Ruang Makan yang Low Profail

12:52:00 pm Sha Nazri 6 Comments

Sukanyer tengok ruang makan orang lain yang gempak-gempak tu.
Semua tu boleh tengok kat Susun Atur Sioca.
Sebenarnya dah lama nak join cabaran July dan Ogos.
Sampailah ke hari ini, saya baru terhegeh-hegeh nak post entri pasal ni.
Walaupun tarikh dah luput untuk join cabaran Ruang Tamu/Ruang makan,
saya tetap degil nak post jugak entri ini.
Ini bukan kerana tamak haloba pasal hadiah tau..
Memang dah confirmlah saya bukan pemenangnya, sebab tak layak pun 
untuk masuk bertanding..Haaihh..terasa low profailnya diri ini..

 Ruang tamu saya tak nak share sebab tak menarik sangat.
Saya cuma nak share ruang makan simple di rumah 
saya dengan kawan-kawan susun atur.
Walaupun simple tapi tetap menjadi pojaan hatiku.
Takdelah niat nak meriak..jauh lah nak sampai ke tahap tu.
Sebab takde mende pun nak di riak kan.


Ini tempat saya sekeluarga menjamah hidangan hasil air tangan 
bakal ibu mithali ini.
Wah..gitu ..ibu mithali ye..Ke mana hilangnya sifat low profail saya tadi..
Ruang kat dinding tu kosong sangat.
Nak makan pun macam tak berapa meriah kan dok pandang dinding kosong.
Jadi saya lekatkan dengan gambar-gambar makanan macam cup cake dan kuih muih.
Owh..gambar ni murah la sangat.
Boleh cari Mr DIY..Ada 4 keping satu peket, saya beli dua.
Saya susunkan dekat dinding.
Barulah bertambah selera menikmati
 juadah makan tengahari, malam, pagi dan petang.


Gambar kanvas ni pulak saya nak gantung kat dinding sebelahnya.
Biar penuh satu dinding.
Dah jadi wall of fame pulak..
Mula-mula malas nak paku, lekat guna tape je..tapi tak lama lepas tu,
gambar dah jatuh..Hancur luluh hati saya.
Terpaksa saya memaku. Guna paku kecik je takdelah berlubang sangat.


Okey..dah siap gantung.
Alas plastik letak kat atas meja makan..
Bagi ada mood happy go lucky sikit.
Nampak ada secubit gambar karpet di situ..
Sebenarnya saya letak karpet kat situ untuk 
bagi sempadan untuk ruang SOHO saya.
Kat sini saya tak nak tunjuk dulu, sebab SOHO saya tengah bersepah. 


Lepas gantung gambar, marilah kita berselfie pulak dekat wall of fame ni.
Muka tuan blog kena kaburkan sikit...Tuan blog adalah seorang yang pemalu.
Sekian terima kasih.





You Might Also Like

6 comments:

  1. As salam sha.... placemat kita sama.... kekeke... mr diy mari..... murah sesgtttt.....anyway... suka gambar kereta canvas tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Ala..terdelete lak reply td..
      Sama ye.cayalah..high 5

      Delete
  2. cantikla gambar yg last tu...nak2 ada gmbr tuan blog yg comel...hehe..yg canvas ada gambar keta merah dan biru tu mmg menaikkan seri ruang...gud job!! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel sgt smpi kena blurkan..ahaks..
      time kasih fizah dtg jenguk blog sy..

      Delete