Cuka Untuk Bersihkan Microwave

Saya baru sahaja selesai mengemas dapur.
Banyak kerja walaupun dapur cenonet je.
Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah saya kongsikan 
cara saya membersihkan microwave dengan cara yang paling murah.




Bahan-bahan :
Satu cawan air
Satu sudu besar cuka
Mangkuk

Cara-caranya:
Isikan air kedalam mangkuk beserta dengan cuka.
Adunkan perlahan-lahan dengan cara kaup balik menggunakan spatula.
hehe..macam buat kek kekdahnya..
Acah jer..
kacau je ikut suka ati abah awak,
Takyah ikut sangat kekdah merapu saya tu..


Pastu masukkan bancuhan tadi ke dalam microwave.


Panaskan selama 2 minit.
Tujuannya adalah untuk mengeluarkan wap. 
Bila ada wap air lagi mudah nak bersihkan 
kekotoran kering yang melekat kat celah-celah tu.


Keluarkan mangkuk tadi daripada microwave.
Biarkan sekejap..bila dah suam-suam kuku air tu 
barulah ambil tuala bersih dan celupkan dalam mangkuk tu.



Biasanya saya akan lap minyak-minyak dan kekotoran 
yang melekat kat sebelah dalam tu dulu.
Lepas tu barulah saya ambil towel lembap bersih yang dicelup dengan air cuka
 dan lap kan lagi sekali.
Mulakan mengelap dari atas microwave.



Dah siap lap kat dalam, kita lap kat bahagian luar pulak.



Hasil setelah di lap:
1) Bersih dan bersinar.
2) Tiada bau yang kurang menyenangkan.
3) Hati rasa riang dan gembira.
4) Tiada perasaan menyampah melihat microwave selepas ini.


Okey dah siap dibersihkan!
Syukur Alhamdulillah..Berjaya bersihkan microwave hari ini.

Anda pula bagaimana?
Sudah bersihkan microwave?
Kalau belum sudi-sudikanlah mencuba tips yang saya kongsikan tadi.
Ada tips bersihkan microwave lagi?
Jangan malu segan kongsikan dengan saya.

TaKe CaRe!

3 comments:

  1. Bole ke guna petua nie kat electric oven juga???

    ReplyDelete
  2. Saya rasa tak sesuai guna petua ni kt oven..kalau oven sy tak panaskan cuka tu kt dlm oven..sy lap je guna kain lap lembap+ air +cuka yg suam tu.

    ReplyDelete
  3. thank share info.. Sangat berguna.

    ReplyDelete




My Instagram