Frame Daiso untuk Hasil Seni Syifa

9:30:00 am Sha Nazri 2 Comments

Aktiviti masa cuti hari tu dengan Princess hAnna saya.
Selain daripada pembelajaran untuk dia mengenal warna, aktiviti ini juga
sangat fun untuk Syifa. Seronok dia bermain dengan warna.
  Syifa sendiri memilih warna yang dia sukai untuk aktiviti ini.
Saya pula tolong dia meletakkan posisi tangannya di atas kertas.
Setakat ini Cik Syifa dah boleh mengenal warna 
dan sebut nama-nama warna antaranya
red, blue, yellow, black, pink, green, brown, grey dan purple. 
Cuma warna maroon ke turquoise tu saya belum masukkan lagi dalam syllabus warna dia.

Selesai aktiviti mengecop tangan tu, saya ada projek untuk dilakukan.



Bahan-bahan untuk projek kali ini:
Gunting, pembaris, pensel dan juga frame gambar beli kat Daiso.



Ambil ukuran frame gambar tadi supaya hasil seni 
Cik Syifa ini dapat dimuatkan kedalam frame gambar.


Gunting mengikut ukuran tadi.
Lepas tu masukkan ke dalam frame gambar.


Dah siap..
Hasil kreativiti si kecik Syifa. 
Takde jual kat mana-mana pun.
One and only..
Hasil seni dari tangan kecil yang paling berharga buat saya.


 Saya pamerkan kreativiti daripada cop tangan dan kaki  yang telah dihasilkan oleh Syifa
  di dinding play room Syifa.
Masuk saja playroom, Syifa akan tunjuk pada saya,
"Mama..cantik ke tangan kaki kale-kale?"
Caaanntikk..Syifa yang buat mestilah cantik..jawab saya..

Walaupun nilainya kecil tapi saya rasa seronok
  apabila Syifa tersenyum melihat 
hasil seninya dipamerkan di playroomnya.
Ini sebagai penghargaan daripada Mama untuk Syifa yang dah 
berpenat lelah menghasilkan hasil seni yang comel ini.

Take CAre!






You Might Also Like

2 comments: