Memasang Wayar Pada Lampu Pandaflour/ Lampu Kalimantang


Semasa saya sedang melepak di rumah, Encik Hubby pula sibuk membuat projek terbarunya untuk mengisi masa lapang yang terluang..Projek meyambungkan kabel dan plug 3 pin ke lampu pandaflour atau nama panggilan lain lampu kalimantang.
Saya tidak melepaskan peluang untuk menjadi jurukamera sambilan harian yang tidak bergaji..kerana saya begitu prihatin untuk memuat turun tutorial memasang wayar pada lampu panjang ini buat tatapan mereka yang begitu dahagakan ilmu memasang wayar ini.


Jom saya kongsikan tutorial di bawah ini..Semoga menjadi pedoman untuk saya dan juga saudara-saudari di hari muka.



Sebelum pergi lebih jauh, izinkan saya memperkenalkan alatan yang turut serta dalam projek memasang wayar pada lampu kalimantang kali ini.

1) Kabel yang telah siap disambungkan dengan plug 3 pin
    -untuk mengetahui cara memasang wayar pada plug 3 pin, meh tengok sini.
2) Cutter/ pemotong wayar
3) Penyambung wayar
4) Test pen/ Pemutar skru flat
5) Pemutar skru Philips
6) Pengikat wayar /kabel
7) Pisau
8) Mentol

Paling penting mestilah kena ada rumah untuk mentol ni kan…
Lampu kalimantang/ pandaflour ni dah siap-siap dipasangkan dengan choke, starter dan lamp holder. Nak senang suh je Apek kat kedai tu buat..




Mula-mula masukkan kabel melalui lubang seperti di atas.


Lepas tu potong kabel dan wayar macam dalam gambar kat atas tu. 



Sambungkan wayar dengan menggunakan penyambung seperti di atas.  
Wayar neutral iaitu biru di sambungkan dengan wayar hitam (neutral) dan wayar coklat (life) sambungkan dengan wayar putih.


Kemudian ambil pengikat wayar,  lilitkan dengan kemas pada kabel dan ikat ketat-ketat  pada lubang  macam kat atas tu. Tujuannya untuk menghindari sambungan wayar tadi tercabut daripada penyambungnya.



Ambil penutupnya dan ketatkan skru di kedua-dua belah hujung lampu tersebut.
Encik Hubby memutar skru berlatar belakangkan kain pelikat..la..la..la..la..

Akhir sekali tidak di lupakan mentol tadi..pasangkan dengan berhati-hati.



Lampu dah menyala..Berjaya! 

Take Care!!















No comments:

Post a Comment




My Instagram