Return dan Refund Barang Dekat Lazada

8:44:00 pm Sha Nazri 40 Comments

Meh sini jap..
Ala jap je..baca pasal pengalaman saya pulang barang rosak kat Lazada.
Barang ape?..
Teruskan membaca sampai habis.


Ni la barang yang nak di pulangkan tu.
Ini TV LED Sharp Aquos 19 ' 
Rosak tang mana?
tu..kat tepi sekali..belah kanan nu ha..
Tak nampak lagi..okey sat ye..


Ni zoom sikit kat belah yang rosak tu.
Nampak lubang tu..
hujung tu dah broken bak kata Alicia Key..
Maka broken nya TV itu sama seperti berkecainya hati saya.
Baru nak excited dengan TV baru..keciwa..

Apalagi..saya terus melahirkan rasa kekecewaan 
yang bersarang di dalam hati kepada customer service LAZADA.
Nombor yang anda harus hubungi adalah seperti berikut:


Selepas penerangan pung pang pung pang
 dalam telefon dengan Customer Service LAZADA tu,
dia memohon maaf dan meminta saya mengisi 
borang, untuk pemulangan barang yang 
di emailkan kepada saya seperti di bawah:

Saya print borang yang di emailkan tadi.
Isi semua maklumat pada muka surat pertama 
borang ini seperti
nama, alamat, order number dan detail bank seperti diatas.


Mukasurat yang kedua dalam borang pemulangan barang.
Baca betul-betul sebab ada terms and condition
 untuk pulang barang dekat muka surat kedua ini.

Bukan semua barang rosak boleh pulang balik tau..
Baca lagi kat bawah ni.

Mana-mana yang dah beli barang seperti senarai di atas,
 anggap jelah takde rezeki.
Tidak diterima untuk pemulangan.



Ini pulak syarat-syarat untuk memulangkan barang ke LAZADA.
Salah satu syaratnya, barang yang nak dipulangkan 
mestilah tidak lebih dari 14 hari dari tarikh penerimaan.
Barang mesti dalam keadaan baik, warranty
 atau seal pada barang masih valid lagi.
Kalau dapat free gift masa beli barang tu, 
kena pulangkan jugak free gift tu.
Kalau beli barang satu set macam pack combo,
 tak boleh pulang satu barang yang rosak tu je,
kena pulangkan semua.


Ni saya dah siap bungkus kan TV tu. 
Nak hantar.. kena masukkan sekali 
borang pemulangan LAZADA tu dalam kotak.
takpun boleh jugak tampalkan je kat luar kotak.


Alamat untuk hantar barang yang nak di pulangkan tadi.
Barang tersebut akan di nilai
 samada layak untuk mendapat refund.
Kalau ok semuanya, LAZADA akan 
bagi pemulangan duit termasuk bayaran Pos Laju.
Kalau tak layak, LAZADA akan pulangkan balik barang tu 
dan bayaran Pos Laju hangus la nampak gayanye.
Sumber :LAZADA
  
Slip Pos Laju. 
Simpan elok-elok.
Snap gambar slip Pos Laju ni, senang nak email
 kat LAZADA bila nak tuntut balik bayaran pos nanti.
Simpan tracking number sebab mudah nak cek website Pos Laju barang
 kita dah sampai atau tak sampai-sampai lagi ke LAZADA.

Ini yang saya email ke LAZADA untuk tuntut bayaran 
Pos Laju sebab LAZADA
 tak pulangkan bayaran Pos Laju sekali 
dengan bayaran untuk refund barang tu.
Jadi saya kena call dan email sekali lagi untuk
 remind diaorang tentang bayaran Pos Laju.
Attach sekali slip Pos Laju dan sebagai tambahan 
saya letakkan sekali kiraan Pos Laju tu, bagi lebih jelas lagi
 sebab tulisan carbon kat slip pos laju tak jelas, 
manala tau nanti timbul isu lain pulak.


Selepas cek kat website Pos Laju, kalau barang status dah delivered, 
 sila call Customer Service LAZADA.
Jangan harap diaorang nak call atau email anda.
Tanya pasal status barang tu.
Nanti diaorang akan email kan status tu.


Lepas tunggu dan call lebih kurang dalam 2 minggu la jugak baru dapat refund, bank in terus dalam akaun.
Kata staff LAZADA, proses agak lama masa tu disebabkan cuti Hari Merdeka.

Okeyla, secara keseluruhannya puas hati dengan customer servis LAZADA.
Diaorang sopan, melayan kerenah customer macam saya ni.
Setiap pertanyaan dan email ada jawapan.
So saya takdelah tertunggu-tunggu.
Cuma kalau nak pulangkan barang memang agak leceh sikit.
Harap servis penghantaran barang oleh LAZADA 
dapat lebih di pertingkatkan lagi di masa hadapan.













You Might Also Like

40 comments:

  1. Bagus service diorang.. Tapi saya kalau peralatan elektri besar2 cani tak berani nak beli online.. Huhu.. Prefer lagi gi beli kat kedai.. Oh, btw salam kenal.. Jumpa blog ni dari blog stats nuffnang.. Hehehe.. Done follow! ^^,
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  2. Hai Sha, kunjung balas dari dapur Kak Amie... follower 55

    ReplyDelete
  3. Singgah Sini...Done follow..

    ReplyDelete
  4. salam sha..sabar la ya..sib baik service dia ok..tp tu la barang besar ni susah gak kalu beli online ni baik beli kt kedai ja

    ReplyDelete
  5. salam kak. nasib service ok kak. dapat jugak refund kan? singgah sini.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sib dpt refund..klu xdpt akak dh mroyan dh.. Hihi

      Delete
  6. ni yang malas membeli on9 ni kan.. ade je yg tak kena ,, kalau beli dari kedai senang jeeee huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sb mls nk g kedai kan dh kena..
      Pas mls pulak nk bli on9..
      Beli murah2 je xpe..

      Delete
  7. Sha berani juga yer beli barang elektrik online. risiko tu. nasib baik semuanya selamat. Alhamdullilah :)

    ReplyDelete
  8. salam persahabatan...saya dtg follow sini...jemput2 lah melawat blog saya ye... kalau tak berapa kenal saya lagi, jemput bace 'about me' ye...

    jindrisska.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pkenalan..
      Trima kasih sudi btandang ke blog sy..ok..jap g sy g bw ye..

      Delete
  9. Sudi-sudilah ye :)

    http://dianaadha.blogspot.com/2014/09/liebster-award-nominated-by-ary-sha.html

    ReplyDelete
  10. alah sayang je beli tv rosak sebelum guna kan. nasib baik boleh return balik. baguslah services diorg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sib bek service ok..tp tula..kena byk bsabar.. tunggu refund..

      Delete
  11. Alhamdulillah...proses berjalan dgn lancar. Nasib customer service ok.

    Salam kenal kawan baru. Follow sini kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Tima kasih sudi singgah..
      Nt sy jln blog awak..

      Delete
  12. nasib baik ok kan...

    singgah dari kelab abg ben.. www.mamaniza.com
    done follow

    ReplyDelete
  13. Apasal leh rosak ek?... mmg dah rosak ker atau rosak masa hantar ni.... Lazada ni sebenarnya belakang rumah aku jer tp still kena beli online gak..ekekekeke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buka bungkusn je nmpak dh pecah kt tv tu..dekat la dgn lazada..blkng umh je..ari2 shoping ni..

      Delete
  14. Hello! Sorry to bother you. Can you please share me the original return slip from lazada? I had called the lazada customer service for the return slip but they never email me the return slip.... my email is viclyngnasha@gmail.com and I really need a replacement for my item. Thank you and have a wonderful week! :)

    ReplyDelete
  15. assalam sha.. sya biasa beli barang di lazada ni. so far puas hatilah.. tak pernah lagi ada masalah.... tp kalau kerap buka lazada ni bahaya jugak sebab kita boleh terbeli banyak.. ala macam shopping jugak.. tak sedar .. hihihi

    ReplyDelete
  16. Saya baru beli remote control tv dari lazada, bila dapat je tak boleh guna, kalau report agak2 lazada layan ke?

    ReplyDelete
  17. sy beli barang dekat LAZADA , barang sampai dan bila nka guna x boleh , cek rupanya barang rosak , lepas tu x tau cam mana prosedur nak pulangkan balik dan buat claim semua bagai , so bukak la google , jumpa blog nie , bila baca plak blog nie kerja2 nak pulang tu macam letih sgt , jadi sy ambik keputusan just baca pastu abaikan je barang tu , hrmmmm...lazada pon ader jugak jenis jual barang rosak rupanya ....lepas tu buat TnC yg amat merumitkan ....

    ReplyDelete
  18. saya nak tanya..saya ada beli barang elektrik terpakai dari lelong..sampai2 je test tengok kipas tak pusing,then inform seller...seller suruh hantar kita hantar..kos lagi...seller test ckp mmg betul rosak sikit mybe shipment damage...offer unit lain tapi unit yg saya return ni kena bayar ganti damage..kalau tak kena claim dgn courier service..alasan shipment damage at buyer risk..confident gile ckp rosak masa shipment..sy pelik sbb selama beli online apa2 pun kalau rosak boleh 1:1 tukar..seller ni berkira ke cmne betul ke logik cmtu?sbb sy nak rate negatif ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pnah dpt brg rosak ms shipment dan seller ganti brg yg baru. Klu rosak ms shipment, patutnya seller yg ganti..cth tv sy bli kt lazada ni..rosak ms shipment, lazada bg full refund kt sy

      Delete
    2. Boleh baca psl shiping responsibilities kat sini:
      http://help.lelong.my/shipping-responsibilities/

      Delete
  19. Salam sha. Syuha nak tny sbb baru dpt email dr lazada dorg refund duit syuha. Mungkin oven yg syuha nak beli tu xde stok. So syuha kena tunggu 2 mgu ke tgk dorg dah bank in ke belum?? Ke dalam masa dua minggu tu call je dorg tny update??? Sedih pulak.risau dpt duit lambat je. Nak pakai oven tu cpt.😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syuha call lazada..lps 2 ari cal lg..bru2 ni sha bli brg kt lazada..xde stok gak..lazada refund kt sha dlm seminggu dh msuk acc.
      Slalu la cek email..sb lazada suka update status kt email.

      Delete
  20. Guna apa2 courier service pun boleh kan? After dah isi online return form kat lazada dan dapat ra number?

    ReplyDelete
  21. Syukur & thanks a lot kerana sudi share info yg sgt bguna.Rasa lega sbb tjumpa nombor telefon lazada dalam blog u.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..semoga dipermudahkan urusan..

      Delete