Pelampung Lama Tukar Baru

Entry serius..Serius giler sampai tak boleh nak sengih sikit pun.
Tak nak cakap banyak..nanti kerja banyak tertunggak.
Jom tukar pelampung!

Owh..ini bukan pelampung seperti yang kawan-kawan fikirkan..
No..no..no..
Bukan pelampung untuk bermandi-manda di pantai atau di kolam renang.
Ini pelampung di dalam tangki tandas di rumah anda semua.
Mari kita lihat pelampung yang saya maksudkan tadi.

Ini dia pelampung dalam tangki tandas.
Anda pernah lihat bukan?
Iye...Fungsinya adalah untuk mengawal paras air dalam tangki.

Alat yang perlu ada untuk projek kali ini:
Spana boleh laras
Pemutar skru
Pelampung
Pita Putih

Sebelum tu, mari kita berkenalan dengan komponen-komponen dalam tangki tandas.


1. Paip alur masuk (paip agihan)
 Membekalkan air masuk ke dalam tangki simbah.

2. Paip alur keluar (paip simbah)- takde dalam gambar
Menyalurkan air keluar dari tangki simbah untuk menyimbah serta membersihkan mangkuk tandas.

3. Paip limpah
Menyalurkan air keluar dari tangki simbah jika berlaku kerosakan pada injap bebola atau pelampung.

4. Injap bebola
Mengawal kemasukan air ke dalam tangki simbah.

5. Pelampung
Terapung di atas permukaan air akan bergerak bersama paras air. 
Pelampung mengawal paras air dengan menutup dan membuka injap bebola melalui lengan pelampung. Lengan pelambung yang bergerak ke atas menolak omboh dalam injap bebola.

6. Injap gegendang
Mengawal air masuk ke tiub sifon. apabila tuil tarik, 
injap gegendang akan naik dan membenarkan air masuk ke tuib sifon untuk menyimbah mangkuk tandas.

7. Tuil tarik/tangkai pelepas
Tuil tarik terdapat diluar tangki simbah. 
Apabila mangkuk tandas perlu dicuci, tuil ditarik untuk menyimbah air.

8. Tiub sifon
Menyalurkan air ke paip simbah
Sumber : http//:panitia_kh_tigs.blogspot

Mula-mula tanggalkan pelampung yang lama.
Alang-alang saya tanggalkan pelampung tu,
 saya terus tanggalkan dengan tangki-tangkinya sekali.
Tak puas hati sebab tengok warna tangki yang kuning tu.


Tangki yang telah di bersihkan..
Cantik tak..okey..
 taklah berkilat tapi lebih berseri daripada keadaan sebelum ini DISINI.
Saya tanggalkan tangki ini daripada dinding, 
lebih mudah untuk saya bersihkan kekotoran didalamnya.


Pasang balik dan ketatkan nat pada tangki yang telah di bersihkan.
Kosongkan air dalam tangki. 


Lepas tu gantikan pelampung lama dengan yang baru.
Saya tanggalkan pelampung dari lengan pelampung tu dahulu.
Mudah untuk saya pusingkan lengan pelampung pada paip alur masuk.
 Dah siap pasangkan dekat paip alur masuk tu, cantumkan semula pelampung dan..


Ketatkan benda alah macam kat atas tu..
Apa benda ni..maaf saya tak tau nak panggil apa.
Nat pengunci kot..

Kemudian, buka punca bekalan air.
Perhatikan air yang masuk ke dalam tangki.tu 


Kalau air keluar dari lubang paip limpah,
gunakan pemutar skru biasa untuk laraskan skru pelaras tu ke arah injap bebola.
Kalau paras air rendah sangat, pusing skru pelaras ke belakang, melawan pusingan jam.


Balut dengan pita putih untuk perlindungan yang maksimum.
Sambungkan semula flexible hose dekat paip alur masuk.
 siap!

  

Sumber rujukan :
http://www.sabah.edu.my/mtc034.wcdd/tangki.html

No comments:

Post a Comment




My Instagram