Tukar Toilet Handle La Pulak..

Nampaknya cerita saya asyik berkaitan dengan tandas je kan..
Harap tak boringla ye..sebab ni episod yang terakhir pasal tandas.

Sedar tak sedar, masa saya tengah buat research pasal baiki tandas ini,
sebenarnya subjek tentang kerja-kerja asas baiki 
dan menukar sistem perpaipan dan tandas di rumah ini
telah di ajar dalam matapelajaran Kemahiran Hidup (KH) tingkatan satu.
Saya sendiri secara tak langsung refresh balik apa yang telah
saya belajar masa form 1 dulu. Lama tu..

Itulah..dulu main-mainkan subjek KH ni macam tak berapa penting kan.
Sekarang barulah insaf dengan diri sendiri. Terhegeh-hegeh baca subjek form 1 balik.
Alangkah nyesalnya saya..

Benarlah kata arwah Opah saya, menyesal dahulu pendapatan..
Menyesal kemudian tidak berguna..
Namun begitu, bila dilihat dari perspektif metodologi, ia masih berguna lagi..
kerana kini saya mendapat sedikit ilmu untuk di kongsikan dengan 
masyarakat di seantero dunia di luar sana.

Kepada yang pandai silalah tolong tegur kesalahan saya
 dengan cara yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan.
Owh!.
Setelah membebel panjang, tanpa disedari saya hampir terlupa dari tujuan asal saya.
Hari ini saya ingin ceritakan pula pengalaman saya menukar pemegang pam tandas.

1: Pam tandas baru jenis besi harga sebenar RM9.50
 Beli jenis besi sebab beli yang plastik tu dah 2 kali patah. Nangis lagi..
Lokasi beli: Kedai Hardware Taman Permata depan Giant
Harga selepas bertegang urat leher dengan tauke kedai : RM8.00

2 dan 3: Keadaan pemegang pam tandas setelah di ceraikan.

3: Handle Lift Arm dan besi pengetat
 untuk pemasangan seterusnya, rujuk gambar di bawah.



 1) Longgarkan nat pengunci dan tanggalkan penyangkut besi pada Handle Lift Arm
 bahagian dalam pemegang pam tandas yang telah patah.

2) Pusing mengikut arah jam untuk keluarkan pemegang pam tandas di bahagian luarnya.

3) Pusing lagi sampai pemegang boleh di tarik keluar.

4) Kumpulkan pemegang yang rosak dalam sinki bilik  air
 supaya tak bersepah.



Masukkan pemegang pam tandas yang baru.
Masukkan washer* dan ketatkan nat semula ikut arah lawan jam. 
Pastikan kedudukan pemegang pam tandas
 dalam posisi yang betul dengan  melaraskan nat pengunci.

*gasket getah yang berfungsi untuk halang kebocoran



Sambungkan rantai besi pada lubang  Handle Lift Arm di bahagian dalam.


Pasangkan Handle Lift Arm pada hujung pemegang pam tandas yang baru.


Masukkan besi pada hujung pemegang pam tandas yang 
bertindak sebagai pengetat antara pemegang pam tandas dan Handle Lift Arm.
Ketatkan juga skru dibahagian Handle Lift Arm


 Flush dulu untuk pastikan pemegang tandas
 yang baru di pasang tadi berfungsi.

Dah siap..berfungsi dengan baik setakat ini.

Sekian

2 comments:

  1. pandai tukar..bagus.. senang nanti kalau nak tukar, tak payah upah orang

    ReplyDelete
  2. seriously.... awak sangat rajin... hehehe

    ReplyDelete




My Instagram