Mengemas Ruang Stor

10:30:00 am Sha Nazri 2 Comments

Ruang stor kt rumah saya ni kecil je...
Sebelum ni saya longgok je semua barang dalam bilik ini,
nampak sangat bersepah dan sempit.
Tapi selepas disusun atur, banyak lagi ruang yang boleh digunakan.


Ini mini stor saya.
Antara almari dan dinding tu saya jarakkan...
Adakan ruang untuk saya letakkan barang-barang yang jarang guna.
Di sebalik almari itulah saya menyimpan segala macam
 barang yang tak digunakan buat masa ini.



Barang yang dah tak digunakan kat dalam kotak peti ais yang tinggi tu.
 Baju-baju lama separuh dah derma, tinggal lagi satu bakul belum didermakan.



Kotak ini saya lipat, untuk penjimatan ruang yang berganda.
Mana-mana kotak yang masih elok lagi, saya simpan,
manalah tau kalau harga kotak naik pulak lepas ni, boleh jual. Hihi.. J
Dalam plastik hitam tu stroller Cik Syifa.
Pakai tiga kali jer, pastu simpan.
Nanti saya nak let go stroller tu.
Jual harga kasih sayang je..





Rak warna hitam yang simple tu saya DIY
daripada meja lama. 
Rak tu macam separuh siap je kan..
sebab masa tu saya dah penat, malas nak buat para kat rak tu.
Tu yang nampak macam tak lengkap je.
tapi saya tak kisah sangat sebab rak ni
cuma nak letak kat ruang stor.
Sebelah rak tu saya susunkan storage box bertingkek-tingkek.


Kat atas rak tu pula ialah document holder yang pernah saya kongsikan DISINI.
Document holder ni pun DIY daripada kotak.
Kat dalam tu saya letakkan warranty card,
 manual, dan wrapping paper.

.
Para-para sakura atau rak atas sekali tu saya pernah ceritakan DISINI.



Lepas dah kemas haruslah bersihkan lantai yang berhabuk tu.
Maklumlah..bilik jarang guna..
Terima kasih Cik Syifa tolong Mama mengemop..



Ini keadaan sebelum dan selepas kemas.


Pandangan dari pintu masuk bilik.
Barulah rasa lapang...











You Might Also Like

2 comments:

  1. rak kat atas tu memang sangat-sangat membantu meluaskan ruang...

    ReplyDelete
  2. comelnya syifa:)
    selamat mengemas mama:):)

    ReplyDelete