Welcome to ABC's Room Cik Syifa

11:00:00 am Sha Nazri 6 Comments

ABC's room adalah terma yang Cik Syifa gunakan untuk ruang playstation nya.
Kenapa? Sebab itu je yang dia boleh faham buat masa ini. 
Jom kita buat tour sikit kat ABC room ni...


Welcome to ABC's Room Cik Syifa!..
Kat depan pintu ABC room ni saya tampalkan hiasan sedikit.
Chalkboard kecil saya lekatkan huruf magnet yang tertera nama Cik Syifa.
Di bawahnya saya lekatkan measurement yang warna kuning tu.
Berguna jugak nak ukur ketinggian Cik Syifa nanti.
Ada juga abjad ABC dan burung-burung kecil yang dibuat dari foam saya lekatkan.
Pintu ni tak cantik.
Sebenarnya saya tampalkan sticker foam ini pun untuk menutup
permukaan pintu yang ada lubang-lubang kesan paku dan stepler.


Sticker foam ini sebagai penyeri dan juga 
motivasi Cik Syifa untuk belajar ABC, 123 dan macam-macam lagi.
Okey jom kita jelajah lagi ABC room ni.


Atas tu ada bintang-bintang yang tak berkerlipan.
Lepas tu ada kad ABC dan 123 yang saya tampalkan 
sebelah menyebelah membentuk separuh bulatan.
Kad tu sebenarnya,  bentuknya seperti  buku yang di lipat macam  flyers tu.
Saya beli murah jer, tak sampai RM2. 
Balik rumah saya potong satu-satu dan tampal kat dinding.
Beli dua set sebab nak guna depan dan belakang.
Setiap kali masuk bilik ini, Cik Syifa akan akan datang dekat sudut ini 
sambil sebut dan menunjukkan pada saya abjad-abjad dan nombor-nombor ini.


Meja untuk Syifa buat aktiviti drawing.
Sebelah tu tempat parking 'car' Cik Syifa.
Ada masa dia nak nagde-ngade, saya kena tolak car dia..
(walaupun dia boleh gunakan kudrat kaki dia untuk gerakkan car tu)
Sampai lenguh pinggang mama ko ni nak oii.


Tempat untuk letak toys Cik Syifa.
Tak banyak sangat...
Kalau adapun stok yang murah-murah je..
Ada jugak yang kawan-kawan saya hadiahkan.
Perasan tak ada sejadah dan telekung kat sebelah rak ni?
Bilik ni juga berfungsi menjadi tempat solat 
dan bilik untuk tetamu beradu kalau ada ramai yang datang bertandang.

  
Ada masa Cik Syifa akan duduk dalam khemah bentuk kereta tu.
Abis semua mainan dengan baju bajan dia hangkut bawak masuk dalam tu.
Macam nak pindah rumah..
haiiih..macam-macam perangai anak-anak kreatif dan inovatif  zaman sekarang ni kan..



 Masa ni tengah buat aktiviti mewarna dengan Cik Syifa.


Ni tempat lepak Mama Syifa.
Sofa ni ada sedikit kecacatan pada tempat yang saya letakkan pashima tu.
Jadi tak nak letak kat ruang tamu dah, letak kat sini, 
boleh gak saya baca majalah kat sini sambil temankan Syifa bermain.

Itulah saja sedikit sebanyak yang saya nak kongsikan buat waktu ini.
Saya sebenarnya dah mengantuk sangat..dah nak masuk stage yang ke 6 ni..
Maaf kalau entri kali ini agak kurang best.
Tu je..tAke cAre!



You Might Also Like

6 comments:

  1. sel-sel otak berhubung..bagus untuk anak-anak..tapi anak saya tengah melasak sekarang.. xboleh nk kreatif mcm ni..anak lelaki..kerja memanjat je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ank sy blum lg aktif memanjat
      ..klubfh smpu turn panjat2 tu letih la mak dia..

      Delete
  2. kreatifnye mama syifa ni.. bagus sebenarnye bg anak2 explore playroom dia..suke jugak tema abc..ingat nak deko jugak playroom adam mcm ni tp adam skang tgh mood mengopek ape2 yg lekat kat dinding ke kat toys dia semua dia cabut..huhu..
    anak sy suke bas so kena deko tema school bus la kot..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syifa pun suka kopek..tp sy dh bg warning skit..si far dia faham la..bilabtime tgn gatal nk kopek tu knla tampal blik..tampal tinggi skit bg si kecik ni susah nk capai..

      Delete
  3. kreatifnya sis ni. so naaaaaiiiisss :)

    saya follow sini. follow back kalau sudi nak keep in touch.

    najlamohayidin.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dik..sy dh follow pun blog awk..thanks ye sudi singga cni..

      Delete