Ini kisah saya.. Selamat Pagi Cikgu!!

8:30:00 pm Sha Nazri 0 Comments

Endang Hari Guru kami ucapkan..endang Hari Guru kami ucapkan..16 May Hari lah Guru..Marilah kita raikan bersama-sama..hey!! ewah..
Itu antara bait-bait lagu endang Hari Guru yang di persembahkan oleh rakan-rakan saya waktu sekolah rendah. Masa  tu saya masuk dikir barat. Dengan berkain batik dan tudung lip lap lip lap saya duduk dengan kawan-kawan atas pentas sambil menghayun tangan ke kiri ke kanan ke atas dan ke bawah... Seronok sebab pengalaman pertama masuk dikir barat..

Masa saya sekolah rendah, cikgu yang paling saya ingat ialah Cikgu Azmi. Cikgu Azmi ni memang terror bab-bab melukis dan menghias, sebab tu dia ajar matapelajaran Pendidkan Seni. Kalau ada apa-apa pertandingan macam pertandingan nasyid ke, bercerita, melukis..dialah orangnya yang akan incharged.
Dia jugak ajar matapelajaran Bahasa Melayu. Saya selalu dapat markah 90% keatas dalam penulisan dan pemahaman. Tu yang saya suka sangat! Tapi tu dulu....Walaupun perwatakan dia ala-ala lembut gitu..jangan sangka air yang tenang tu tenang je selama-lamanya..garang tau dia ni..kalau dia naik angin suara dia boleh bergegar gegendang telinga. Masa dia mengajar dulu, saya selalu di suruh oleh cikgu Azmi untuk ajar salah seorang rakan saya di kelas yang kurang pandai membaca dan menulis. Sebabnya saya selalu jadi orang yang paling cepat siapkan karangan ataupun kerja yang diberikan sewaktu di dalam kelas. Yelah..daripada saya duduk temenung..Cikgu Azmi sambil-sambil dia menyemak buku kerja yang menimbun tu..boleh gak saya tolong kawan saya yang sorang ni..Kawan saya yang tak pandai membaca dan menulis masa darjah 4 dulu, sekarang dah jadi businessman..Siapa sangka kan..tak semestinya sekolah tak pandai tak boleh berjaya..

Seorang lagi cikgu yang saya ingat ialah Cikgu Rafi..Saya ingat dia sampai sekarang sebab saya pernah kena rotan dengan dia. .Pedih tangan saya..Saya menangis tau lepas kena rotan..bukan sebab sakit tapi sebab malu..Saya tak pernah kena rotan dengan cikgu. Malu sangat sebab saya tak lulus Matematik. Markah yang saya dapat cuma 40% je. Lepas tu saya berusaha belajar rajin-rajin nak dapat markah tinggi..tak nak kena rotan lagi..Lagi satu kisah, saya pernah kena ketuk kat kepala dengan Cikgu Rafi. Berdengung rasa kepala saya sebab kena batu cincin dekat jari Cikgu Rafi. Kenapa? sebab saya terlupa bawak buku teks matematik. Rentetan peristiwa itu, saya akan cek buku matematik 3-4 kali dalam beg sekolah saya yang besar gedabak tu..takut kena ketuk lagi..Cikgu Rafi masih mengajar lagi tapi dah tukar ke sekolah lain yang berhampiran dengan sekolah lama saya.

Cikgu Anush..sorang lagi anak jati kampung saya yang menjadi guru selain daripada Cikgu Rafi..Cikgu Anush ni tegap dan sasa orangnya persis pelakon Hindustan dengan jambangnya. Walaupun dia tak mengajar saya, tapi dia masih ingat nama saya. Itu yang saya sangat terharu..Walaupun dah hampir 20 tahun saya tinggalkan sekolah rendah, ingatan cikgu masih kuat lagi..

Waktu zaman sekolah menengah pulak ada beberapa orang Cikgu yang masih segar dalam ingatan saya. Cikgu disiplin yang saya dah tak ingat namanya..Orangnya memang garang..kalau bercakap semua orang seriau dengar suara dia. Masih saya ingat dia pernah menampar seorang pelajar lelaki yang terkenal dengan sifat gengstarnya dihadapan semua pelajar semasa perhimpunan tengahari buta. Kami semua terdiam..Saya pun pernah kena denda dengan dia..Kena kutip sampah sebab mengelat tak pergi merentas desa. Haha..saya paling tak suka merentas desa sebab penat..saya semput nak berlari sampai termuntah-muntah..lebih baik saya kutip sampah..boleh buat amal jariah pada sekolah..dapat pahala..insyaAllah..
Satu lagi denda yang saya dapat free je... kena rotan kat tangan sebab datang lewat..bas buat hal..aduiyai...

Cikgu Azhan ajar matapelajaran Geografi..kalau berjalan laju giler..kalah semua oarang kalau nak saing dengan dia..tertinggal la kat belakang. Kalau mengajar ada saja modal dia buat lawak. Riuh dengan ketawa dalam kelas...tapi awas..kalau tak siap kerja rumah..tawa dalam tangisan la jawabnya.




Cikgu Wan..seorang yang bersifat keibuan. Saya dan kawan baik saya jarang kena soal dalam kelas masa dia mengajar, sebab kami duduk meja paling depan berhampiran meja guru. Memang tak boleh miss la..mata kena selalu bukak walaupun fikiran dah melayang ke awan, ke pokok, ke langit, ke laut dan sebagainya. Cikgu Wan ni memang sentiasa gojes dengan baju-baju dia yang lip-lap lip-lap dan warna-warna ceria..ditambah pula dengan harum semerbak..yang tak minat matematik terus jadi minat secara tiba-tiba.





Puan Lee..Cikgu yang mengajar Ekonomi yang sememangnya berdedikasi..tak pernah miss kelas...tak pernah emergency leave ke MC ke..memang sentiasa ada je kat sekolah. Seorang yang menepati masa, sebab dia memang dah terpacak depan kelas sebelum cikgu lain keluar kelas tu.
Tapi tak taulah..ada sorang mamat namanya Pecai (bukan nama sebenar) dalam kelas saya tu...Kalau Puan Lee masuk dia mesti tidur..dan virus mengantuk dia tu boleh berjangkit satu kelas.. satu kelas mengantuk bila Puan Lee masuk..ni semua salah virus Pecai..haha..tak baik lah..Sampai lekat nama timangan Pecai Virus..Nasib baik subjek Ekonomi saya tak kantoi..





Teacher Maliga pulak guru Bahasa Inggeris saya waktu Tingkatan Tiga. Salah satu sebab nama Teacher Maliga ni sentiasa meniti di bibir kawan-kawan sekelas saya adalah kerana... sekiranya seorang murid didalam kelas tak boleh menjawab soalan dia, satu kelas kena denda. Denda yang di kenakan ialah..kena berdiri atas kerusi ataupun duduk bawah meja sampai habis time dia mengajar. Maknanya disini, semua orang kena bekerjasama untuk jawab soalan... kenalah bantu membantu. Kalau A tak dapat jawab, B volunteer nak jawab..Kalau senyap sunyi..takde yang nak jawab terimalah padahnya. Sebab itulah semua orang berebut-rebut nak jawab soalan dia..

Cikgu yang ajar sejarah pulak bernama Cikgu Azman..Tapi tak lama Cikgu Azman mengajar di sekolah saya sebab ada hal yang tak dapat dielakkan di sekolah yang menyebabkan Cikgu Azman bertukar ke sekolah lain. Bila Cikgu Azman masuk kelas semua orang senyap. Sebab dia jugak salah seorang guru disiplin. Garang, tegas dan sangat confident orangnya. Nahasla kalau tak dapat jawab soalan dia. Kena berdiri sambil junjung buku takpun kena pegang tong sampah. Tapi kalau Cikgu Azman buat lawak satu kelas macam nak pecah perut. Pun begitu Cikgu Azman ada ramai pelajar yang suka dan ramai juga pelajar yang tak suka dia. Buktinya..dalam tandas dipenuhi dengan ukiran nama Cikgu Azman.. Tapi bila hari guru Cikgu Azmanlah yang paling popular dan banyak dapat hadiah.

Ramai lagi  cikgu-cikgu yang saya tak sebutkan. Tapi tak bermakna saya lupa jasa dan penat lelah mereka mengajar saya dan rakan-rakan saya yang lain tanpa jemu. Apa yang cikgu telah lakukan adalah perkara yang sangat mulia.  Jasa cikgu akan dikenang sepanjang hayat.
Selamat Hari Guru Cikgu..Saya sayang semua cikgu yang telah mengajar saya..

Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi
Terima Kasih Cikgu!!


You Might Also Like

0 comments: