Nasi Goreng Ayam untuk Breakfast

8:00:00 am Sha Nazri 0 Comments

Nasi goreng ayam adalah salah satu menu 
yang mesti ada dalam senarai menu untuk sebulan tu.
Nasi goreng ni boleh dikatakan 
hampir setiap hari menjadi santapan sarapan pagi, 
sebab nasi semalam biasanya tak habis makan 
dan jadilah ia nasi goreng pada keesokan harinya.


Pagi ini buat nasi goreng ayam.
Ini bukanlah kegemaran Encik Hubby. Dia memang tak boleh blah dengan ayam.
Menurut hikayat dari Encik Hubby, masa kecik-kecik dulu
dia pernah bergaduh dengan ibu ayam jiran rumahnya
 kerana telah mengganggu gugat ketenteraman anak-anak ayam itu.

Ibu ayam tersebut dengan garangnya telah mengejar Encik Hubby
sehingga Encik Hubby jatuh tersungkur.
Semenjak dari hari tu, Encik Hubby telah alergik kepada ayam.
Encik Hubby tidak akan memakan ayam buat selama-lamanya, 
kerana dendam kesumat itu masih berbaki di dalam hati.

Mujurlah saka ayam tersebut tidak menurun kepada Cik Syifa.
Cik Syifa masih boleh menjamah ayam sehingga ke hari ini.

Nampaknya Encik Hubby punya breakfast kena asingkanlah. 
Satu ayam satu lagi isi bilis goreng.



Timun dan tomato hiris serta sos cili sebagai hiasan untuk di ngap bersama-sama nasi.
Kalau ada telur dadar lagi ummmph ni.
Tapi perut dah lapar, maka telur hanya tinggal memori sahaja.
Lain kali buat telur dadar pulak.


You Might Also Like

0 comments: