Nak Tukar Shower Barulah..


Mood hari ini ialah mood menukar shower.
Boring tengok shower yang putih kekuning-kuningan tu..nak mandi pun tak bersemangat.
Saya perlukan suasana yang ceria dan fresh untuk shower bilik air ni.
Oleh itu, para penonton ibu-ibu dab cewek-cewek sekalian..(berjangkit dari sinetron)
topik hot yang menjdai buah mulut saya ialah menukar shower baru.


Shower harga RM16.90.

Unboxing shower hand.. J


Proses menanggalkan shower yang lama.
Benda bulat warna putih dekat anak panah tu, 
saya simpan dulu..akan digunakan nanti.


Gambar atas, saya dah lilitkan pita putih pada sambungan shower tu.
 Pita putih ini dapat melindungi sambungan tu daripada longgar. 
Air pun tak menitik nanti.
Gambar kedua, benda putih bulat tu
 saya masukkan ke dalam sambungan shower tu.
ha..inilah dia gunanya benda putih bulat 
yang saya tunjukkan dalam anak panah.
 Tujuannya untuk menutup keburukan simen yang 
tak bercat disekeliling lubang saliran air tu.
Masukkan ketatkan dan sambungkan pula besi sambungan shower tu.


Kepala shower ini pun saya lilitkan dengan pita putih.
Nak bagi over protection, takut alur pada shower ni jadi loose..

Drill kan dinding untuk masukkan skru dan lekatkan tempat letak shower hand.

Dah siap. Nampak fresh bilik air saya.
Saya  buatkan satu lagi penyambungan pada
 besi sambungan shower ini sebab yang original dalam packaging tu pendek, 
tak sampai nak mandikan Cik Syifa.

Apa jadi dengan shower tuan rumah sewa?
Owh! saya tak sampai hati nak buang. 
Mungkin shower yang lama mempunyai sentimental value pada tuan rumah. 
Jadi saya simpan sahaja di dalam kotak.
Bila saya nak pindah ke rumah baru, saya akan bawa hand shower ini bersama-sama.
Shower lama pula akan diletakkan ke tempat asalnya.




















No comments:

Post a Comment




My Instagram