Tempat Mendobi Kecil-Kecilan

8:30:00 am Sha Nazri 2 Comments

Baiklah..mari saya teruskan rencana untuk hari ini.
Saya ingin membawa pembaca sekalian menelusuri tempat mendobi kecil-kecilan saya di rumah.
Kenapa kecil sangat? Sebab sesuai dengan keluasannya yang agak sempit, 
namun begitu tetap comel..ekeleh..nak puji jugak tu..jangan marah tau..

Perkara penting yang perlu ada dalam pusat mendobi di ceruk rumah saya ialah yang pertama, 
semestinya mesin basuh. Kalau takda mesin basuh, bolehje berus dan basuh baju pakai tangan.
Tetapi selari dengan arus kemodenan,
 di saat ini hampir kesemua penduduk dan rakyat jelata menggunakan mesin basuh. 
Bak kata pepatah..kalau tiada mesin basuh, 
manakan dapat membasuh berkoyan-koyan baju dalam masa 60 minit.

Selain daripada itu, sabun basuh juga adalah elemen yang perlu dititik beratkan.
 Ada yang menggunakan sabun basuh jenis serbuk seperti saya. 
Saya menggunakan jenama Daia..
Daia kini datang dengan haruman floral yang lebih harum…bak kata Lisa Surihani dalam iklan Daia.
 Ada juga sabun basuh jenis cecair seperti Dynamo yang cepat sangat habis penggunaannya, 
pada pendapat saya yang kerdil ini.

Impian saya ialah,  saya ingin menyusun atur bahan-bahan cucian ini di tempat yang strategik 
sebelum Cik Syifa menyusun aturkan botol-botol pencuci yang dianggap 
sebagai permainan bowling padang baginya.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua sekalian pembaca yang budiman, 
marilah bersama-sama berkongsi cara-cara saya 
menyusun atur bahan-bahan pencuci di pusat dobi kecil-kecilan saya ini.



1) Pertama sekali saya dril dinding dan masukkan skru plug ke dalam lubang dril.
Ketuk sedikit dengan menggunakan tukul besi agar ia segera masuk kedalam.
Untuk cara-cara drill yang lebih lengkap boleh rujuk DISINI.

2) Setelah itu, ambil rak besi dan ketatkan skru pada rak supaya ia tetap teguh dan utuh di disitu.

3) Sila buat sedikit eksperimen dekat rak yang telah di pasang pada dinding, 
dengan memegang rak tersebut. 
Kalau ia tidak menari-nari ke kiri dan ke kanan, maka rak itu sudah siap untuk di gunakan.


Saya letakkan bahan pencuci yang selalu saya gunakan.
Botol Zip warna purple itu untuk cucian lantai dan jubin bilik air.
Vanish yang dalam botol pink itu untuk membersihkan kotoran degil 
seperti kesan kotoran terkena sambal petai atau kari roti canai.
Botol biru itu spray air yang dicampurkan dengan cecair pencuci zip 
untuk saya semburkan pada meja dan lantai yang terkena tumpahan air manis atau kuah
 (untuk kotoran yang mempunyai keluasan minima)
Botol zip yang berwarna putih itu pula selalunya saya gunakan untuk kotoran 
2 kali ganda susah nak hilang.

Apa ada dalam bakul pink tu??? Ssshhhh..rahsia….
Huhu..tak payah rahsia sangatlah…Sebenarnya ada ini je..



Berus sabut kale coklat untuk berus seluar Encik Hubby, 
lepas bermain lumpur di padang.
Berus besi itu pula digunakan untuk mengikis karat-karat hitam pada periuk dan kuali
 akibat kepanasan api dapur gas yang melampau.
Berus biru itu selalunya saya guna untuk berus lantai je.




Inilah suasana pemandangan pusat mendobi saya dirumah.
1) Tempat sidai kain lap dan kain buruk. Ceritanya ada DISINI
2) Ruang untuk simpan plastik. Saya pernah kongsikan DISINI.
3) Tempat letak bahan pencuci.
4) Sabun Daia , saya masukkan dalam bekas berpenutup.
5) Rak berpintu yang colourful itu, untuk saya letakkan stok 
barang-barang cucian yang lain seperti ubat gigi, sabun mandi, 
shower foam, ubat nyamuk dan lilin untuk kegunaan semasa blackout.


Itu sahaja buat masa ini. Semoga anda terhibur dengan rencana ini.

Sekian 









You Might Also Like

2 comments:

  1. nampak tersusun... rumah sy x blh nk buat mcm ni sbb ruang yg sgt terhad.. kena tunggu rumah sendiri siap br blh deko2 mcm ni...

    ReplyDelete
  2. tentu seronok nak basuh kain kan?.... boleh nyanyi-nyanyi sambil masukkan sabun

    ReplyDelete