Tanggalkan Sticker atau Pelekat Pada Botol

Saya pasti dekat rumah awak-awak semua mesti ada botol kosong kan..tak kisahlah botol kicap ke, botol sos cili ke botol jem ke atau lain-lain botol yang sewaktu dengannya… Cerita saya kali ini bukan untuk buat review tentang cerita Jin Dalam Botol atau Massage In A Bottle…cuma nak berkongsi kisah suka duka saya menanggalkan pelekat pada botol yang telah kosong..kosong...ooo…kata Wawa Latif.


Tuan/Puan,

MENANGGALKAN PELEKAT PADA BOTOL

Merujuk kepada perkara di atas, untuk menanggalkan pelekat pada botol, terlebih dahulu sediakan botol tersebut .

 Botol mayonis yang telah di cuci 





Sediakan air panas, tak nak yang suam-suam kuku..yang betul-betul panas. 
Kalau berani boleh rebuskan botol tu..tapi saya tak berani nak buat, takut meletup nanti.

Saya campurkan air panas dengan sedikit cuka, kononnya untuk memudahkan proses menanggalkan pelekat itu..
tak letak cuka pun takpe. Ini untuk eksperimen saya je..


Untuk makluman tuan/puan, botol tadi perlulah di rendam kedalam air panas yang diisi di dalam sebuah besen yang indah itu. Biarkan selama 5 minit atau mengikut kesukaan hati anda.  Ini adalah untuk memberi sedikit ruang dan peluang kepada pelekat tadi untuk menghasilkan tindakbalas terhadap air panas yang berisi cuka tadi.

Botol yang sedang mengalami proses rendaman





Setelah masa berlalu meninggalkan kita, tibalah waktu untuk menanggalkan pelekat pada botol. Proses ini sangat mudah dan tidak memerlukan kemahiran kritikal seperti seorang akauntan mahupun jurutera. Hanya tarik pelekat itu. Semudah A B C D…

Pada masa ini, kita boleh lihat kesan gam yang tertinggal pada botol  itu.  Jangan khuatir kerana gam yang melekat itu boleh di tanggalkan dengan menggunakan cuka.

Titiskan cuka pada kain dan sental pada permukaan botol

Namun demikian, setelah saya menyental botol dengan cuka, saya berasa sangat frust kerana cara ini tidak mendatangkan hasil kepada saya. Dengan berbekalkan prinsip think out of the box, saya cuba menggunakan minyak masak pula. Saya sapukan pada botol dan hasilnya…sangat lah awesome!

Botol yang disapu minyak disentalkan dengan kain



Seterusnya, botol itu perlulah di cuci untuk menjamin kebersihannya. 
Tengok tu kan dah bercahaya botol-botol ni. Bersinar-sinar dan yang paling penting kita telah menyumbangkan usaha untuk mengamalkan 3R..Reduse, Reuse and Recycle. Bukankah ianya baik untuk diri kita, keluarga, masyarakat serta bumi keseluruhannya?

Botol yang dah siap dimandikan..boleh digunakan semula mengikut kreativiti masing-masing.



Setakat ini dahulu yang dapat saya kongsikan. Saya berharap saya dapat menyumbangkan sesuatu hari ini dan topik diatas mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan/puan.  Keprihatinan tuan/puan terhadap entri saya kali ini amat saya hargai. Sekian, terima kasih.


Berkhidmat Untuk Negara

Saya Yang Menurut Perintah Berkurung..

Telling Story11J


Take Care!!


6 comments:

  1. wah, menarik...saya tak pernah guna cuka..so, tak tau pun kegunaan dia..hehe..thanks for the info...

    ReplyDelete
  2. wahhhh... saya tercari-cari cara nak tanggalkan gam tu... guna minyak je ek.... huhu... byk botol mayonis... boleh cuba ni... tq for the info...

    ReplyDelete
  3. Tips saya : rendamkan seluruh botol kaca dalam air selama sehari suntuk, esoknya bukan sahaja kertas tetapi gam sekali akan tanggal. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pernah wat tp sy jenis xsabar sket..time kasih bg tips tu... :)
      Sm2 kita sharing...

      Delete
  4. Owhhhh kena rendam eh.
    Anak suma makan Mayonis
    Banyak stok botol mayonis ni
    boleh buat
    boleh buat
    lepas tu botol2 tu jadikan bekas rempah. Hihihi

    ReplyDelete
  5. Info yg amat bmakna. Trma kasih

    ReplyDelete




My Instagram