Kreativiti Menggunakan Botol atau Balang yang Kosong

Minggu lepas saya ada kongsikan entri tentang cara tanggalkan pelekat pada botol yang sudah kosong. Apa nak buat selepas botol kosong tu ditanggalkan pelekatnya? Takkan botol tu menjadi tukun didalam rumah tanpa ia berfungsi semula.

Hari ini menjadi hari yang cukup bertuah buat saya kerana saya ingin berkongsi apa yang saya godek-godek di Pinterest, iaitu kreativiti yang di hasilkan daripada jar atau balang atau botol kosong. Banyak sebenarnya boleh di buat dengan jar atau botol ini. Kalau tak caye tengok je gambar kat bawah ni.


Boleh dijadikan lampu pelita. 
Boleh pasang keliling rumah tak pun dijadikan penyeri meja makan,
 ala-ala candle light dinner bertemakan arabian night.



Siapa yang suka kumpul kulit siput, kerang 
dan batu-bata tu boleh buat macam kat gambar di atas.
 Comel kan..so lepas ni kulit siput sedut tu jangan buang.
 Lepas buat masak lemak, 
kulit siput sedut dan kerang serta lala boleh di letakkan 
didalam botol dan dijadikan hiasan 
yang menarik ditambah dengan gambar si comel kat dalam tu. 
Sumber: Pinterest





Berus make up pun boleh letak dalam botol ni.  
Menarik bukan? Tambah cantik bila dah diwarnakan 
dengan warna kegemaran masing-masing.
 Kalau berus make up takde boleh juga digantikan dengan berus gigi.





Ini pun sesuai untuk candle light dinner. 
Dengan tali yang nampak seperti usang tu, 
menyuntik elemen klasik pada botol atau jar ini. 





Ini pun kreativiti yang di luar kotak jugak. 
Botol atau jar dijadikan lampu meja. 
Ni dah lebih daripada penjimatan berkali ganda.
Sumber: Pinterest





Siapa yang pandai crochet tu mesti cuba buat ni. 
Cantik, menarik, tertarik dan memang da boom.




Idea yang simple tapi tak kurang hebatnya. 
Lilitkan tali kat tepi botol atau jar tu, 
masukkan batu-batu kecil, pasir atau guli kecil dan letak bunga. 
Ohh! Saya suka..saya suka!




Tempat untuk barang-barang craft pun bagus jugak.
 Senang nak susun dan tak bersepah di sana sini.





Ada alat tulis yang bersepah-sepah 
sampai pening kepala nak susun? 
Gunakanlah botol kosong yang anda 
telah bertungkus lumus menanggalkan pelekatnya itu. 
Sumber: Pinterest






Cantik dan yummy..sesuai dijadikan ole-ole masa raya 
atau hantaran, majlis perkahwinan,
 cukur jambul, berkhatan dan sebagainya.




Ini yang saya praktikkan di rumah. 
Tapi saya isikan dengan rempah ratus, 
asam keping dan lain-lain lagi. 
Nampak tersusun di tambah dengan label yang kiut miut tu..
Idea best ni..Mesti kena cuba.




Tempat untuk meletakkan sudip dan garfu 
serta yang seangkatan dengannya.
 Cantik botol ini disarungkan dengan lace.


Banyak lagi idea yang kreatif dan menarik dari botol atau jar yang boleh didapati dalam pinterest. Lepas ini boleh cuba DIY jar atau botol ini.  

Take Care!


2 comments:

  1. comel-comel semuanya..
    saya punya botol semua buat letak mayonis yang refill dan letak bilis yang dah siap goreng

    ReplyDelete




My Instagram