Hilangkan bau dari bekas plastik atau tipuware

9:30:00 am Sha Nazri 2 Comments


Pernahkah anda mengalami masalah bekas tipuware atau plastik yang berbau dek kerana kuah kari yang disimpan di dalamnya..ataupun bau belacan atau bau jeruk petai yang berbulan-bulan di dalam bekas plastik itu...Nescaya ini bakal menjadi masalah keluarga yang agak serius jika tidak ditangani dengan segera.

Tips di bawah ini boleh membantu anda dan saya, yang juga telah mencuba tips ini selama 3 hari berturut-turut tanpa jemu. Ternyata ianya membuahkan hasil. Bau dalam bekas itu sudah kurang dan semakin hari semakin hilang. 


Sediakan roti dan bekas yang berbau itu




Masukkan sekeping roti di bawa berlari...bukan sekeping hati ye..sekeping roti sahaja sebab saya kedekut..itupun guna kulit roti yang memang tak laku kat rumah ni.




Biarkan roti itu tinggal di dalam bekas untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam.
 Mudah-mudahan berjaya hendaknya..kalau tak berjaya jangan cari saya.


Demikian tadi sedikit sebanyak tips untuk kali ini. Meletakkan roti dalam bekas untuk menghilangkan bau salah satu cara yang saya lakukan. Anda pula bagaimana? Ada cara yang lebih berkesan? Sila utarakan pendapat anda sekiranya anda prihatin terhdap isu ini.
Take Care!!

You Might Also Like

2 comments:

  1. yes betul2 penah dgr tips ni..tp yg part sy dgr katanya rendam roti tu dgn air dulu baru letak dlm bekas yg kita nk ilangkn bau tu..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo..kn rendam dlm air ye..nx time kn try...ilmu bru ni..thanks fizah..

      Delete