Powerbank buat Encik Hubby


Tanggal 31, bulan lapan ...tuuuuutttttttttt..
Maaf lagu tadi terpaksa di hentikan sementara waktu untuk 
memberi laluan kepada tuan blog membacakan berita terkini untuk hari ini.

Berita hari ini pasal powerbank.
Lama dah dok usha powerbank ni, 
tapi bagi saya yang dok travel kat dalam rumah ni je, 
masih belum ada keperluan lagi buat diri saya sendiri.

Sehinggalah pada suatu hari, Encik Hubby kerap merungut 
kehabisan bateri handphone Vertu nya itu.
Apadia?! Vertu?? oh tidakkk..kami tidaklah sekaya itu.
 Untuk memiliki Vertu mungkin 
kami sekeluarga perlu menjamah ikan kering selama bertahun-tahun..
Itupun belum tentu dapat handphone Vertu.
Vertu hanyalah simbolik kepada si blackberry yang dah out of date tu..
  Prinsip hidup Encik Hubby..selagi boleh pakai, pakailah sampai rabak.
Dia jenis yang tak peduli dengan arus teknologi yang membuat kebanyakan 
manusia di bumi rambang mata mengejar-ngejar 
handphone yang paling latest di pasaran.


Bungkusan dah dapat. Beli kat Lazada.
Mengapa perlu beratur sedangkan anda boleh je shopping di dalam rumahku syurgaku...


Atas dasar kasih sayang si isteri, saya pun membelikan Encik Hubby powerbank.
10000mAh je..
Cukuplah kan untuk mengecas bateri handphone yang kong tu untuk sehari.
Saya beli cap Pineng ni sebab dah terpengaruh 
dengan banyak review dari blogger-bloger lain.



Button putih tu untuk swicth on powerbank dan torchlight kat tepinya tu.



Sampai je terus test.
Manalah tau kot rosak ke...
Okey..semua in perfect condition..


Test pulak torchlight tu.
Kalau kereta kong tengah jalan, 
Encik Hubby boleh guna buat suluh dalam gelap.


                      Ada dua USB port untuk charge segala macam jenis gadjet.
Untuk yang kena travel selalu powerbank ini memang wajib ada.
Saya hadiahkan untuk Encik Hubby sempena Hari Kemerdekaan Malaysia
merangkap harijadi beliau.
Semoga Encik Hubby beroleh manafaat daripada powerbank ini.
Love you always..Peace yo!

Take CAre!

No comments:

Post a Comment




My Instagram