Kek Super Duper Gebu

9:00:00 am Sha Nazri 0 Comments


Salam hari Ahad..
Kejap je dah hari Ahad kan..Esok hari apa murid-murid? Iye hari Is…niiiinnn.
Masa zaman bekerjaya dulu, hari Isnin paling malas nak bangun..Rasa seperti masa sangat mencemburui saya yang sedang menikmati hujung minggu…Tapi itu dulu..duuluu..sekarang sayalah bos sayalah kuli dekat rumah..Seronok!

Hari Ahad walaupun tak kerja, tak semestinya hari untuk bermalas-malasan..Kalau rasa takde aktiviti nak buat, jom buat kek nak tak? Tak nak…nak..tak nak..nak..nak ke tak nak?..Saya nak..

Saya buat kek ni malam tadi pukul 12.30 malam. Tah kenapa diri ini tiba-tiba meroyan nak buat kek tengah malam buta di saat insan lain sedang berdengkur krung... krang.. krung.. krang.. bunyi dia..
Tengah malam Cik Syifa dah tidur..keje pun bertambah mudah dan cepat..Takde kelam kabut nak melayan si kecik tu. Nasib baik Cik Syifa tidur lena sampai saya selesai buat kek.

Kek ni dah berbelas kali saya cuba. Memang menjadi dan sangat puas hati. Teksturnya lembut, gebu dan sangat sedap dimakan begitu sahaja. Resepi  ini saya ambil kalau tak silap dari blog Dayang Jack. Kalau tak silap kek pandan marble. Tapi saya ada tambah tolak bahagi darab mengikut kesukaan hati saya.
Kek ini boleh di pelbagaikan. Saya pernah cuba masukkan pisang, kentang, labu kuning dan boleh juga di masukkan pelbagai perasa contohnya perasa coklat, perasa vanilla, pandan, oren dan lain-lain lagi. Saya idaklah terror sangat kekdahnyer..Cuma nak berkongsi di sini untuk rujukan saya di masa akan datang.

Bahan-bahan nak buat pun mudah je. Takde yang pelik-pelik. Semua boleh didapati di pasaraya berhampiran dengan anda.

Bahan-bahannya:
150 gram gula kastor (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
1 sudu besar ovalette
5 biji telur (saya guna 3 biji)
150 gram tepung gandum  + 1 sudu kecil baking powder (di ayak)
50 ml susu segar atau santan cair atau air putih. (boleh tukar kepada susu perasa strawberi atau coklat atau perasa lain)
80 ml minyak jagung atau butter yang telah di cairkan atau minyak masak biasa
1 sudu kecil perasa vanilla atau pandan
Kalau nak tambah pisang ke labu atau kentang boleh masukkan dalam 1/2 cawan (measurement cup)

Jom tengok saya buat kek pulak.

Mula-mula saya pukul rata gula kastor dengan ovalette.
 Lepas  tu saya masukkan telur. 
Putar dengan kelajuan maksimum sampai adunan jadi kembang macam adunan kuih bahulu tu. 
Tapi jangan terlalu lama sangat putar nanti terlampau kembang dia jadi sangat rapuh dan berderai-derai.




 Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata. 
Kemudian masukkan minyak jagung atau butter cair dan susu cair dan perasa vanilla. 
Gaul sebati lagi menggunakan teknik kaup balik sampai semuanya dah mesra.
Kalau nak buat warna hijau pucuk pisang ke pink ke purple ke suka-suka hati. Yang penting masak dari hati, masak with iman. Sebagai tambahan,saya  masukkan kismis dalam adunan kek ini.




 Masa untuk kita bakor dia..kita bakor je..
Bakar 180ºC mengikut suhu oven masing-masing. 
Kalau oven saya yang terlajak laris tu, dalam 40-45 minit.




 Inilah kek Super duper gebu versi saya. 





Potong sikit untuk di isi ke dalam perut. 
Emm..yummy! 
                                                                      

Take Care!















             






You Might Also Like

0 comments: