Memasang Kunci Drawer / Laci



Kunci untuk laci meja kerja saya ini hilang tak dapat di kesan..Dah tak boleh buka drawer saya ni.
Puas dah saya godek sana sini namun hingga saat ini masih belum ditemukan lagi. Akhirnya misi jejak kasihan mencari kunci drawer saya ini terpaksa saya hentikan kerana saya bercadang untuk membeli kunci yang baru.





Inilah dia kunci drawer yang saya beli di kedai hardware. 
Sila pastikan bawa kunci drawer yang lama ke kedai hardware supaya tidak tersalah membeli kunci yang kurang sesuai untuk drawer tersebut. Bila saya tunjuk je kunci drawer yang lama kat Apek kedai tu, dia dah tau jenis yang mana. Apek tu ukur diameter kunci tu untuk lebih kepastian.
Kunci drawer ini berharga RM12.90, tetapi saya minta diskaun kat Apek tu.."Apek..kasi kurangla..10 hengget boleh la..saya selalu beli kedai you ma.."
Apek dengan muka tension menjawab.."haiya..you slalu suluh kulang-kulang..ini sulah harga diskaun woo..kalau kulang lagi wa talak untung wo"..
"Ala Apek...kalau you kurangkan sikit harga I datang sini lagi..percayalah Apek.."
Jawab Apek..."Okey lo..okeylo.."
Saya cuba memberi motivasi...."Ha..itu macam la Apek..budi baik dibalas baik.."
Krik......
krik.......
krikk........
Tiada reply daripada Apek itu...



Keesokan harinya saya memulakan misi memasang kunci drawer. 
Sediakan tools yang diperlukan. Screw driver, skru dan kunci drawer.




Keluarkan semua 3 buah drawer, sebab kunci drawer saya ni bukan untuk sebuah laci je. 
Ada 1 kunci di bahagian atas untuk lock semua drawer.
Pening..banyak sangat guna perkataan drawer dan laci dalam ni.



Kunci drawer lama yang sudah ditanggalkan ..nampak melopong je kat situ..



Ini kunci drawer yang baru..




Kemudian proses mengadjust kunci untuk pastikan kedudukannya selari dengan lubang pada drawer.
Bila rasa dah puas hati dengan position kunci itu, proses mengetatkan skru pada drawer pulak.
Masa ni memang agak mencabar kesabaran sebab kena menyelinap masuk ke bawah tepi meja tu nak pastikan skru tu masuk kedalam lubang. Lenguh tangan..nasib baik pemutar skru Black and Decker memudahkan urusan..dia tolong pusingkan..tangan boleh berehat kejap..tapi kena guna manual punya skru driver jugak untuk sudut yang sempit..Encik Black and Decker yang gemuk tu tak muat nak masuk.




Dah siap. Boleh kunci dah. 
Sedikit pesanan dari penaja untuk diri sendiri..
Lepas ni sila pastikan simpan kunci ditempat yang betul. Jangan letak merata-rata. Baiklah!..



Setakat ini dulu rancangan untuk hari ini..Semoga berjumpa di lain episod..Ma'assalamah wa ila lilqa'..
 Sekian terima kasih.  
Take care!

No comments:

Post a Comment




My Instagram