Ini Kisah Saya..pengalaman keguguran

Assalammulaikum..

Semoga anda yang sedang menatap blog saya sekarang dalam keadaan yang sihat walafiat dan berada dalam rahmat Allah hendaknya.

Sudah 2 bulan saya tidak menulis…Setiap kali hendak memulakan bicara, saya rasa bagai ada sesuatu yang membelenggu  seakan-akan  medula oblongata saya tidak menghantar implus yang datang dari medulla spinalis menuju ke destinasinya.------- “What the ??”
Bertenang..bertenang..okey saya terus sahaja kepada cerita yang ingin saya deklamasikan untuk tatapan  mereka didepan laptop ataupun sebarang gadjet yang boleh baca blog.

AMARAN: Entri saya kali ini saaaangaaat panjang..

Cerita saya bermula pada April 2014. Masa ni saya senyap sunyi dari menghapdate blog.
Alhamdulillah…Happy sebab Si comel Syifa akan menjadi kakak tak lama lagi dan rumah ini akan bertambah meriah dengan suara tangisan serta gelak tawa sorang lagi baby yang bakal akan lahir.

Tapi ditakdirkan suatu hari, saya telah mengalami pendarahan.  Pukul 9 malam, sedang saya menonton  tv, terasa ada cecair yang keluar. Saya pergi ke bilik air dan tengok ada tompokan darah. Terus saya call Encik Hubby untuk pergi ke hospital.
Sampai di hospital Ampang saya diberitahu oleh pegawai di kaunter saringan untuk terus ke wad kecemasan di dewan bersalin. Saya diberi sehelai kain sarung berwarna pink yang besar gedabak oleh nurse sambil mengarahkan saya memakainya.  Beberapa kali kain sarung saya hampir terlondeh dek kerana saya memang hampeh sekali dalam memakai kain sarong. Kalau dirumah saya memang langsung tak pakai kain batik, kalau adapun sebab terpaksa..itupun saya guna tali pinggang. Saya baring atas katil dan menunggu..menunggu..menunggu dengan penuh sabar sambil sesekali menahan kesakitan.

Lebih kurang 30 minit menunggu, seorang doktor yang sangat muda..dalam hati berbisik..ni mesti student lagi..sebab dari segi pemerhatian saya, dia seorang yang sangat suka mengulang soalan yang sama. Saya layankan juga sebab saya fikir dia masih hijau lagi dalam arena kedoktoran ini. Sedang doktor perempuan yang berbangsa cina itu bertanya tentang sejarah kesihatan saya, tiba-tiba seorang jururawat bertanya pada doktor itu samaada dia hendak order burger Mac D atau fries.. Maka bermulalah perbualan mereka untuk menghapdate order untuk Mac D pula..Saya diatas katil terkebil-kebil sambil menahan sakit. Dalam hati nak cakap..**&^%&*(() Tapi taknak cakap.

Tak lama kemudian doctor tadi pergi dan datang semula bersama seorang nurse yang order Mac D tadi, sambil membawa satu alat yang dinamakan speculum. Alat tu macam gambar di bawah ni. 

Nampak macam alat torture waktu zaman Jepun kan..Tapi takla..macam je..
(copy kat Google)

Sakitnya masa doktor masukan alat tu..Redho lagi…dalam hati berdoa..Ya Allah mudah-mudahan anak dalam kandunganku ini selamat.  Selepas cek tu, doctor minta saya tunggu di luar untuk pergi ke bilik scan untuk pastikan keadaan kandungan saya. Okey saya ikutkan aje.  Semasa menunggu giliran untuk masuk ke bilik scan tu, saya sempat membelek majalah Wanita edisi 3 tahun lepas dengan kulit dibahagian hadapannya telah rabak. Kebetulan dalam majalah tu ada artikel pasal keguguran. Saya baca dengan penuh khusyuk. 2-3 saya ulang ayat yang sama sebab masa tu saya menahan perut yang sedang sakit. Bila saya baca artikel tu, menguatkan harapan saya yang kandungan saya akan selamat, sebab antara yang disebutkan keguguran jarang berlaku kepada mereka yang berumur 30 tahun ke atas dan mereka yang mengandung anak untuk kali kedua.  Sedang saya membaca, doktor cina pelatih tu memanggil nama saya. Dalam bilik itu ada seorang doktor India yang sedang menunggu. Okey doktor pun mulalah scan perut. Kata doctor, kandungan saya tak berapa jelas. Saiznya juga agak kecil berbanding dengan usia sepatutnya -10 minggu.  Jadi doktor pun mula scan daripada bawah untuk kepastian. Saya dapat rasa sesuatu yang kurang baik..tapi saya masih berdoa supaya semuanya selamat.


Tinggal kenangan.....my baby.. :'(

Selang beberapa minit, doktor  pun memberitahu saya..Janin masih ada lagi dan usia janin sekarang sebenarnya 8 minggu dan tidak membesar  seperti 10 minggu.. doktor bagitau saya yang janin tu dah takde heartbeat. Saya seolah-olah tak percaya..saya bertanya samaada doktor pasti atau pun tak..tapi doktor mengatakan memang sudah tidak ada denyutan jantung lagi pada janin.
Tiba-tiba airmata saya mengalir. Saya menangis. Walaupun saya redha, tapi hati saya sedih. Di luar tadi saya berjanji pada diri saya yang saya akan terima apa sahaja keputusan. Tapi ternyata saya tidak kuat. Saya mula teringat yang siang tadi saya mengemas rumah, vakum ,basuh toilet, dan mengangkat air untuk bekalan di musim catuan air sekarang ini. Saya menyalahkan diri sendiri. ..Tapi apakan daya..saya tidak boleh hanya mengharapkan ibu saya seorang menguruskan rumah, kerana dia pun sudah berusia..

Kad temujanji hospital..

Saya perlu datang semula ke klinik Obstetrics and gynaecology (tak reti nak eja..copy & paste dr En. Google je..hhhaha..gelak kan diri sendiri)  untuk scan sekali lagi memandangkan bleeding yang keluar tu masih sedikit.. Dalam kereta masa perjalanan balik, saya masih mencari-cari apakah punca kepada keguguran saya ini..Saya masih menyalahkan diri sendiri. Nasib baiklah ada Encik Hubby disisi yang memberi kata-kata semangat..Kata En. Hubby..sabar..ini dugaan dari tuhan....Zikir..zikir..penawar untuk hati yang resah...



             Klinik Obstetrics and Gynaecology kat Hospital Ampang yang maha ramai manusia


Jumaat ….Pagi-pagi lagi (takla pagi buta sangat)..dalam kul 9 pagi (alasan biasalah..sebab jalan jem) saya dah terpacak kat depan Klinik O&G..Kali ini saya bawa Cik Syifa ditemani oleh Encik Hubby. Saya kena mendaftar dulu di kaunter hadapan sebelum pergi ke klinik O&G. Ambik nombor giliran dulu dan tunggu nombor anda dipanggil. Dalam 10 minit, nombor giliran saya dipanggil. Bayaran yang dikenakan ialah RM5 bukan RM1 macam dekat kaunter kecemasan tu. Sebabnya ni nak jumpa specialist, jadi bayar 5x ganda. Okey..takpe..tak banyak cakap sebab masih murah lagi..


Sila tunggu sebentar..Anda akan dilayan sebentar lagi..


Saya mendaftar di kaunter Klinik O&G pula. Ada 3 orang jururawat yang bertugas di bahagian kaunter. Saya tunggu lagi..10 minit kemudian nama saya dipanggil, diberikan nombor giliran sekali lagi dan disuruh pergi untuk ke bilik yang berada di hujung sekali untuk timbang berat dan ambil urine. Nombor giliran saya yang ke berapa puluh tah..tapi saya dah biasa menjadi penunggu setia. Jadi diri saya mudah memahami situasi menunggu di hospital kerajaan. Cuma Cik Syifa belum memahami keadaan ni lagi, jadi terpaksalah saya berhempas pulas menenangkan kegelisahannya. Sesekali Encik Hubby bawa Syifa meronda hospital, sampai lenguh kaki katanya. Syifa memang suka berjalan. Menurut cerita Encik Hubby, kalau boleh semua orang nak di “da da” nya yang bermaksud bye..bye..dalam kamus dewan bahasa Cik Syifa. Kalau dah habis idea macamana nak bagi Syifa duduk diam, saya bawa dia ke bilik menyusu. Kat situ tenang sikit, takde baby masa tu menyusu, jadi saya boleh main kejar-kejar, melompat bintang ke hapa..takde orang kesah. Encik Hubby sempat pergi ke cafeteria hospital dan membelikan saya 6 biji kuih karipap dengan air mineral. Lapar...nasib baik ada karipap untuk lapik perut.



 Pukul 12.10 pm barulah seorang doktor yang comel yang bernama Suri memanggil nama saya. Saya di minta untuk scan sekali  lagi. Prosedur yang sama saya lalui sewaktu hari pertama saya bleeding..Sekali lagi saya rasa sedih bila nampak  janin yang begitu kecil. Waktu ini darah masih belum banyak keluar, hanya lendir yang bercampur darah sahaja. Doktor bagitau saya sekiranya ada banyak darah keluar atau ada ketulan yang besar atau kantung yang keluar masa dirumah nanti, cepat-cepat datang ke hospital, sebab takut ada komplikasi lain. Doktor aturkan hari ahad, petang  untuk saya masuk wad dan  cuci semua isi dan darah tu.

Ahad..pukul 3 pagi saya terjaga. Bila saya bangun..Ya Allah..banyaknya darah mengalir keluar.. habis cadar dan tilam basah terkena darah. Cepat-cepat saya ke bilik air. Masa tu sakit contraction semakin kuat. Dalam toilet ketulan-ketulan merah seperti daging berciciran di atas lantai. Saya kutip satu demi satu dan masukkan kedalam plastik . Berlinangan airmata saya mengutip cebisan-cebisan daging tu. Ya..itulah anak yang saya sempat kandungkan selama 10 minggu..Maafkan Mama nak....
Saya tak faham bagaimana seorang ibu yang melahirkan bayi yang sempurna sifatnya sanggup membuang bayi yang comel itu ke dalam tandas atau tempat buangan sampah..sampai hati kamu..sedangkan saya melihat janin yang keluar menjadi ketulan darah itupun hati saya menjadi sayu...Saya pasti jika anda juga yang mendengar kes bunag bayi mesti merasa marah dan sedih dengan perilaku manusia seperti *&&%^%^..

Pagi itu, sepatutnya saya terus pergi ke hospital, tapi disebabkan kesiankan Syifa yang kurang sihat masa tu, saya ambil keputusan untuk pergi selepas Zohor, lagipun petang tu saya akan admit ke hospital. Selepas Zohor, saya ditemani Encik Hubby bergerak ke hospital. Sampai di hospital, saya ke kaunter 8 unit kecemasan untuk mendaftar masuk wad. Cik Syifa saya tinggalkan dengan mak. Terima kasih mak tolong jagakan Syifa sepanjang saya di wad.

Hari pertama di wad...Makan malam saya....tak lalu nak makan..makan kobis je..

Saya pilih untuk masuk wad biasa, kelas ke berapa tak penting bagi saya sebab saya hanya ingin pulang segera ke rumah. Saya kena berpuasa dari pukul 12 malam hingga 12 tengahari esoknya . Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata. Sakit..Contraction makin kuat..Sangat sakit.. Apalah yang Syifa tengah buat sekarang..Sepanjang malam saya berdoa dan berzikir..Baca ayat kursi, 3 kul..segala macam selawat keluar dari bibir saya..tapi mata masih belum boleh lelap. Benarlah..bila time sakit..susah sahaja barulah betul-betul ingat Allah..Sebab itu Allah datangkan ujian kepada saya..supaya saya dekat dengan Allah..Supaya saya sedar dan muhasabah diri…Saya baru di uji dengan sedikit kesakitan sudah mula gelabah.. Saya sangat kagum dengan ibu-ibu dan isteri-isteri tragedy MH370..mereka redho..mereka pasrah dengan ketentuan dari Allah… Saya tidak dapat bayangkan sekiranya saya yang berada di tempat mereka...




Dalam wad ini ada 4 katil dan 3 orang pesakit termasuklah diriku...



Doktor-doktor freshie...muka semua control ayu..
Kalau masuk hospital tak boleh amik gambar tau..jangan tiru aksi saya di hospital Ampang..


Dalam pukul 9 pagi seorang doktor pelatih lelaki meminta saya tandatangan borang persetujuan untuk pemindahan darah. Sekiranya berlaku perkara yang tak diingini mereka akan menjalankan pemindahan darah..tapi menurut doktor pelatih tersebut, ini cuma prosedur biasa, dalam kes keguguran jarang berlaku pemindahan darah semasa dalam bilik operation. 
Sejam kemudian, seorang doktor wanita India (specialist O&G)datang menjenguk saya ... Menurut doktor, prosedur cuci tu ambil masa lebih kurang 30 minit. Doktor akan masukkan alat dalam tu untuk cuci. Saya tak akan rasa sakit sebab doktor akan masukkan ubat bius. Sekarang saya perlu makan ubat dulu untuk memudahkan pintu rahim terbuka. Sepatutnya saya perlu makan ubat tu pukul 6 pagi tadi, tapi doktor pelatih tu terlupa beritahu pada nurse, apalagi.tang tu gak doktor pelatih tu kene lecture


Menunggu untuk di bawa ke bilik operation

Pukul 12.30 tengahari seorang nurse datang membawa baju uniform bilik operation. Saya baring di katil sambil katil saya di tolak menuju ke bilik operation. Masuk sahaja di pintu hadapan bilik operation seorang nurse berbaju biru bertanya siapa nama saya dan nombor ic saya utntuk tujuan pengesahan. Saya ditanya samaada memakai barang kemas atau contact lense atau gigi palsu. Katil saya diletakkan ditempat menunggu bilik operation berhadapan dengan kaunter nurse. Ada 4 orang pesakit yang sedang menunggu giliran termasuk saya dan dua orang ibu yang akan melahirkan anak.  Saya menahan kesejukan..dengan berbekalkan baju sehelai sepinggang dan selimut putih tu, saya berdoa agar giliran saya di percepatkan. Lebih kurang 45 minit saya menunggu, seorang doktor cina perempuan memperkenalkan diri  kepada saya. Dia bertanya sekiranya saya pernah menjalani pembedahan sebelum ini. Dan saya mengiyakan kerana sebelum ini saya pernah menjalani pembedahan appendiks dan slip dics tulang belakang. Doktor bius memberitahu saya dia akan memasukkan ubat bius tapi tidak melalui injection di bahagian tulang belakang sebab saya pernah menjalani pembedahan dibahagian tersebut.
Masuk sahaja operation theater, saya dipakaikan topeng oksigen, di kiri kanan saya ada nurse yang memasangkan wayar, ada yang mengambil tekanan darah, ada yang memasukkan tiub di tangan saya,dan ……saya tak sedar apa yang berlaku selapas itu….zzzzzzz  zzzz   zzzz

Bila saya sedar katil saya telahpun berada di dalam wad. Kepala saya masih berpinar-pinar..saya seperti namapak Syifa dan En Hubby datang kearah saya..Iyela..memang betul pun..ingatkan mimpi tadi..Kesiannya Syifa..Dapat jumpa sekejap je sebab masa tu bukan waktu melawat. Syifa menangis sebab dapat duduk sekejap je dengan saya..Encik Hubby bawa Syifa balik ke rumah dulu, sebab keadaan saya masih lemah..dari malam tadi sebiji nasi pun masih belum saya jamah.  Sajian untuk makan petang sebiji pau inti kaya dan air teh. Itulah sahaja yang saya makan.  



Bil hospital....tak sampai 20 hengget..
Kalau hospital swasta dah cecah RM2000..


Alhamdulillah..petang tu discharged. Saya dibekalkan dengan ubat tahan sakit, ubat gastrik dan asid folic. Sampai saya di rumah Cik Syifa memang tak nak berenggang dengan saya. Ke mana saya pergi dia ikut je..sampai ke toilet..takut kena tinggal lagi..alahai anakanda mama ni....Balik dari hospital tu masih ada lagi darah yang keluar..tapi selepas 2 minggu. Alhamdulillah dah bersih semuanya. 


Itulah pengalaman saya keguguran…sebelum ini saya ingat bila keguguran tu darah keluar mencurah-curah macam dalam drama tv tu..tak payah pegi cuci ke ape..rupanya banyak ibu yang keguguran ni kena buat. Dari segi mental, emosi dan fizikal lebih kurang sama je macam ibu yang melahirkan anak. Kena berpantang..Tapi saya 2 ari je berpantang lepas tu saya makan je semua..
Berakhir salah satu episod kehidupan dalam hidup saya..okey dah habis dah cerita saya...Awak yang baca ni..jaga diri baik-baik okey..bye!

                                                                         Tamat










No comments:

Post a Comment




My Instagram