Mari Mengemas Plastik

    Siti situ sana sini plastik. 
Plastik oh plastik..
Beli barang mesti ada plastik yang di bawa balik,
 nak buang rasa sayang. 
Dalam hati..plastik ni simpan untuk masa depan..nak guna nanti.
Saya akui saya salah seorang pengumpul tegar beg plastik. 
Balik dari membeli belah di pasaraya, 
mulalah kumpul semua plastik dan masukkan semua dalam bakul.
 Bertimbun dah kat rumah.
Saya pernah kongsikan cara saya DIY kotak untuk menyimpan plastik sampah DISINI.
 Tapi tu cuma plastik sampah..
Hari ini saya nak DIY pula tempat untuk saya simpan 
plastik yang dari pasaraya tu.
Sebelum ini saya lipatkan plastik tu bentuk segitiga
 dan simpan dalam bekas. Bagus cara ini, tapi saya takde masa melipat 
di tambah pula dengan penyakit lemah-lemah badan bila nak lipat plastik aka MALAS. 
Saya perlukan satu sistem yang lebih ringkas, 
cepat dan mudah dalam dunia yang serba mencabar ini.
Jadi saya telah melakukan perubahan yang drastik.
 Pada suatu hari, saya telah terjumpa dengan kotak seterika. 
Setelah beberapa ketika merenung kotak tersebut,
 dengan tidak semena-menanya saya mendapat idea 
untuk mengisi plastik ke dalam kotak seterika itu.



Tetapi sebelum itu, saya perlulah menggunakan peralatan yang sesuai untuk projek DIY kali ini.





Mula-mula kena buat bulatan kat kotak. 
Saya gunakan cawan untuk membuat bulatan di sisi kotak ini.





Gunakan pisau untuk memotong kotak yang dah dilukis bulatan tadi.





Saya balut dengan kertas pembalut yang ada sticker ini. 
Cepat..tak payah gam lagi.
Proses yang sama seperti saya buat tempat simpan plastik DISINI.
Kertas pembalut ini jenis licin, permukaannya macam plastik dan kalis air.
 Sebab saya gunakan pembalut jenis ini, saya nak permukaan kotak saya tahan lasak,
 kalau air terpercik sikit, cuma lap kan.
Oh ye..kotak seterika tu saya balut dulu dengan kertas warna putih.
 Ini kerana kertas pembalut saya tu berlatarbelakangkan warna putih. 
Bila saya balut, tulisan seterika pada kotak tu nampak berbayang
 atas kertas pembalut tu, Jadi saya terpaksa tutup kotak tu dengan 
kertas putih tu dahulu. Moral of the story..
elakkan beli kertas yang ada latarbelakang warna putih.





 Dah siap. Isikan dengan plastik.
Saya cuma isikan plastik yang  berpotensi untuk saya gunakan je, 
yang lain tu saya buang.




Saya buat 2 kotak, satu untuk plastik sampah dan 
1 untuk plastik besar. Ada lagi..untuk plastik kecil, saya masukkan
 dalam bekas yang telah saya buat dalam entri sebelum ini
Labelkan supaya tak confused nanti.
Bila buat lubang di tepi kotak ini, mudah untuk saya ambil plastik tu.
Kalau nak simpan tak perlu lipat, terus masukkan je ke dalam kotak ini.




Saya letakkan di atas rak yang warna-warni ini, 
iaitu tempat saya menyimpan peralatan mencuci.
Plastik ini mudah untuk saya ambil, 
sebab tempatnya di dapur dan dekat dengan tong sampah.




Sekian, terima kasih.


Jaga diri!

1 comment:




My Instagram