Susun dan Kemas Charger


Nampak tak charger handphone saya?
Mana pulak la charger laptop ni..biasa ade kat sini..
Charger ipad saya mana? Selalu saya letak kat sini..
Sape curik charger aku ni?? baik ngaku cepat..!!

Di atas tadi antara rungutan, bebelan dan tohmahan serta tuduhan melampau kepada masyarakat di sekeliling kita apabila sesetengah daripada kita  kehilangan charger atau tak dapat cari charger. Biasalah..saya pun sama..mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih..
Jadi semalam (merujuk kepada 2 minggu yang lepas) saya telah mendapat formula yang boleh di aplikasikan kepada semua rakyat jelata. Khususnya bagi mereka yang suka letak charger merata-rata. Pastu tuduh ada orang curik pulak..ish..dose..

Ini separuh daripada charger yang ada. 
Ini charger untuk gadget yang selalu saya guna je..



 Macam biasa sediakan la barang yang diperlukan..


Ni kotak kasut yang saya balut ikut suka hati saya.
 Pastu amik kotak lain tampal kat dalam untuk buat partition a.k.a rumah charger.



 Kotak yang tak berbaju tu boleh tampalkan dengan kertas pembalut hadiah yang comel seperti di atas. :)



 Pastu letakla segala jenis charger kat dalam rumah awak semua.. 
Kalau tak muat cuba guna kotak untuk mesin basuh. Cubalah..anda pasti berjaya!!  



Mereka yang terpilih untuk mendiami kotak ini. 
Charger untuk handphone, laptop dan tab. Earphone dengan USB kabel pun masuk jugak.



Tutup dan simpan ditempat yang mudah untuk di cari.
 Contohnya berdekatan dengan charging station kat rumah.


Demikianlah tadi sedikit sebanyak tips yang boleh saya kongsikan untuk anda semua menyimpan charger dengan cara yang lebih berhemah. Tak peningkan kepala dengan wayar charger yang berselirat dan yang penting sangat murah dan mudah untuk dilakukan di rumah bersama suami dan anak-anak yang tersayang.

Take Care!

3 comments:




My Instagram