Membaiki Sinki Tersumbat Tahap Kronik

Sinki dalam bilik air kedua kat rumah dah tersumbat daripada minggu lepas lagi.
Saya memang tak boleh tunggu dengan lebih lama lagi 
sebab sinki tersumbat tu semakin lama semakin kronik. Berbau pulak tu..
Saya dengan rasa rendah hati, telah membaiki sinki tersumbat
 dan telah menjalankan operasi pada hari Jumaat minggu lepas.

Sebenarnya ada beberapa cara untuk menyelesaikan masalah sinki tersumbat.
Mula-mula saya guna cara yang lebih santai iaitu 
dengan menggunakan cuka dan baking soda.

1) Masukkan ½ cawan baking soda kedalam lubang sinki.
Pastikan air yang bertakung di dalam sinki telah dikeluarkan.

2) Gunakan sudu kecil atau apa-apa yang sesuai 
untuk masukkan baking soda tu  kedalam lubang sinki.

3) Selepas itu masukkan pula ½ cawan cuka kedalam lubang sinki tadi.
Tunggu 5 minit supaya baking soda dan cuka tadi bertindak balas.

4) Kemudian, ambil satu jag air panas mendidih dan curahkan ke dalam sinki.
Lihatlah hasilnya..jadi ke tak?

Mengikut pengalaman saya yang lepas,
selepas saya buat seperti cara diatas, 
sinki masih lagi tersumbat. 
Nampaknya saya kena gunakan cara yang lebih tegas di sini.
Amaran: Sila dapatkan restu ibu bapa atau suami isteri sebelum melaksanakan misi ini.


Mula-mula sediakan baldi kat bawah sinki untuk tadah air
 yang keluar tujuannya supaya lantai tak kotor.

1) Saya tanggalkan perangkap sinki ni guna tangan.
 (eh..mestilah guna tangan..takkan guna hidung kan..)

2) Bila perangkap dibawah sinki sudah ditanggalkan, 
buang semua kotoran yang telah terperangkap di dalamnya
 ke dalam baldi yang diletakkan di bawah sinki tadi.
Saya buka paip sekali lagi dan saya lihat air masih lagi bertakung didalam sinki.

3) Seterusnya, saya tanggalkan sambungan PVC dibawah sinki. 
-Nama betulnya saya tak tahu..tapi bentuknya seperti dalam gambar nombor 3 tu.
Pesanan Penaja: 
Kalau sambungan PVC tu terlalu ketat,
 gunakan pipe wrench untuk longgarkan sambungan tu.

4) Bersihkan saluran atau sambungan PVC tadi 
dengan berus gigi yang sudah tidak digunakan lagi.


Sambungan PVC yang saya telah tanggalkan. 
Susun mengikut kategori masing-masing.

Sebelum saya mencantumkan semua sambungan 
dan perangkap tadi dibawah sinki, 
saya cek dulu samaada sinki masih lagi tersumbat atau tidak.
Bila saya pasang air, air masih bertakung, sinki masih tersumbat.
Haaaih..ternyata ianya sungguh mencabar skill dan keupayaan saya di ketika itu.


Saya ambil kabel yang special untuk masalah “kesumbatan” ini.
Masukkan kabel ke dalam sambungan PVC yang masih bersambung di bawah sinki.
Pusingkan handle pada kabel itu sambil menolak kabel itu ke dalam.
Bila kabel tu menyentuh atau memerangkap benda yang menyumbat sinki tu, 
cepat-cepat keluarkan kabel dengan memusingkan kabel ke arah lawan jam.

Cara di atas juga kurang berkesan pada sinki saya. 
Maklumlah..sinki tersumbat tahap kronik.
 Sungguh panjang kronologi cerita saya membaiki sinki yang tersumbat ini kan.
Harap anda bersabar dan dapat teruskan pembacaan..sikit je lagi nak abis cerita ni. 

Saya gunakan traditional method macam kat dalam gambar.
Ambik pemutar skru flat dan masukkan kedalam sambungan PVC.
Gerakkan pemutar skru tu ke kiri dan kanan supaya benda 
yang menyumbat saluran PVC tu dapat di leraikan.

Maka.. keluarlah semua rambut dan pasir-pasir yang saya pun tak tau dari mana asalnya.

Alhamdulillah..misi menyelesaikan masalah sinki tersumbat dah berjaya.
Buka paip dan air mengalir ke lubang sinki dengan lajunya.

Penat sungguh..macam baru lepas masuk pertandingan berenang merentasi lautan.
Susah sebenarnya nak menyelesaikan misi kali ini.
Jadi anak-anak..hargailah jasa tukang paip.
To all plumber in Malaysia..
We will..we will rock you!

Eh?..dah habis da..



7 comments:

  1. Bravo! Saya tak mampu nak buat. Ada jugak tu sink tersumbat.

    ReplyDelete
  2. wahh bole try repair sinki yg dah lama tersumbat kat umah ni..thanks for the tips..hehe..

    ReplyDelete
  3. Thank you byk²..dah 2 mggu sinki tersumbat...smpai xda mood nk masak =(
    Dlm dua mggu mcm² kaedah guna xleh termasuk tuang clorox, korek, men'diy' saluran sinki dsb..mmg niat hati nk cari anticlog tp blk keje terlupa.
    So, terpikir google blog mayb ada tips...
    Kaedah garam+baking soda+cuka+air panas repeat 3x
    Alhamdulillah....xde dah tersumbat...thanks ye =)
    Hepi sgt

    ReplyDelete
  4. Sinki tiba2 umh berbau stlg balik dari bercuti..mgkn ada lemak ayam tertinggal kt dalam tu..try guna tips kt sini.Alhamdullilah berkesan..tq dear

    ReplyDelete
  5. Shukur..saya buat menjadi tapi saya tambah asid dan tuang air panas trus solve problema

    ReplyDelete




My Instagram