Mengemas Baju Kurung

7:30:00 am Sha Nazri 8 Comments


Baju kurung saya tak banyak. Dulu baju kurung hanya dipakai ke majlis kenduri atau pergi ke ofis. Sekarang ini baju kurung jarang sekali saya sentuh sehinggalah pada suatu hari yang nyaman..saya telah mengeluarkan semua baju kurung yang saya gulung di dalam laci pakaian. 


Tujuan saya buat ini semua adalah untuk menggantung baju kurung saya. Ada satu almari yang saya telah kosongkan dengan baju-baju yang tak pakai lagi. Baju yang tak di pakai itu saya dah bungkus dan letak dalam bilik stor untuk tujuan pendermaan. Tapi tak tau lagi kat mana nak derma.


Sebelum itu gigih saya mencari hanger yang sesuai untuk menggantung baju kurung.
Hanya hanger yang berkaler hijau dan sama jenis je yang saya gunakan. Pusing satu rumah mencari hanger yang sama jenis.



Pastu sesi melipat baju kurung.
Letak baju kurung di atas kainnya.



Pastikan kain baju kurung di lipat. 
Kebanyakan baju kurung kan jenis kain licin 
jadi kipas kat kain tu letak menghala ke dalam supaya tak terkeluar bila digantung. 
Boleh tengok kat SINI jugak cara melipat baju kurung.



Siap..dah gantung.
Sedikit tips yang saya pernah baca, untuk baju kurung yang di gantung nampak kemas:
Gunakan hanger yang sama jenis dan warna. 
Kedudukan hanger pun kena sama. Samada mengadap ke depan atau kebelakang.
Bila gantung baju kurung kedudukannya juga mesti selari.
 Bahagian lipatan tu yang lebih kemas tu di hadapan.
Kalau rajin boleh susun baju kurung tu ikut warna masing-masing.
Kalau purple.semua purple je..ijo pun semua ijo je..barulah nampak seragam.


Tunjuk sikit lagi..hehe..Seronok tengok baju kurung dah gantung kemas.
Oh..suka sangat sampai 2-3 kali buka almari. 



Selamat Mengemas!

Take Care!







You Might Also Like

8 comments:

  1. As'slm sis..klu nak derma baju boleh ke websiti sini:

    https://www.facebook.com/BajuRayaProject

    atau

    https://www.facebook.com/bajurayakita

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..tq for info ni dear..insyallah akn dterjah nt..

      Delete
  2. Tq sbb link to my blog..nnt sy link blk soon ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. oraitt..no problem...tq sudi singgah sini..

      Delete
  3. nice tips..

    baru jer kemas loker baju kurung hari tu.
    baru aman sikit rasa hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dh kemas rs sgt puaskan..prasaan yg sukar dgambarkan..

      Delete
  4. sy pon ada bj kurung yg nak didermakan. selalunya hujung thn ada kumpul utk yg memerlukan. banjir semua tu kita tak mintak, tp musim tengkujuh tu mmg tak boleh nak elak.mungkin kita boleh beri kpd yg memerlukan.

    sy gantung cara mcm ni masa tinggal kat hostel...skrg tak buat pon.

    tahniah dah mengemas...sy tak siap lg

    ReplyDelete
  5. bju lm sy ada yg sy bg kwn2 ataupun sedara mara..
    tq..sy dh psg niat nk mngemas..aura rajin dtg bila tgk org len mengemas..ni pun bru ni je dtg seruan mengemas..insyaallah. pelan2..nt settle la semua tu..

    ReplyDelete