Oh..insan istimewa ini bernama Firdaus..

12:31:00 am Sha Nazri 2 Comments

Cerita tentang seorang anak OKU yang di abaikan oleh ibunya yang saya lihat di Buletin Utama TV3 semalam sangat menyayat hati saya.




Mengucap panjang pegawai imegresen yang menjumpai adik ini dalam keadaan yang sangat menyayat hati. Menurut apa yang di katakan oleh pegawai tersebut dalam berita semalam, anak ini dijumpai dalam keadaan tidak terurus, duduk di sebuah bilik yang berlantaikan tanah dan di penuhi dengan najis. Lihat sahaja pada badannya. Baju yang di pakai telah reput, seperti lama tidak berganti, tiada pakaian yang menutupi tubuhnya yang kurus kering.


Saya menonton dalam berita yang disiarkan di TV3, dia keluar dari bilik itu dalam keadaan mengesot-ngesot. Sedihnya saya lihat kamu dik..
Oh ibu!..Kenapa sampai hati membiarkan dia di situ...
Tak dapat bayangkan bagaimana kamu melalui semua ini dik..

Mujur ada insan yang menemuimu..Membawamu ke hospital..Moga Allah membalas budi baik insan yang membantu Firdaus itu. Jika tidak, mungkin adik Firdaus akan dibiarkan sepi..Ceritanya juga tidak dapat di dengari hari ini.

Malam ini cerita adik Firdaus ini di siarkan lagi di berita TV3. Keadaanya stabil dan alhamdulillah..kuasa Allah..walaupun dia terbiar tidak dijaga dengan baik, dia sihat..tiada penyakit yang memudharatkan.


Mudah-mudahan insan yang di luar sana, jika berkemampuan, hulurkanlah tangan bantu adik Firdaus ini.

Saya doakan adik Firdaus mendapat tempat yang lebih baik. Hidup dengan gembira dan ceria.



You Might Also Like

2 comments:

  1. saya tengok video tu pun sedih sangat.. Allahuakbar.. semoga Allah lindungi adik Firdaus ni.. Dalam video tu saya ada dengar macam budak tu sebut "makkkk" masa mengengsot keluar tu

    ReplyDelete