Homemade Playdoh

11:56:00 am Sha Nazri 18 Comments



Assalammualaikum..
Entri ini adalah update daripada entri yang lepas. Disebabkan saya terrrpublish..maka jadilah ia entri yang tiga suku siap. Mesti ramai yang pening baca entri yang mula-mula kan..sorry ye..entri tu sepatutnya masuk dalam draf saya, tapi saya tak sedar ianya telah di publishkan..
Sekarang dah edit..dah susun atur mana- mana ayat yang tunggang terbalik tu..

Ok..tanpa membuang masa dan tenaga, jom baca pasal homemade playdoh yang saya buat untuk aktiviti Syifa nanti. 

Homemade playdoh ni tak mengandungi bahan-bahan kimia, jadi takdelah mak abah sentap kalau anak termakan.

Bahan-bahan nak buat playdoh ni pun semua dah ada kat rumah. Kos untuk membuatnya adalah RM0.00. Ni yang saya paling suka..sangat jimat..

Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum cap wau (cap apa-apa pun boleh..asalkan namanya tepung gandum)
1/2 cawan garam halus (garam saya takde brand, bli kat kedai runcit)
2 sudu besar minyak masak saji
11/2 cawan air panas 
Pewarna makanan 


Mula-mula kita satukan tepung gandum, garam halus dan minyak masak dalam satu bekas.
Lepas dah gaulkan semua, saya asingkan menjadi 4 bahagian. Saya akan masukkan warna yang berlainan ke dalam bahagian tu nanti.


Saya guna 4 warna iaitu hijau, kuning, merah dan biru. 

Ambil bahagian yang pertama, buat lubang ditengah-tengah adunan dan masukkan air. 
Lepas tu saya letak pewarna kuning yang menjadi pojaan hatiku. Gaulkan semua sambil tambah air sedikit demi sedikit sampai adunan tak melekat kat tangan.

Lepas tu, ulang proses yang sama untuk bahagian yang lain pulak. 

Dah siap doh untuk keempat-empat warna pilihan saya.

 Saya simpan dalam bekas yang ada partition macam ni untuk elakkan doh ni melekat.
Doh ni boleh tahan sampai 2 bulan kalau simpan dalam bekas kedap udara.

Walaupun takde bahan kimia, tapi tetap jugak kena ada pengawasan dari orang dewasa, yelah..playdoh ni kalau dah gentel dekat atas lantai, atas meja..dah merata-rata tempat letaknya...kotla anak nampak macam sedap je playdoh ni..takut termakan pulak kan..sekarang ni ada macam-macam jenis kuman jahat penyebab penyakit..
 sebagai langkah berjaga- jaga..simpan di tempat yang selamat.
Sekian pesanan dari penaja..

You Might Also Like

18 comments:

  1. mcm tanah liat yer....betul tak...kalo betul nk try wat la...

    ReplyDelete
  2. wow mudahnya buat playdoh sendiri...

    btw done follow u, follow mine too :) - Noob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semudah a b c d e f g..
      Dh follow :)
      Tq sudi singgah sini..

      Delete
  3. Replies
    1. Sila..sila..try..senang je nk buat play doh ni..

      Delete
  4. as salams :)

    cantik...siap dalam bekas:)
    balqish kalau main playdoh nie suka sepah2 sampai keras kejung tepung tu :):)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni bru pmulaan..tu nmpk cntik sikit..:)
      Fresh lg..lm2 nt sepah la tu..

      Delete
  5. hehe walaupun dah habis zaman main play doh, tapi homemade play doh n sgt awesome! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dik..men play doh x kira usia..akak pun join skali main play doh dgn si kecik tu.. :)

      Delete
  6. idea yang menarik. minta izin copy ye. untuk simpanan peribadi

    ReplyDelete
  7. tq for the idea. playdoh anak saya aisyah dah habis dah bercampur aduk jadi warna kelabu.. ingatkan playdoh camni kena pakai cream of tartar, rupanya boleh jugak kalau takde. thanks boleh try buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahan2 nyer simple je..kan..seng je nk buat..

      Delete
  8. wah..menariknya,,,boleh dicuba nnt...tq ye :-)

    ReplyDelete
  9. Ala, anak Cik Iman baru 3 bulan. Nak pegang botol pun tak kuat lagi. Cik Iman lak suka main play doh :) Nanti la bila dia dah besar sikit, leh buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh..samela kita pun suka men playdoh. Hihi..tunggu 2 taun lg blhla cik iman tunjuk skill men doh dgn anak.. :)

      Delete
  10. good info.. memang sheila dah lama nak try buat utk anak.. blh la cuba esok..

    ReplyDelete