DIY: Meja Lama Jadi Rak

12:18:00 pm Sha Nazri 8 Comments


Di rumah saya ada sebuah meja yang tersadai didalam stor.
Meja ni buat tempat letak kotak je sebelum ini.
Sempena hari Jumat yang mulia ini, 
saya kongsikan cerita saya memasang rak di ruang stor saya yang comel itu.


Inilah meja yang saya maksudkan.
Kayu penyokong meja ni dah patah.
Tetapi papan di bahagian atasnya masih kuat lagi.
Apa yang saya nak buat dengan meja ni?..
Saya ceraikan papan atas meja yang bertanda dengan anak panah tu.
Dan.....



Jadilah beliau seperti gambar di atas ni.
Tinggal sekeping macam ni.

Tapi sebelum kita pergi dengan lebih jauh..
meh la sini dulu kita usha barang-barang yang di perlukan 
bagi merealisasikan idea saya ini.


Peralatan yang perlu dalam projek DIY rak saya.
Antaranya:
1) Brackets - L Shape 
2) Gergaji 
3) Ragum tangan
4) Sarung tangan
Optional:
5) Gogles
6) Ear plugs/ pelindung telinga
7) Spirit Level
Selain daripada alat-alat diatas, wajib ada skru, dan wall plug.
Dah cukup semua peralatan?
Jom kita mulakan sesi bertukang!



MEMOTONG PAPAN

Mula-mula kena ukur dulu papan mengikut kelebaran saiz yang di kehendaki.
Lepas ukur barulah boleh bawa ke tempat pemotongan.


Sebelum memotong papan, kena pastikan ragum di ketatkan
 pada papan dan meja tempat nak gergaji tu.
Supaya masa gergaji nanti papan tersebut tak bergerak ikut suka hati dia.

Saya takde meja untuk meletakkan kayu yang nak dipotong.
Apa saya buat, saya ambil 4 buah kerusi dari meja makan,
 susun dua di kiri dan dua di kanan, 
Jarakkan kedudukan kerusi tu.
Letakkan papan di atas kerusi tersebut.
Pastikan ada ruang di tengah-tengah antara papan 
dan kerusi untuk memudahkan gergaji memotong papan tu...
Make sure awak tak gergaji kerusi sekali nanti..
Kalau tak..nangis..



On kan suis gergaji, dan mula memotong papan tadi.

MEMASANG RAK

Gambar ketika memasang rak tak dapat saya sertakan di sini.
susah nak pegang kamera dengan satu tangan.
Lagi satu..gayat..sebab tinggi gak saya nak memanjat tu.

Tapi atas sikap perikemanusiaan saya,
untuk lebih memahami cara pasang rak bagi 1st timer macam saya,
 saya pinjam gambar dari WIKIHOW.


Mula-mula tandakan dengan pensel pada dinding
(kedudukan di mana kita nak letakkan rak tu)
Lepas tu ambil pita ukur, dan tandakan ukuran
untuk  kedudukan rak yang sebelah lagi tu.


Letak papan pada dinding yang dah ditandakan.
Just nak make sure kedudukan papan selari dengan tanda yang dibuat pada dinding.
Saya ukur guna spirit level,dan gariskan dengan pensel.

Selepas tu bolehlah drill lubang yang telah di tandakan tadi.
Jangan lupa untuk periksa dulu, ada pendawaian elektrik tak kat situ..
Kalau ada..lupakanje nak gerudi kat situ.
Cara gerudi dinding saya ada tunjukkan DISINI



Masukkan wall plug, pegang brackets tadi dan 
pasangkan skru kedalam lubang brackets tersebut.


Ulang langkah yang sama pada brackets yang satu lagi



Letakkan papan tadi diatas brackets. 
Saya drill untuk buat lubang dibahagian bawah papan tu untuk memudahkan
 saya masukkan skru pada brackets tu nanti.
Sebab papan ni jenis yang agak keras.
Susah nak masukkan skru kalau tak drill papan tu dulu.

Dah nak siap rak ni..
Tekan kat atas rak tu perlahan-lahan untuk memastikan 
yang rak tersebut betul-betul melekat dekat dinding.



Rak yang sudah siap di pasang.


dah siap susun barang..

Kos untuk membuat rak ini:
Brackets RM4.50 x 2
RM9.00
Bahan-bahan yang lain semua dah ada kat rumah.
Murah kan..
Sangat jimat..saya suka..saya suka..



You Might Also Like

8 comments:

  1. Fuiyoooo sha ada jigsaw... saya pon.. saya suka...saya suka... btw, berapa harga jigsaw tu... hubby ada bunyi2 nak beli...tapi saya rasa macam nak present je kat dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..malu i olls taw...jigsaw tu sy bli rm220 kt lazada..dpt less guna voucher..rm190.
      Bagus tu bg surprise kt hubby..nt blh share diy byk2..sy suka.. sy suka..

      Delete
  2. Replies
    1. Wah..bloger femes folow cni..tengkiu sis..

      Delete
  3. Jimat kos bila diy sendiri kan.mesin sy dah rosak. Nk kena beli baru la nnt

    ReplyDelete