Cara Mesra Alam Untuk Buang Minyak Masak


Mari kita cerita tentang minyak masak..

Saya nak cerita cara yang saya gunakan untuk membuang minyak masak ini sejak zaman-berzaman. Daripada zaman arwah Opah saya sampai zaman saya, masih praktikkan benda yang sama.
Sekarang saya pula menjadi pengumpul minyak masak tegar. Tapi takdela sampai bertong dram, sebotol dua je, lepas tu terus buang . Apakah nasib minyak masak terpakai selepas itu? Saya tidak tahu menahu. Harap-harap janganlah ada manusia yang kurang prihatin guna minyak masak tu untuk di jadikan minyak masak recycle.

Ini ada info yang menarik tentang minyak masak terpakai yang saya baca dari sebuah blog.
Sebenarnya, sisa minyak masak ni boleh dijual kepada satu syarikat yang mengendalikan sisa minyak masak untuk industri Biodiesel. Syarikat tersebut ialah CGV Industries yang telah banyak melibatkan diri dalam beberapa kempen Kitar Semula.  jadi, tolonglah simpan di dalam tong khas dan jual kepada syarikat tersebut...malah jugalah sebab satu tong penuh ( yang disediakan oleh syarikat terbabit ) , anda boleh dapat RM30.00. Anda cuma perlu call sahaja untuk mendapatkan tong2 tersebut..Khidmat ini ada diseluruh negara.. pihak kantin kat sekolah saya telah menyertai dan menyokong program ini..anda bila lagi???
Hubungi mereka di talian ini 03-51224399---SUMBER 

Macamana kaedah yang saya gunakan untuk menyelesaikan pembuangan minyak masak ini?
Ini dia jawapannya…


Minyak yang dah warna perang kegelapan tu saya dah tak nak guna. 
Kalau guna pun rasa makanan yang  digoreng jadi pahit, dah tak sedap. 
Paling lama pun saya cuma guna 2 kali je, lebih daripada tu, saya akan buang.
Saya memang simpan botol minyak masak yang kosong, supaya senang bila nak refill 
semula dengan minyak masak yang dah tak guna tu. 
 Bila minyak panas dah sejuk, saya tuang dalam botol minyak masak yang kosong. 
Maafkan keadaan kuali saya yang kurang menawan hati itu..




 
Nak senang guna kon yang warna merah tu..
Mudah nak masukkan minyak, lagi cepat dan tepat..
Minyak tak meleleh ke luar botol..




Ini botol yang sudah penuh. Eee..dah jadi minyak hitam.




Satu cara lagi yang pernah saya guna pakai ialah dengan memasukkan 
suratkhabar didalam plastik dan tuangkan minyak masak 
yang tak nak digunakan tadi didalam plastik itu.
 Tujuannya supaya surat khabar tu menyerap minyak. 
Cara ini leceh sikit sebab ia melibatkan plastik dan suratkhabar.

Cara lain yang saya pernah baca antaranya  tanam minyak masak..yang ni 
agak sukar bagi saya yang tinggal di rumah yang bertingkek-tingkek.

Apa? Buang dalam sinki? Jangan..nanti lambat laun hati akan terluka dan menanggung kesedihan bila berhadapan dengan sinki yang tersumbat.
Lagipun minyak yang mengalir ke longkang akan mencemarkan alam sekitar.
 Kan tak best macam tu..

Itu je secebis kisah tentang cara saya membuang minyak masak terpakai dengan
kaedah yang lebih mesra alam.
Mungkin ada cara lain yang lebih efektif dari saya?.


Take Care!








8 comments:

  1. nti botol tu buang sekali ke cmne dear? sy guna cara ni jgk ..letak myk tak pakai dalam botol..tp taktahu lg cara nak buang..mungkin terus buang dgn botol sekali..ada yg kata blh htr pusat kitar semula..nti diorang proses jadi bahan berguna lain..tp tak sure mana pusat kitar semula kat sini..huhu

    ReplyDelete
  2. wahhhh... tq sha for the info....saya biasanya buang minyak masak dekat tanah jer...atau dekat rumput yang saya nak matikan...hehehe... tak tahu cara lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 dear...klu ada tanah sy buat mcm tu gak..sian kt tanah..

      Delete
    2. Sama2 dear..klu buang kt tanah sian tanah jd rosak.. Hehe
      Ade ke tanah rosak..lps ni marilah sm2 kita guna botol utk buag myk msk.. :)

      Delete
  3. Sy buang dgn botol skali..sy pnah tgk dlm mjalh 3 myk terpkai jd biodiesel..tp pusat kitar smula tu jauh sgt dr umh sy..

    ReplyDelete
  4. seriously..ada kampeni yang terima minyak recycle..baru tahu..sungguhpon dah lama info ni..nk try gaklah..telefon..thanks dear!

    ReplyDelete
  5. betulla..saya dah cek kat internet perihal kampeni ni..thanks ye..

    ReplyDelete
  6. Sama2 @mizzura..
    Thanks jgk singgah kt blog sy😊

    ReplyDelete




My Instagram