Makeover Fail Lama


Al kisah semasa sedang mengemas buku-buku lama, terjumpa fail lama..yang makin lama makin dimamah usia. Aduhai malang nasib Encik fail...terbiar dalam kotak tanpa ada yang peduli..Nak di buang terasa sayang, nak simpan tapi rupamu buruk tiada seri lagi..
Tetiba tenngggg! Idea bergolek-golek datang..


Sediakan alat-alat untuk menjalankan operasi. 



Keadaan di bahagian dalam fail yang diukir kata-kata seperti "jangan curik fail ini.."
haha..betul-betul old skool la..


Gunakan gam untuk proses melekatkan baju baru pada kulit fail.



Di bahagian dalam saya tampal dengan sugar paper warna hitam 
untuk suasana yang lebih dramatik. Hikhik..dramatikla sangat..



                           Dah siap...dah dapat rupa yang baru..plastik surgeri untuk Pakcik fail..



Saya jadikan fail ini tempat saya menyimpan koleksi resepi. 
Fail ini saya masukkan kertas divider yang berwarna-warni untuk memberi citarasa ceria. Setiap resepi diasingkan mengikut kategori contohnya ada lauk pauk, kek, kuih muih, desert dan lain- lain lagi. 
Dan yang paling penting fail ini telah berkhidmat semula kepada saya.


Sekian, Take Care!

2 comments:

  1. haha...comel pulak bila terkenangkan "jangan curik fail ini"...dulu-dulu siap tulis alif lam lam ha...siapa curik berdosa...

    hadoi ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..alif lam lam ha..sape curi berdose, masuk neraka..cute je klu igt zmn skolah dulu2

      Delete




My Instagram