Mari Membuka dan Memasang Tombol Pintu

8:30:00 pm Sha Nazri 31 Comments

Hari tu saya pasang tombol pintu bilik...berpeluh tiak, bukan sebab memasang tu susah..tapi sebab cuaca panas sangat sekarang ni..Puan-puan di rumah pun boleh pasang tombol pintu. Bukan susah sangat pun..cewah..lagaknya awak..
Betul ni tak tipu..kalau saya berjaya pasang, saya percaya puan-puan kat luar sana lagi terror pasang tombol daripada saya. Saya memang suka cuba buat sendiri benda-benda macam ni. Seronok! Tak payah tunggu Encik Hubby..Kalau nak tunggu jugak alamatnya esok, lusa, tulat, lagi satu tulat, 2 tulat,..bertulat-tulat la menunggu..Jom.. saya nak kongsikan hari saya bersama tombol pintu.



Mula-mula saya nak tanggalkan skru kat tepi penyendal tombol yang lama.



Cucuk pin kecil/ skru driver dalam lubang yang kecil  tu. Tekan kat dalam lubang tu  sambil menarik tombol tu ke luar. Kalau susah nak tarik pulas kiri kanan. Banyak-banyakkan berselawat bila tarik ni supaya tak histeria bila gagal menarik tombol. Yang penting sabar..



Okey dah boleh tarik pun..



oh ya! lupa lak nak tanggalkan benda ni lepas bukak skru tadi..



Kemudian buka bahagian ni..Saya guna pisau lipat untuk regangkan  bahagian ini sebab ketat sangat.


Buka skru di bahagian piring yang dalam tadi


Okey sekarang semua skru dah buka, tanggalkan benda yang berbentuk macam piring terbang ini.



Weeee! tombol rosak yang berjaya di tanggalkan daripada pintu.



Sekarang tiba masanya saya memasang tombol pintu yang baru..Get ready? Okey set...go!!


Set tombol berharga RM10. Murah jer..tak terkilan sangat kalau nak pindah nanti sedekah je kat tuan tanah..  Susun elok-elok sekali dengan pemutar skru.



Cari lubang kecil kat tombol dan gunakan pin yang disertakan sekali dalam kotak tombol. Cucuk pin ke dalam lubang kecil pada tombol tadi. Caranya sama 
macam masa tanggalkan tombol tadi.  Pulas dan tarik....you can do it!



Okey dah berjaya leraikan tombol yang baru. Susun elok-elok ikut turutan demi memastikan fikiran tak bercelaru.



Next step ye puan-puan.. Masukkan tombol yang tinggal macam rangka tu ke dalam lubang kat pintu dari luar ke dalam. Tengok betul-betul kat bahagian tepi  lubang tu. Tombol itu mesti berada dalam keadaan seperti gambar di atas. Itu lubang untuk joinkan tombol dengan penyendal seperti di bawah.


Ini ialah penyendal tombol pintu yang akan dipasang dekat tepi lubang tadi. Kalau tekan kat tepi penyendal tu ada besi yang keluar. Yang tu kita nak joinkan dengan lubang pada tombol tadi.


Kedudukan tombol dan penyendal (tanpa pintu)..Yang ini saya nak bagi lebih clear. Penyendal tadi akan dimasukkan dalam lubang tombol supaya bercantum dengan tombol tadi. Macam bentuk T..



Okey sekarang saya masukkan tombol sambil menekan punat penyendal tadi kedalam lubang di tepi tombol pintu tadi. Cuba pulas dulu ke kiri dan ke kanan. Kalau penyendal tadi bergerak keluar masuk maknanya misi anda hampir berjaya dilaksanakan.



Ketatkan skru pada penyendal. 




Masukkan piring yang kita cerai-ceraikan tadi ikut turutan. Jangan ketinggalan untuk skrukan encik piring ini.




Masukkan pulak cover depan untuk piring tadi. Ketatkan dan rapatkan sampai pintu. Yang ini boleh adjust untuk tombol yang dibahagian luar dan dalam ikut ketebalan pintu tu.



Pasangkan kepala tombol ni. Tekan sikit.



Done!! Misi telah berjaya! Siapa kata puan-puan tak boleh buat? 
Jika saya kata saya boleh..saya mampu boleh melakukan!..
 Jika saya kata ragu-ragu...apapun tak boleh..

PENAFIAN
Pihak penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas kerugian atau kemalangan daripada entri ini. Ini adalah cara saya memasang tombol pintu. Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri dan mungkin akan berbeza-beza mengikut fahaman masing-masing. Entri ini adalah untuk perkongsian di alam maya sahaja dan tidak berkaitan dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. 

Sekian. terima kasih.
Take Care!




You Might Also Like

31 comments:

  1. terima kasih :D byk sgt membantu saya ganti tombol baru ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama...tahniah atas kjayaan awk pasang tombol tu... :D

      Delete
  2. mcmne klu penyendal 2 xsmpai nk connect ngn tombol?sy da try bnyk kali xboleh gk..

    ReplyDelete
  3. wah...saya memang fail benda2 begini. tapi lps ni boleh la saya tgk cara ni..tq

    PCOS Dan Peluang Kehamilan

    ReplyDelete
  4. Terima kasih untuk panduan. Aku first timer tukar tombol pintu. Kantoi kat pin dgn lubang kecik. Search kt google melekat kat blog kau dan masalah aku terus settle. Trimas bro. Hanya Tuhan beri balasan utk jasa baik kau.

    ReplyDelete
  5. Eeehhhh......sorry akak rupanya ingatkan suami yg buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..knp..xpecaya ke akak yg buat..
      Time kasih kembali...alhamdulillah..bjaya tuka tombol ye..ini shj yg dpt sy tlg..xbyk pun..sy pun blaja dr kesilapan lalu.. :)

      Delete
  6. Salam...wah pandainya..saya memang fail bab2 macam ni..memang kena hubby jgk yg tukar dan pasangkan.Tapi entry ni memang bagus,blh dijadikan rujukan diwaktu2 terdesak bila takde sapa nak buat,boleh refer entry ni.Tq 4 sharing.

    ReplyDelete
  7. tombol pintu saya pun baru rosak.. bolehlah tengok entry ni masa nak baiki nanti. nanti saya kongsikan dalam blog saya ye...

    ReplyDelete
  8. Really helpful..trima ksh bebyk

    ReplyDelete
  9. tombol pintu bilik saya rosak.. ok itu satu hal.. lagi satu hal dh lah rosak tak boleh pulak tu nk bukak pintu ..bukak guna kunci pon tak boleh ..rasa nk pecahkan je.. tapi sbelum pecahkan harap ada jalan lain sblum saya gunakan kaedah terakhir tu..

    ReplyDelete
  10. Akhirnya saya tahu cara membuka knob pintu wc ni..terimakasih..

    ReplyDelete
  11. Terima Kasih banyak...
    Sangat membantu...
    (^__^)

    ReplyDelete
  12. tq sangat... br pasang tombol..hehhee

    ReplyDelete
  13. Sebeloemnja bingoeng mo boeka koenci lama jang roesak, tapi akhirnja bisa koeboeka dan berdjaya ganti pasang jang baroe setelah batja postingan ini. Nuhun pisan - Thank you !

    ReplyDelete
  14. Assalam t.kasih info .. sy baru tukar tombol td sambil tgk cara yg ditunjuk .. jap je .. dah ok .. hehe ..

    ReplyDelete
  15. Saya da berjaya pasang tombol! Yeah!!! Dlu tombol rosak pgl org; tombol + labour charge =RM50? Fuh.hri ni buat sndiri modal tombol RM10. What?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..bjaya pasangbtombol sndri!
      Jimat kan bila pasang sndri..

      Delete
    2. Assalamualaikum..
      Tombol sy baru rosak pagi tadi. Boleh tau kat mana beli tombol yg rm10 x? Tengok kat diy plg murah rm15.tq

      Delete
  16. Terima kasih tuan..berjaya menukar pintu depan rumah tengah malam tadi..semoga tuan sentiasa dirahmati Allah atas ilmu yang dikongsikan ini. ��

    ReplyDelete
  17. @membeli emas terpakai
    Sy bli tombol ni rm10 tahun 2014 kt kedai Mr.DIY..lama dh tu..seblum GST lg..
    Skrg mybe harga dh naik kot..

    ReplyDelete
  18. terima kasih byk2 kak, entry akak byk membantu sy tukar tombol baru..
    skrg tombol dh nek harga rm 14 lebih kt mr diy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 dik..:)
      Tombol pun dh nek harga..
      time kasih atas info tu..

      Delete