3 hari 2 malam - Syifa di Hospital

9:48:00 am Sha Nazri 0 Comments

Baru beberapa minggu saya keluar dari hospital, Syifa pula masuk hospital. Dugaan datamg lagi...Bagi saya, kalau sakit tu boleh di tukar biarlah saya sahaja yang mengalaminya, bukan anak saya yang baru setahun jagung mengenal dunia. Kesian melihat Syifa....

Pukul 2 pagi saya di kejutkan dengan tangisan Syifa..Kebiasaannya pada waktu begini Syifa minta di berikan susu....Saya berikan Syifa susu..tapi selepas sahaja beberapa minit selesai menyusu, Syifa terus muntah...Saya bersihkan tempat tidur yang terkena muntah dan menukar baju Syifa yang terkena muntah..Syifa masih lagi muntah-muntah setiap setengah jam sekali. Sepanjang malam Syifa tak boleh tidur hanya menangis dan menangis. Baru sahaja nak melelapkan mata, Syifa muntah lagi.
Saya mula risau keadaan Syifa...apa sahaja yang saya beri pada Syifa semuanya akan keluar balik.
Melihat Syifa semakin lemah, saya dan Encik Hubby terus menghantar Syifa ke Hospital Ampang.

Syifa di masukkan ke wad kecemasan. Masa tu muntahnya masih belum berhenti. Kali ni disertai dengan cirit birit. Aduhai anak mama...kesiannya mama tengok Syifa. Suhu badan pun makin panas..Nurse datang bagi paracetamol..Menangis Syifa sebab taknak minum ubat, tapi saya nak Syifa cepat sihat, jadi saya paksa juga Syifa telan walaupun tak sampai hati..,Lepas makan ubat Syifa pun tertidur..Lena dalam kesakitan. Kalau Syifa tak tidur, nurse datang nak cek tekanan darah pun dia menjerit, taknak...!

Syifa baru selesai ambil darah. Macam pelik je tengok benda kat tangan dia tu..






 Lena...kesian anak Mama...





 Tangan kecik Mama





 Cek tekanan darah..Waktu ini Syifa tidur boleh dengar dia tesedu-sedu..menangis dalam tidur..



Pukul 1 tengahari Syifa bangun dari tidur, Syifa minta saya suapkan tembikai susu yang makanan tengahari yang disediakan oleh hospital. Berselera Syifa makan..Dari pagi sampai tengahari ni, baru ni la Syifa makan. Saya susukan Syifa, sebab Syifa nampak macam dah ok..tak muntah lagi. Tapi sangkaan saya meleset, selepas selesai menyusu, Syifa muntah lagi atas katil hospital. Beberapa kali dia tak dapat menahan..Sepanjang masa dia menangis..Sedih hati saya. Saya rasakan masa berjalan sangat perlahan. Saya masih lagi berada di dalam wad sementara dari pagi tadi hingga sekarang.  Pukul 1 tengahari datang seorang doktor memberitahu saya, Syifa akan di admit untuk pemerhatian lebih lanjut oleh specialist.

Malam tu saya demam..badan saya menggigil..kepala rasa berdenyut-denyut. Kalau ikutkan hati saya, memang saya nak balik rumah..tidur dan berehat. Tapi tak boleh, sebab Syifa lebih perlukan saya sekarang. Walauapapun saya mesti kuat... Saya minta Encik Hubby bawakan ubat dari klinik untuk saya di hospital. Pukul 2 pagi Encik Hubby datang membawa baju persalinan untuk saya dan  Syifa serta ubat-ubatan untuk saya. nasi goreng USA yang dibawa Encik Hubby tu langsung tidak menambat selera saya. Saya cuma makan 3 sudu selepas tu saya cuma nak makan ubat dan berehat. Nasib baiklah Syifa tak menangis..bolehlah saya merehatkan diri.


Syifa sedang lena..Saya dan Syifa berkongsi katil yang kecik dan comel ni.. Katil untuk ibu atau penjaga yang jaga anak di wad kanak-kanak memang tak disediakan, cuma ada kerusi malas untuk ibu merehatkan diri kalau dah penat sangat. Saya lihat ibu-ibu lain pun terpaksa baring di atas katil yang disediakan untuk kanak-kanak tu..memang kurang selesa tapi kalau dah 2 hari tidur atas kerusi memang naik kematu badan. Saya sendiri rasa lenguh-lenguh satu badan bila bangun pagi. Sabar jela..





Mama tidur-tidur ayam..

Sepanjang Syifa di hospital tiap-tiap hari, sekali sehari kena ambil darah. Saya diminta untuk  tunggu di luar bilik ambil darah tu, boleh dengar satu wad bergema dengan suara tangisan Syifa. Sayu hati saya..
Pampers yang Syifa dah poo poo dengan kencing semua kena kumpul masuk dalam plastik warna kuning yang diberikan oleh nurse. Setiap hari nurse akan timbang untuk tahu berapa banyak yang Syifa makan dan minum tu balance tak dengan apa yang keluar. Tapi saya risau sebab Syifa memang tak selera makan sepanjang di hospital. Kalau nasi dengan ikan lagila dia tolak tepi. Dia cuma nak menyusu sahaja. Air pun taknak, kecuali air kosong, tupun minum sikit-sikit. Bila Syifa poo poo dah ada tekstur sikit saya kena ambil sample masuk dalam botol yang diberi oleh nurse. Kata doktor Syifa mungkin terkena keracunan makanan. Saya pun  rasa macam tu sebab saya juga muntah dan demam menggigil. Nasib baik saya tak teruk sangat dan masih kuat nak jaga Syifa. Suhu badan Syifa turun naik..turun naik..Kejap demam..kejap tak..Bila nak bagi ubat tu, terpaksalah berperang dengan Syifa, selalu kat rumah Encik Hubby tolong pegangkan kaki dia yang meronta-ronta tu, kat sini saya kena kuatkan diri. Cakap dengan Syifa, kalau nak cepat sihat, Syifa kena makan ubat..nanti kita boleh balik rumah...Barulah dia lembut hati..tupun sekejap je..jap lagi tu dia lupa la tu..

Alhamdulillah..lepas 3 hari Syifa dah semakin sembuh. Selera makan masih kurang tapi Syifa dah makan keropok dengan biskut. Lepas saya merayu kat doktor untuk balik rumah, alhamdulillah..dah boleh discharged. Seronoknya Syifa bila sampai rumah..Tidur pun lena..Makan pun makin berselera..Lepas seminggu barulah Syifa sembuh sepenuhnya..Alhamdulillah..
Sekian..
Take Care!!





You Might Also Like

0 comments: