Saluran Air Dalam Tangki Tandas


Alkisahnya saluran air untuk tangki tandas 
di rumah tidak boleh digunakan sejak
zaman saya berpindah ke rumah ini. 
Setiap kali selepas flush, takungannya perlu dipenuhkan 
secara manual dengan mengisi air ke dalam tangki tersebut.

Pada suatu hari, kami sekeluarga pulang ke kampung, 
dan salah seorang dari kami terlupa menutup paip air 
yang ingin dipenuhkan ke dalam takungan tangki tandas.
Selepas dua hari... kami pulang ke rumah. 
Air mengalir bagai sungai kekdahnya.
Sejak itu, kami semua menyesal atas perbuatan kami.
Kerana itu saya mesti berbuat sesuatu
 untuk menyelesaikan masalah ini daripada berlanjutan.


Dalam tugasan ini, sarung tangan suatu kemestian. 
Ini adalah untuk menjaga kehalusan kulit tangan.
Tutup paip air utama supaya air tak memancut keluar bila buka paip tu nanti.


Saya tanggalkan kepala paip yang menyambungkan 
getah paip ke dalam tangki tandas.
Kumpul semua dalam sinki bilik air.
 Simpan. 
Manalah tau ada kegunaannya nanti.


Bahan-bahan untuk projek kali ini.
1) Playar

2) Flexible hose
(digunakan untuk sambungan air ke tangki nanti)

3) Pita putih (pembalut untuk PVC)

4) Soket yang bentuk heksagon di tengah-tengahnya, 
di hujungnya dua bahagian yang sama bentuk.
Kalau tak salah saya, putting heksagon namanya.

  Saya tak tau nama saintifik semua benda kat atas tu..
Tukang paip mesti gelakkan saya ni.
kalau salah tolong betulkan.


Saya tanggalkan dahulu pelampung dalam tangki tandas ini
 supaya lebih mudah kerja saya untuk
menanggalkan lengan pelampung di bahagian paip alur masuk.
Maaf keadaan tangki tandas yang kuning melepak itu.
Dah blur pun masih pekat warnanya.


Selepas itu, saya perlu potong bahagian batang PVC itu 
kerana ia tidak lagi berfungsi untuk mengalirkan air masuk kedalam tangki.
Dan juga untuk memberi ruang penyambungan flexible hose ke dalam tangki.

Pasangkan soket tadi ke batang PVC
 yang menyambungkan punca air paip.
Jangan lupa untuk lilitkan pita putih di kedua-dua belah hujung soket.


                                     Pasangkan semula lengan pelampung di bahagian paip alur masuk
              yang menyalurkan air masuk kedalam tangki tandas.

Pasangkan flexible hose di soket dan juga di permulaan lengan pelampung.


Ketatkan kepala flexible hose dengan playar.


Pasangkan semula pelampung yang ditanggalkan diawal tadi.


Dah siap..test dulu..air pun dah keluar memenuhi tangki tandas dengan jayanya..
Pasni tak payah tunggu tangki penuh pastu kena tutup paip lagi. 
Kot-kot la kalau terlupa tutup paip,
 peristiwa hitam seperti yang saya cerita di awal tadi akan berulang kembali.
Berlambak la bil air.
dan juga...
ianya merupakan satu pembaziran
yang besar kepada kerajaan Negeri Selangor.

Jangan Membazir..Jimatkan air...

Take Care!




























2 comments:

  1. wah.. terornya buat sendiri... salute la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trima kasih..hihi..jgn la ckp sy terror..sy cuma insan biasa..ada lg yg lbih terror dr sy

      Delete




My Instagram