4R : Ruang Rak Rempah Ratus

Hai semua...(sambil melambai-lambai tangan) 
Sihat tak hari ini? Bertemu kita dalam rancaaangannn..4R iaitu Ruang Rak Rempah Raaatusss bersama pengacara tersohor Aaaabangg Saleh.. -- karakter dalam kartun Upin Ipin

Baiklah..saya mulakan dulu dengan mukadimah..Sikit je..tak panjang berjela-jela..Promise!

MUKADIMAH
Semenjak saya mula berkecimpung dalam arena susun atur ini, saya rasa hidup saya lebih ceria. Semakin banyak barang-barang  di rumah saya yang telah ghaib selama ini telah di temui semula dengan selamat. Terima kasih kepada mereka yang menjadi pencetus untuk memerangi kesepahan di dalam rumah dan menjadikan dunia seorang surirumahtangga lebih kreatif dengan tips dan idea yang diberikan.

Sebelum hormon-hormon merapu saya berkembang dengan lebih kronik lagi, lebih baik saya kongsikan apa yang menarik untuk tatapan anda sekeluarga hari ini. Sudah bersedia?..I can’t hear you…Dah ke belum? Kalau sudah mari kita start sekarang jugak..hehe..

Hari ini nak cerita pasal susun atur rempah ratus di atas rak bertingkek-tingkek  (tingkat-tingkat). Ala..balik-balik nak tunjuk pasal susun atur rempah ratus..balik-balik nak tunjuk benda yang sama..kan..kan..kan..
Iye..memang pun benda yang sama je dengan blog-blog yang puan-puan pernah jenguk..tapi mungkin terdapat sedikit perbezaan pada saya dari segi idea, lokasi, rupabentuk, warna dan juga molekul-molekul yang terlibat. Teruskan bersama saya dalam rancangan 4R- Ruang Rak Rempah Ratus..





Sebelum ini saya susun rempah ratus dalam kabinet sebelah tempat memasak. Tingkat kedua  yang kosong tu saya letakkan stok barang-barang makanan, tapi sekarang tidak lagi, sebab saya dah alihkan ke tempat yang selesa untuk mereka sekalian.  Itu saya cerita lain kali..Ini kali la saya cerita pasal rempah ratus saje lah ye..



Ini saja koleksi rempah ratus yang saya ada. Koleksi saya tak banyak..ada 3-4 botol lagi tapi dah kosong..dan sedang menunggu giliran untuk di bersihkan. Botol yang penutup silver yang montel-montel tu saya dapat masa sepupu saya kahwin 2 tahun lepas. Mentang-mentangla sepupu, hangkut beg goodies berjimba-jimba tanpa segan silu..ekekekek..Maaf ye Mak Usu..Pasrah jela..yang penting Mak Usu saya dah halalkan semua tu..Alhamdulillah.. Yang lain-lain tu ada botol atau jar taucu dan mayonis yang saya guna semula..Tau tak cara nak tanggalkan pelekat kat botol mayonis ni? Apa?? Tak tahu???..Nak tahu jom baca kat SINI. 
Penutup hijau tu ialah garam, kunyit, blackpaper dan Ajinomoto cap mangkuk merah…Semua botol-botol ini saya keluarkan untuk di lapkan supaya kelihatan lebih bercahaya dalam gambar nanti.hiihi



Tadaaaa! Dah siap susun atas rak plastik bertingkat. Saya suka! Saya suka! Nampak lebih tersusun dan kemas buat masa ini. Esok, lusa, tulap, the next tulap..tak taulah..harap-harap saya rajin mengekalkan kekemasan tempat ini. Atas sekali ialah minyak masak..dan juga minyak yang masih ada harapan untuk digunakan semula...Saya isikan didalam kole kecik tu.  Ruang disebelah yang berpintu itu dah kosong..



Ini pandangan selepas semua kejadian menyusun atur rempah ratus tadi. 
Jimat ruang dan senang untuk saya capai bila memasak nanti.


Okey dah habis.. Take Care!










1 comment:

  1. dulu2 masa sy duk umah sewa takde idea cmni...kalu tahu awal blh guna idea ni...jimat ruang dan organized well...gud sharing!! =)

    ReplyDelete




My Instagram