Tak Susah Pun Buka Tin

Meh sini adik-adik ku yang baru nak belajar masuk dapur…
Yang baru first time nak bukak tin susu..Hari ni Chef Shasha nak ajar cara-cara membuka tin.
Buat para bapa tunggal juga dialu-alukan untuk mengikuti kelas membuka tin ini.

Yuran? Takde..free of charge.
Kalau nak hulur pun boleh..
hulurkan tangan, ringankan beban kepada mereka yang memerlukan 
seperti anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal..

Macamana?..Anda berminat nak mengikuti kelas membuka tin saya hari ini?
Lets go bebeh!

Pernah jumpa pembuka tin macam ni?
Gambar paling atas- Bahagian hadapan pembuka tin, pengepitnya boleh di tarik keluar.
Tengah- Bahagian hadapan pembuka tin dengan pengepitnya dimasukkan kedalam.
Bawah- Bahagian belakang pembuka tin iaitu pisau dan roda 
yang berfungsi untuk memudahkan kerja membuka tin.

Body part pembuka tin susu dalam gambar di atas tu
 nama saintifiknya saya tak tahu, 
jadi saya menamakannya sendiri supaya lebih difahami.
Kalau tak silap firasat saya, ada  berjenis-jenis pembuka tin, 
satu yang macam kat atas, satu lagi  jenis yang kena ketuk sendiri tu.
Sekarang ni dah ada pembuka tin yang guna bateri.
Tapi saya prefer yang ini sebab lebih murah..sesuai untuk orang yang ekonomi seperti saya.
Kalau nak mengikuti kelas buka tin saya ini, sila cari pembuka tin seperti gambar di atas.


Sediakan tin susu yang nak di buka itu.
Jangan lupa basuh dulu tin susu sebelum dibuka,
terutama sekali bahagian atasnya.
Ditakuti ada najis mutawassitah atau habuk-habuk kedai runcit singgah di atasnya.



Jom buka tin!
1) Mula-mula ambil pembuka tin. 
Tarik pemegang dan pengepit pembuka tin itu seluas yang boleh, 
 jangan tarik sampai patah. 
Tarik sampai had keluasan yang di benarkan.



2) Letakkan pembuka tin betul-betul pada tepi tin susu. 
Pastikan tepi tin susu yang hendak dibuka itu berada 
di tengah-tengah antara roda dan pemotong pada pembuka tin.
 Harap-harap faham.

3) Rapatkan pemegang dan pengepit pada tin susu,
 seperti anda sedang menggunakan playar.
 Rapatkan sehingga pengepit itu betul-betul berada di bawah pemegang tin 
(seperti dalam gambar kedua diperenggan yang atas sekali)


4) Setelah dikepitkan, buka tin dengan memusingkan
pemusing pembuka tin itu seperti anda sedang membuka penutup botol. 
Pada masa ini, anda dapat rasakan pembuka tin itu mula bergerak 
mengikut bulatan tin itu. Pusing je sampailah ke tempat kita bermula tadi,
insyaAllah...tin itu akan tebuka.

Tarrraa! Tin susu yang sudah dibuka.
                                                                                                                                                                               
Untuk membuang penutup tin susu tadi, tarik pengepit dan bukakan seluas-luasnya.
 Penutup tin itu akan jatuh ke bawah. 
Bolehlah pindahkan susu cair itu ke dalam bekas yang lebih selamat dan suci.

Senang je kan..Dulu saya pun tak tahu macamana nak guna pembuka tin ini. 
Rasanya macam susah sangat nak buka pakai yang ini, tapi selepas saya membuat research,
 akhirnya saya telah temui betapa mudahnya menggunakan pembuka tin jenis di atas.
Setelah menggunakan pembuka tin susu seperti ini,
tak perlu lagi saya mengetuk dengan menggunakan anak lesung batu,
 atau mencungkil dengan pisau ataupun memulas hingga tapak tangan menjadi merah padam...

Buka tin susu senang.. jiwapun tenang…



















1 comment:

  1. dah berjaya bukak tin

    tapi akak ni kidal, labih suka guna pisau je :(

    ReplyDelete




My Instagram