyDelete
  5. Menarik sangat...terus tingin naj buat mcm ni.

    ReplyDelete




My Instagram