Susun Alat Tulis dalam Laci Meja Kerja

1:52:00 pm Sha Nazri 14 Comments


 Ini ialah keadaan sebenar alat tulis dalam drawer saya.. 
bukan rekaan atau gambar action sebab nak masuk dalam blog. 
Walaupun nampak macam okey.. tapi sebenarnya saya masih tak puas hati dengan situasi ini sebab..tak kemas..tak cantik..bercelaru..tak tersusun..
hai..poning palo den nengoknyo..



 Maka dengan itu, saya telah berusaha mencari segala jenis kotak untuk mengisi kekosongan di dalam laci yang saya mention sebentar tadi. Kotak tepung naik sendiri, kotak ubat gigi cap mukmin perasa oren ( my favourate ubat gigi), kotak nestum Cik Syifa dan kotak bekas tali pinggang Encik Hubby--setelah meminta perkenanan Encik Hubby, maka kotak tali pinggang itu telah diizinkan menjadi korban untuk projek saya kali ini.

Saya telah membalut kotak ini dengan penuh bersemangat waja walaupun jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi waktu Malaysia. Di saat saya membalut kotak ini saya dapat mendengar bunyi dengkuran Encik jiran sebelah yang mengaum bagaikan halilintar membelah bumi. Eeee..takut mak nyah!..hehe..acah je tu..saje je wat cerita..Barulah ada thirller sikit kan..Oh ya! kertas yang saya gunakan juga sangatlah under budget..sisa2 kertas yang kurang dihargai ini saya gunakan sebaik-baiknya supaya tidak terbuang begitu sahaja.



Koleksi alat tulis ataupun stationary ni saya keluarkan terlebih dahulu untuk memberi laluan kepada kotak yang saya balut tadi diletakkan di dalam laci meja kerja saya.



Saya telah meletakkan kotak tersebut didalam laci dan menyusun atur alat tulis di dalamnya.
Macam ini lebih tersusun dan mudah untuk saya mengambil pen atau klip paper. Selepas digunakan, saya letakkan semula di tempat asalnya. Tidak mendatangkan bahaya dan lebih kemas, mudah dilihat dan dicari. Yang paling penting..ape ye..yang penting..saya suka! saya suka! (3x)

Take Care!

You Might Also Like

14 comments:

  1. wadusss... i LIKE laa diy-diy gini..kemas tersusun pulak tu hasilnya...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni smua pun idea dr Fizah..time kasih.. :)

      Delete
  2. Replies
    1. Time kasih, jap sy control idun sket..jgn mengembang sgt..hikhik

      Delete
  3. finally, nampak kemas & puas ati kan..rajin berDIY

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tul tu..brula rs puas ati..ati pun berbunga2 riang..lallaala

      Delete
  4. Replies
    1. Salam utk awk jugak..rajin sikit2 je.. :)
      Thanks sudi jln2 kt sini..

      Delete
  5. Nice.. byk kotak yang terlibat yer.. hehe.. tahniah menang ek! :)

    ReplyDelete
  6. sukanya tengok... bilalah saya nak rajin buat kotak2 gini... haihla... tahniah jugakkk sebab menang....

    ReplyDelete
  7. assalamua'laikum wbt
    saya tag awk liebster award
    http://akusukatulisblog.blogspot.com/2014/09/liebster-award.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok..nt sy terjah..trima kasih dtg singgah sini.. :)

      Delete