Cara Membaiki Zip

Assalamualaikum..apa khabar semua..
Selamat Hari Raya Aidiladha..Banyak dapat daging korban?

Saya nak cerita tentang projek repair zip beg.
Zip beg saya ni dah tertanggal dan zipnya tak boleh di tutup. 

Ada yang menghadapi masalah zip macam saya tak?
Kalau ada jom saya kongsikan cara nak membaiki zip dengan kos yang paling rendah.
Takde kos pun sebenarnya…
Cuma perlukan gunting dan playar.
Optional: penetas benang (kalau takde pun takpe, boleh je gunakan hujung gunting)


Kata pepatah lama, kalau tak kenal, maka tak cinta kan..
Kena kenal dulu yang mana satu zip dan mana satu slider. :)


Gambar atas:
Mula-mula saya masukkan penetas benang kedalam gigi zip slider 
tu untuk keluarkan sedikit gigi zip tu.
Ni juga untuk memudahkan saya memotong gigi zip slider dengan gunting.

Saya potong gigi zip slider tu lebih kurang satu inci di kedua-dua bahagian. 
Bila dah potong, tarik gigi zip slider tu sehingga tinggal kain zip tu sahaja. 


1) Zip slider yang sudah ditanggalkan giginya..

2) Ambil kepala zip yang dah tercabut tu dan masukkan zip slider melalui belakang zip
 (yang berbentuk rata tu).

3) Bila kedua-dua belah hujung zip slider dah masuk kedalam kepala zip, tarik zip tu.

4)Tarik zip slider di kedua-dua belah untuk menolak zip sehingga ke hujungnya.


Jangan tarik kuat sangat nanti tercabut pulak zip tu,
 paling berisiko tinggi bila zip tu patah..
habislah..tak dapek nak nolong dah..



Zip yang dah sampai ke hujungnya        


Sekiranya gigi zip tak melekat, ni ada tips untuk anda.
Ambil kain atau kitchen towel dan balutkan pada sisi kepala zip.
Tujuannya nak melindungi zip tu daripada kesan playar.
Lepas tu gunakan playar dan perlahan-lahan kepitkan playar tadi di sisi
 (kiri dan kanan zip tu)
Jangan kuat sangat kepit dengan playar tu,
 lebih kurang macam kita salam tangan dengan orang je.
Tak kuat sangat kan..


Sekarang cuba zip balik.
Beg saya dah boleh di zip kan.
Zip beg saya dah berjaya di baiki.
Senang je kan. 

TaKe CAre!






6 comments:

  1. rajinnya. kalau saya dah kena buang beg tu..

    ReplyDelete
  2. Misi berjaya.terima kasih sis,semoga beroleh berkat dengan berkongsi kan ilmu ini

    ReplyDelete
  3. Terima kasih for sharing.semoga sis beroleh berkat

    ReplyDelete
  4. Misi berjaya.terima kasih sis,semoga beroleh berkat dengan berkongsi kan ilmu ini

    ReplyDelete
  5. Hihi.. bagui la... saya pon dah cuba... tp tsalah pasang... kikiki... pastu saya buka balik pasang balik baru betull.. siap jahit dan bakar sikit depan bucu zip.. kembali sedia kala.. tq byk2

    ReplyDelete
  6. Hihi... bagui la.. ilmu yg bermanaafaat.. walaupon kecik jer perkara tu.. tp sgt berguna.. supaya kita x membazir

    ReplyDelete




My Instagram